Monday, 21st May 2012
Anas RidzwanPeribadi biasa menginspirasi yang biasa / anasxz

Tausyiyyah Habih Umar di Sungai Mati dan Mahkamah Syariah Anak Bukit

Salam.

Ini adalah rakaman audio Tausiyyah Habib Umar bin Hafez di dua lokasi berasingan

1. Sg Mati (25 April 2012)

2. Mahkamah Syariah Anak Bukit (24 April 2012)

Selamat mengambil manfaat. *manfaat akan dapat ada jika selepas digunakan.

La Tansa Abadan Zikrallah [video clip no music ] لاتنسى ابدا ذكر الله

Salam Semua. Pesan untuk diri saya, jangan lupa selama-lamanya untuk mengingati Allah. kita sangat2 berharap pada Allah. Pergantungan kita hanya pada Allah. Bila kita bergantung pada Allah, insya Allah kita tak akan resah… Ya Allah..

Lirik..

Moga bermanfaat.

Koleksi Status Facebook Prof Dr Muhaya (1) + Video Profil

Setiap kali kita merasa lebih dari orang lain maka bermula lah kejatuhan kita.

We are a human BEING not a human DOING. Oleh itu be good and do good.

Bagaiamana kita fikit itulah kita jadi, bukan macam mana kita jadi itu yang kita fikir. Bayanakan apa kita mahu dalam minda dan lihat imej positif dan bergerak ke arah itu.

Bila kita mnejaga niat kita sebenarnya kita menjaga kehidupan dan dunia kita. Jika hidup kita tidak bahagia lihatvpada niat kita dalam setiap perbuatan.

Kita yang kawal fikiran kita dan fikiran kita kawal niat kita dan niat kita menentukan kehidupan kita. Manusia yang berjaya ialah mereka yang mengawal fikiran dan niat mereka.

Sesiapa ingin bermusafir niatkan kerana Allah dan jaga semua suruhan dan larangan Allah. Oleh itu setiap kali kita kena pergi outstation niat kerana Allah bukan kerja sahaja. Alangkah rugi jika tidak niat kerana Allah dalam setiap kita buat. Senaman juga sunnah. Oleh itu tingkatakan ilmu supaya segala amalan dilakukan dengan kesedaran dan ilmu.

Hari ini kita lihat semua kejadian Allah dan ucapkan Subhanallah.

Setiap kali kita taip atau cakap komen negatif terhadap orang lain, maka kita kita telah berfikir negatif dan hormon negatif akan dikeluarkan dan tubuh kita akan mendapat kesan buruknya. Bila kita sebut tidak baik tentang orang lain ini menunjukkan fokus hidup kita melihat orang lebih dari diri sendiri. kasihan kita pada mereka ini dan sama kita doakan mereka. Lihat apa kita taip dan baca Bismillah dulu sebelum menekan.

Kita sentiasa minta ampun dgnAllah tetapi payah nak memaafkan orang. Sama kita renungkan . Apakah kita lebih hebat dari Allah sehingga tidak boleh memaafkan orang. Hanya mereka yang penuh ego dan tidak mengasihi diri payah memaafkan kerana setiap kemarahan dan dendam yang disimpan merosakkan jiwa dan fizikal tubuh mereka.

Kita tidak patut putus asa selagi hubungan dengan Allah kuat. Hanya mereka yang tidak kuat hubungan dgn Allah dan sangka buruk pada Allah akan berputus asa.

Kekuatan yang kita perolehi datang dari hubngan kuat kita dengan Allah..

Kalimah Bismillah adalah antivirus untuk mereka yang beriman dalam hidup ini. Imam Suhaib Webb-

Sesiapa yang ingin berhenti merokok jadikan tabiat membaca bismillah. Maka akan rasa pelik untuk baca Bismillah bila hendak merokok maka dgn sendiri akan berhenti merokok.

Tahun ini niat untuk mulakan semua perkara dgn Bismillahirrahmanirrahim dan sentiasa ingat Allah dan lihat bagaimana maksiat akan berkurangan. Untuk menaip di facebook mula dgn bacaan ini, maka dgn sendiri tidak akan ditaip pekara yang lagha dan maksiat.

