Sunday, 14th March 2010 | Langgan RSS

Log in

Aku Bosan

Baru setengah jam lepas balik dari San Stefano Alexandria. Sudahlah menunggu agak lama transport ke situ, jam sudah menunjukkan 12 Malam, mula lah naik bosan, mengantuk, ditambah dengan tambang 1.25 Junaih dalam keadaan dompet tinggal 25 junaih. Itulah jumlah wang di tangan untuk perjalanan esok ke Kaherah dengan keretapi api.

Memang membosankan, pertama ramai orang arab berkeliaran, memang pun ramai, dah negara arab, semestilah arab yang banyak, bosanlah sebab kisah semalam yang membuatkan hati benci orang arab, ya, atas sebab mencari rumah untuk rakan, terkena dengan bayaran LE 5 dalam keadaan terpaksa kerana dia meminta tanpa segan silu. Memang arab tiada rasa perasaan ada kemaluan.

(more…)

Segak bergaya

Kawan,

Hari ini semua orang mahukan diri mereka segak bergaya, hensem, lawa sehingga sanggup berbelanja beribu-ribu hanya semata untuk nampak segak. Betapa ruginya manusia hari ini, melakukan amalan yang tidak memberi faedah untuk hari esoknya. Hensem bergaya dan lawa tidak langsung memberi satu kelebihan untuk dirinya dirahmati oleh Allah taala.

Kawan,

Dunia hari ini makin celaru, perkara yang karut-marut itu amat-amat menarik perhatian, sedangkan apa yang Allah suruh dan Nabi larang itu dibuatnya. Manakan tidak, sehingga diberi tajaan dan diiklankan di merata seperti aksesori untuk bergaya itu untuk meyakinkan bahawa ia amat-amat diperlukan untuk masyarakat kini.

Kawan,

Semua orang mengimpikan untuk berada dalam kesegakan dan kelawaan, namun pengiktirafan segak dan lawa itu hanyalah nilaian dari manusia dalam kezahiran, hakikat sebenarnya Tuhan hanya melihat dalam kebatinannya.

Kawan,

Andai segak dan lawa itu milik anda, jadikanlah ia sebagai pembimbing untuk bersyukur dan memuji Tuhan Rabbul jalil.

Kawan,

Selalulah berdoa apabila berada di depan cermin, Ya Allah ya Tuhan Ku seperti mana Kau telah mencantikkan ciptaan mu pada ku ini, maka cantikkan lah juga akhlak peribadi ku.

Berita Kepada Kawan

Perjalanan ini
Terasa sangat menyedihkan
Sayang engkau tak duduk
Di samping ku kawan
Banyak Cerita
Yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering bebatuan

Tubuhku terguncang
Di hempas batu jalanan
Hati tergetar menatap
Kering rerumputan
Perjalanan ini pun
Seperti jadi saksi
Gembala kecil menangis sedih

Kawan coba dengar apa jawabnya
Ketika dia ku tanya mengapa
Bapak Ibunya telah lama mati
Ditelan bencana tanah ini

Sesampainya di laut
Kukabarkan semuanya
Kepada karang kepada ombak
Kepada matahari

Tetapi semua diam
Tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri
Terpaku menatap langit

Barangkali di sana
ada jawabnya
Mengapa di tanah ku terjadi bencana

Mungkin Tuhan mulai bosan
Melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga
dengan dosa-dosa

Atau alam mulai enggan
Bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada
Rumput yang bergoyang

Tidak Tidur Malam

Berseorang diri di dalam bilik tidur, melayari internet, berhiburan bersendirian itu lebih menenangkan dari bersama-sama kawan bukan? Bergelak ketawa, dari jam 12 pagi hingga subuhnya, sambung pula selepas subuh, tak habis-habis modal bersembang, itu sakit badan bukan? Ya, malam harinya dijadikan untuk tidur tetapi ditukar taklifnya kepada berjaga.