Tidak sempurna iman kita selagi kita tidak menyayangi Nabi Muhammad saw lebih dari diri kita dan benda lain. Iman adalah akar diri kita. Kalau iman kita bermasaalah tentu semuanya akan bermasaalah dengan kita. – Ustaz Zul Ramli.

Sesiapa yang Allah hendak baik akan diberikan kefahaman ugama. Di mana kita agaknya.

Seorang Mukmin yang baik ialah mereka yang mengambil tindakan. Selagi kita tidak mengambil tindakan tiada perubahan akan berlaku. Orang Islam yang kuatblebih baik dari orang Islam yang lemah. Jika kita banyak masa di facebook saja dan tidak ambil tindakan untuk mencari ilmu dan amalkan ilmu langkah ruginya. Kalau kita dapati kita sentiasa mengeluh , merungut dan menyesal bererti kita lemah krana tidak bertindak. Bila kita tidak sibuk bertindak kita akan sibuk merungut dan mencari kesalahan orang dan suasana. Jom ubah diri kita. Lihat buku apa kita rancang untuk baca minggu ini.

Hakikat manusia tiada beza kecuali ketakwaan mereka. Jangan kita tidak yakin diri hanya kerana kurang dari segi fizikal dan harta. Tingkatkan keyakinan dengan meningkatkan takwa kerana kita tahu kuasa paling besar bersama kita setiap saat bile kita bertakwa.

Hidup ini satu amanah. Janganambil mudah nikmat Allah beri. Gunakan untuk kebaikan. Munhkin kah tahun 2012 ini hujung usia kita. Mereka paling bijak sentiasa mengingati mati dan bersedia untuk mencari bekalan.

Tahun 2012 tetap sama seperti 2011 selagi cara kitabberfikir seperti 2011. Tak perlu tunggu tahun baru untuk buat perubahan. Kita boleh ubah diri kita Bila bila masa dalam masa satu saat dengan membuat pilihan yang betul setiap saat. Orang yang inginkan kehidupan berbeza tetapi tabiat tetap sama seperti menunggu kucing bertanduk. Banyak orang tertipu yang mengharapkan dunia luar berubah untuk mengubah kehidupan hidup mereka tanpa menyedari diri mereka harus berubah untuk hidup mereka berubah. Jom ubah diri sendiri untuk mengubah kehidupan mulai esuk 1 jan 2012.

Untuk membina keyakinan anak, kita harus membina imej diri positif. Jika mereka ada kelemahan fokus dan sebut kelebihan beliau dalam aspek lain. Kelebihan anak bukan hanya pada kesempurnaan sifat fizikal tetapi akhlak yang baik. Kita sebagai ibu bapa harus mencari kekuatan dalam diri anak anak dan sentiasa sebut. Juga kitanharus menekankan kita ingin melahirkan anak anak yang akan menyebut dan mempraktikkan kalam ” Lailahailahaillallah” . Sama kita audit tujuan kita mempunyai dan mendidik anak. Kalau bukan untuk menjadi pencen kubor kita dan tidak menjadikan mereka anak yang akan kesyurga alangkan sia sianya penat jerih kita.

Semakin banyak kita melihat kepada orang lain semakin sedikit kita melihatbdiri kita. Alangkah ruginya kerana di padang mahsyar nanti kita akan ditanya tentang diri kita dan amalan kita bukan apa yang orang lain buat baik atau tidak. Sama kita lihat kedalam jiwa kita.

Worthwhile to focus the inner GPS of our teens. Once the GPS is set the destination to Allah will be smooth insyaAllah.

Ramai orang bercakap tentang time management tapi tidak mental management. Jika kita ada banyak masa tetapi mental kitabtidak sihat dan emosi negatif adalah sia sia. Buatbkeputusan untuk guna mental management yang baik. Buat keputusan untuk menentukan sentiasa bersyukur dan lihat kebaikan.

Banyak orang fikir tentang time management tapi kurang yang fikir tentang mental management. Mental management lebih efektif supaya kita fokus kepada setiap aktiviti. Mereka yang suka risau mesli rancang bila ingin risau dan berapa lama dan bila nak gembira dan bersyukur dan apa emosi yang akan kita rasa pada waktu mana. Ini kunci ketenangan dan kebahagiaan kita. Emosi yang kita pilih menetukan kehidupan kita. Lagi kita bersyukur lagi kita bahagia. Jika kita niat untuk menjadi soleh atau solehah insyaAllah. Lihat dan jaga niat kitabdan emosi setiap saat.

Assalamualaikum kepada semua fanpage visitor. Setelah dua minggu berehat dan tidak ke page ini diharapkan semua kita semakin sihat dari segi rohani dan jasmani. InsyaAllah akan berada di masjid pucong perdana pada 30 dec di forum perdana 8.30 malam. Sama sama kita celik mata dan reset minda dengan kaedah terbaru mulai 2012 nanti. InsyaAllah akan berada di IKIM pada 31 dec 2pm to 3.30 pm. Akan bersama dengan ibu bapa peserta Celik teens pada 31 dec.

Semoga kita semua hanya bergantung pada Allah dan tidak mengharapkan manusia dalam apa jua masaalah dan urusan. Kita hormati waktu hamba Allah yg lain semoga kita mendapat kelapangan masa. Hari demi hari kita makin dekat dgn mati. Jangan habiskan masa dengan kasihankan diri tetapi kuatkan diri. Kita bukan mangsa tetapi kita kita bertanggung jawab atas apa yang berlaku pafa kita dgn izin Allah.

Semoga kita semua sihat fizikal , mental dan keimanan. Kita doakan untuk diri kita dan semua makhlukmAllah sekelian. Di mohon kemaafan diatas segala salah bicara dan fikiran pada semua fan page visitor ini.

Hari ini fokus pada solusi buKan masaalah dan fokus pada apa kita mahu bukan apa kita tidak mahu. Lihat apa kita fikir , cakap, baca, dengar dan rasa hari ini.

Lihat dan fikir apakah kebaikan yang telah kita berikan pada orang lain bukan mengharapkan orang lain melakukan kebaikan pada kita. Mula buat sebanyak kebaikan dan tingkatkan sifat memberi. Lihat bagaimana hidup kita akan berubah.

Manusia yang tidak punya keyakinan diri amat senang ganggu oleh apa orang lain kata. Untuk yakin pada diri sendiri tingkatkan takwa, baikkkan akhlak dan usaha untuk melakukan sesuatu perkara dengan sebaik mungkin. Hari in lihatbdiri kita dan hentikan melihat orang lain.

Adalah tidak bijak kita menalipon seseorang pada waktu pagi untuk menyelesaikan masaalh kita. Sebelum bertindak fikir utk buat apa yang kita suka orang buat untuk kita. Mereka yang punyai kecerdasan emosi akan berjaya.

Semua pekerja niat setiap langkah ibadah.

Lihat apa kita fokus pada hari ini. Kesyukuran atau kesukaran. Ia menetukan kualiti hidup kita hari ini.

Tiada orang boleh menyelesaikan masaalah kita kecuali sikap kita sendiri dengan bantuan Allah dan muhasabah diri.

Bila kita buat ibadat samaad kita membersihkan jiwa bile akhlas atau mengotorkan jiwa bila riak. Sama kita renungkan. Orang yg ikhlas ialah merreka menyembunyikan kebaikan seperti menyembunyikan kejahatan. Sesiapa yang suke menceritakan masaalah peribadi di facebook amat rugi kerana hanya pada Allah tempat kita mengadu bukan manusia.

tanda kita kasih kepada Nabi Muhammad saw, kita harus punyai tabiat selawat kepada baginda dan menghidupkan sunnah beliau.

Kita selalu sangat fikir apa orang kata dan menjalani kehidupan berdasarkan apa orang kata. Jangan biarkan apa orang kata pengaruhi kita. Lupakan hati di sekolah kita dimana kita sgt dipengaruhi kawan.