Perkara berjam-jam bersembang sehingga habis malam itu tidak menyihatkan diri bukan? Ya, waktu tidur selesa nyenyak itu hilang hingga sakit badan menahan mengantuk. Namun, fikir kembali ia waktu adat bagi kawan-kawan di sini, termasuk diri ku. Oh, terpengaruh dengan keadaan sekeliling. Benar, kerana prinsip tidak kuat. Tidur malam itu prinsip Tuhan. Manusia juga berprinsip tidur malam.

Seperkara lagi, sebelum mata belum terlelap walaupun berkilo gam, dapur panas kembali jam 2 pagi setelah panas selepas isyak. Badan sakit tahan mengantuk tidak tidur, kemudian ditambah dengan makan waktu malam berat, setelah subuh tidur, sangat amat melanggar prinsip manusia. Malam rehat, bukan makan.

Kerana ikut kawan, diri ku turut sakit badan. Demikian, apa seterusnya? Sanggup bertahunan begitu? Tidurlah malam untuk mengelakkan sakit badan di waktu pagi. Makruh tidur Selepas subuh? Dibuat enteng dengan perkara kebencian itu dosa. Firman Allah taala yang bermaksud: Dan Kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi)?آ Dan Kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) - masa untuk mencari rezeki? (An-Naba’ 10-11).

anasxz: apa semangat tidur malam, sihat dan segar.

Kehidupan

Allah berfirman: Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya; maka Dia tahan jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia lepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditetapkan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berpikir. (QS Az Zumar, 39:42)

Kehidupan Muslim dan bukan Muslim, antara bezanya apabila terjaga dari tidur di pagi hari, seorang Muslim itu rasa bersyukur kerana Tuhannya masih memberikan masa dan usia untuk terus bergerak di atas bumi. Perasaan itu tiada pada bukan Muslim.

Seorang Muslim tidak mampu untuk hidup sempurna jika dia tidak bergantung sepenuh dengan Tuhannya. Dengan adanya rasa bertuhan, seorang muslim itu beralasan dan adanya sandaran jika berlaku sebarang perkara pada dirinya di hari-harinya, ianya datang dari kehendak Tuhannya. Oleh itu tidak berlaku pertentangan antara dirinya dan yang disandarkannya.

Di pagi hari, naiknya matahari, cuaca bertukar, tumbuhnya tumbuhan, bertambahnya manusia, pada hemah seorang Muslim itulah tanda atau ‘ayat’ yang menambahkan keimanan dan rasa perlunya ia meneruskan kehidupan mencari kebenaran melalui Tuhannya yang menyediakan ‘ayat’ itu. Saat itu juga, tumbuh iman dan bertambah kuat imannya.

Bagi mereka yang beriman dan hidup berdasarkan ajaran Al Qur’an, di hari-harinya penuh dengan bukti dan kenyataan serta keberadaan Allah yang menuntut kepada iman, contohnya nikmat membuka mata, kerana di waktu tidur matanya terpejam seolah berada dalam kematian terpisah dirinya dengan dunia. Siapakah yang mengawal perkara itu?

Orang beriman yang hidup sesuai dengan ajaran Al Qur’an mengetahui nilai dari kesempatan yang diberikan oleh Allah kepadanya ini (mungkin yang terakhir baginya) sebelum tidur. Dia menyimpannya dalam ingatan dan dengan ikhlas mendekatkan diri kepada Allah; dia memohon ampun atas tindakannya yang salah, memohon pertolongan Allah dalam segala hal, dan berdoa hanya kepada-Nya dalam larutnya malam.

anasxz: Aku sedari, aku mesti berubah kepada kehidupan melalui jalan-jalan kehidupan Muslim sebenar. Aku hidup kali kedua. Aku mesti tidak mensia-siakan kehiduapan kali kedua ini. Ini blog baru untuk kehidupan baru aku.

  • Page 1 of 2
  • 1
  • 2
  • >