Cari masa untuk bersendiri tutup semua tv, ho , email, dan lihat pada diri kita dan analisa kehidupan kita dan apa kita harus buat untuk dikasihi Allah dan manusia.

Macam mana kita bertindak itu lah diri kita. Jika kita nak jadi orang baik bertindak seperti orang baik.

Kunci untuk bahagia ialah mengawal emosi dan menentukan sikap yang baik dalam semua situasi. Mereka yang dapat mengawal fikiran dan emosi iaitu dunia dalaman mereka akan megawal hasil kehidupan mereka dengan izin Allah. Jangan izinkan apa berlaku diluar mempengaruhi kita. Henti menyalahkan orang lain atas apa yang berlakubpada kita. Ibu bapa bersyukur punyai anak dan beri sepenuh kasih sayang.

Setiap kali kita mengkritik orang lain kita telah menjatuhkan martabat kita. Orang berjaya hanya fokus pada apa yang dia suka dan positif. Mereka ignore manusia dan peristiwa negatif dan menggunakan tenaga kearah tujuan hidup mereka. Kita jangan mengharap pada orang lain untuk atasi masaalah lita. Ambil ta ggung jawab dan banyak berdoa.hati manusia dalam genggaman Allah. Siapa yang Allah syanag manusia akan sayang. Kalau isteri atau suami tak sayang bererti kemungikanan Allah tak sayang. Ubah dunia dalaman untuk ubah dunia luaran kita. Hormati privacy orang lain. Kalau kita tak suka diganggu, manusia lain juga tidak suka diganggu.

‎80% tenaga manusia terguna untuk marah atau tidak puas hati atas perkara yang tidak boleh ubah contohnya sejarah lampau. Alangkah ruginya. Jika semua kita fikir masa depan akhirat dan buat pilihan untuk hidup yang baik di Sana nanti alangkan bijak dan beruntung.

Ramai manusia menggunakan sejarah lampau yang pahit sebagai alasan mengapa hidup mereka tidak seperti yang mereka inginkan. Jom hentikan segala alasan dan lihat dalam diri dan ambil tanggung jawab atas segala pilhan yang kita telah buat yang memberi hasil kehidupan hari ini dan ambil keputusam ambil keputusan baru untuk kehidupan baru.

Purpose, vision, goals. We must have this to live a good life. Purpose is the why and our spiritual compass. vision is the strategy and goals are the specific steps we take to achieve our purpose. Jika kita tiada tujuan, misi hid up dan matlamat kehidupan kita akan senang di ganggu perkara remeh. Orang berjaya dan beriman akan menganggap segala cemuhan sebagai nyamuk atau lalat kecil yang ditepis… tetapi mata mereka tetap focus memandu kehidupan mereka menuju Allah, mencari redha Allah, berusaha mendapat kasih sayang ALlah dan mengenal ALlah. Lihat apa tujuan kita , visi kita dan matlamat kita setiap hari dan jaga fikiran, emosi dan tindakan kita setiap saat. MAnusia punyai 60, 000 fikiran setiap hari jika tidak focus alangkah ruginya umur ini. Manusia akan terjaga bila alam kubur dan akan menyesali segala umurnya yang sia sia yang digunakan perkara kejahatan dan sia sia. Jom jadi orang yang berwawasan akhirat dan sama doakan saudara Muslim kita yang tersasar diberi hidayah untuk membetulkan kompas rohani mereka menuju Alllah dan tidak mecari penghargaan manusia. Jom lihat kedalam diri dan jangan sibuk melihat luar pada orang lain dan mengintai ngintai kelemahan orang lain.

Allah akan mengangkat darjat orNg berilmu yang menggunakan kearah kebaikan.

esuk buat skrip kehidupan dan tulis apa kita mahu jadi dari sekarang hinnga kita temui Allah. Keep focus insyaAllah tak lalai dan terbawa bawa benda lagha dan remeh temeh dan mencari penghargaan manusia dan mengejar dunia dan pujian manusia dan harta benda yang melalaikan dan tidak sibuk menampakkan kehebatan diri di facebook atau di mana mana. Hidup by design bukan ikut irang lain tapi apa Allah redha sahaja jadi tujuan kita.

Sesiapa yang ingin berubah harus bersedia untuk mengambil tanggung jawab atas segala hasil kehidupan setakat ini dan buat analisa serta berhenti menyalahkan orang lain. Kita telah membuat pilihan setiap saat dan ini hasilnya. Kita akan dilayan bagaimana kita mengajar orang utk melayan kita. Jika dapat layanan buruk lihat bagaimana kita melayan orang lain. apa kita beri itu kita dapat. Allah maha A…dil. Jika berjumpa orang yang buruk akhlaknya jadikan pengajaran agar tidak ikut perangai dia. Doakan dia dan jangan react. Jika kita biarkan orang lain mengawal emosi kita bererti kita telah memberi umur kita kepada dia. Kualiti hidup kita ditentukan kualiti emosi kita. Jika negatif maka negatif hidup kita begitu sebaliknya.

Kita hanya berani memarahi orang yang kita rasa lebih kecil dari kita. Siapa kita untuk merasa begitu terhadap sesiapa. Ini ubat bagi mereka yang suka marah marah. Mereka yang tidak menyayangi diri sendiri tak akan menyayangi orang lain dan mereka yang marah pada diri endiri akan senang marah pada orang lain. Wallahuallam

- Bersambung pada Siri 2

Short Listed

Salam Tahun baru, Hijri dan masihi. Apa yang kita harap, hanyalah semakin bertambah tahun, semakin dekat kita dengan Allah.

Aku dah buat short listed untuk calon2. Tapi tak berani nak dedahkan lagi kat sesapa.

Dok cari plan mcam mana nak bagitau pulak.

Tapi surau dah nak siap. Nak kena ready.

Insya Allah apa yg diharapkan, Allah taala bagi keputusan yang terbaik nanti.

Penting tu shortlist tu.

Kenangan lama

Sungguh. Betapa indahnya hidup di Mesir. 10 tahun aku di sana. Terasa dekat sangat di hati walaupun dah 1 tahun meninggalkan Mesir.

Semalam aku terbelek gambar-gambar lama aku di sana. Mengimbau kembali kenangan dulu.

Sehari sebelum tu pun aku mengimbau kenangan bersama roomate. Saat indah dulu masa makan bersama di salah sebuah restoran arab di Syari’ Asyara, Abbasiah.

Itulah kehidupan namanya. Zaman itu tidak akan berulang lagi. Semua yang indah itu akan sirna.

Apa pun, aku tetap sayang pada Mesir walaupun ada banyak benda yang membuatkan aku benci Mesir.

aku tak dapat nak tayang gambar-gambar aku di Mesir sebab banyak. Nanti la aku upload kat picasa google.

Aku berazam, satu hari aku akan pijak semula bumi ulama’ dan nabi tu.

Setahun sudah berlalu

Dah satu tahun lebih aku pulang ke Malaysia. Banyak perkara yang buat, tapi lagi banyak kerja yang tak boleh buat.

Lagi banyak yang dah dibuat, bertambah lagi kerja yang kena buat dan kerja-kerja yang tak buat itu akan bertambah dari masa ke semasa.

Itulah tugas manusia. Hamba tidak terlepas dari melakukan kerja.

Aku cuba utk praktik hadis yg tertulis di sebelah kanan blog ini. Hasil macam anda jugak. Bagaimana? anda jawab sendiri.

Apa yang aku dapat setakat ini syukur. Ada kenderaan boleh bergerak, ada rakan untuk bekerjasama dan lain-lain lagi.

Blog pun dah lama bersawang sebab tak dapat fokus. Keduanya tak dapat urus masa dengan cekap. Ketiganya kehendak yang tidak kuat.

Cuma pesan; perik nak habiskan kehidupan di Mesir, perik lagi nak survive di Malaysia. Itu kehidupan sebenarnya.

semua orang macam tu. Apa pun, inilah yang terbaik yang Allah taala taqdirkan.

Salam maal hijrah..