Memang aku sakit badan, tak tau lah apa sebab yang aku sakit badan. sat-sat demam, pastu sakit perut, pastu tak boleh lena. Aku pon tak boleh tahan kalau jadi camni selalu. apa kerja pun tak boleh buat.
Aku rasa semua effect sbb banyak tahun dah la aku hidup kat meset ni. Memang ada orang kata kalau duduk sini lama2 akan mai penyakit. tak mai penyakit di mesit, akan mai di mesia nanti.
Di meset ni seingat aku la, banyak benda yang aku rasa aku buat akan membawa penyakit kat aku. antaranya tak tidor malam, tak makan nasik, tahan makan, makan kat merata-rata, tak jaga makanan, minum air tepi jalan, makan tak basuh tangan, makan buah tak basuh dan macam2 lagi lah.
Sekarang, tahap kesihatan aku amat membimbangkan. Aku pun taktau apa penyelesaiannya yang kompleks. AKu rasa tindakan pertama aku mesti tidor awal, makan cukup dan bertentu, dan yang paling penting bergerak alias senaman la. Itu saja kot yang aku perlu wat.
OK. semoga sihat wal’afiah selalu. Doakan saya sihat. Jagalah kesihatan anda~~!!

يقول الله عزوجل : - و عسى أن تكرهوا شيئا و هو خير لكم ، و عسى أن تحبوا شيئا و هو شر لكم ، و الله يعلم و أنتم لا تعلمون
Banyak perkara yang aku rasakan aku telah membuat kesilapan. Kesilapan memberi sangkaan pada banyak perkara. Sama ada berlaku pada diri aku dan orang sekeliling. Aku rasa aku patut memperbetulkan sangkaan itu.
Kesedaran ini sudah lama. Tapi, kekadang itu masih melekat dalam diri tersemat dalam hati. Benar ia satu kelemahan pada diri aku, tapi selepas memberi satu sangkaan ada pula satu bisikan peringatan datang membisik ke telinga.
Sangkaan baik dan buruk ini satu situasi sebenarnya, yang kadang-kadang ia menjadi kayu pengukur kepada keadaan diri kita. Jika kita selalu memberi sangkaan buruk pada sesuatu keadaan ia bermakna dalam diri kita ada satu kelemahan yang patut dicari, kerana tidak semua perkara yang kita rasakan kita suka ia adalah baik untuk kita dan tidak semua perkara yang kita rasakan kita tidak suka ia adalah tidak baik untuk kita.
Terpulang kepada diri. Kalau merasa ia negatif, cuba lah mencari alasan agar positif. Itu lebih baik.

Sejak 17 Jun lepas, apabila tamatnya peperiksaan fasa kedua pengajian saya, diri mula menghilangkan diri dari tempat tinggal berdekatan kampus di Tanta. Maksudnya tidak lekat di rumah. Perlu tinggalkan rumah sebab kalau selalu di rumah hanya dua aktiviti tidur dan makan. Tidak produktif.
20 Jun kenduri kahwin rakan di Kaherah. Aku berulang alik ke biliknya bersembang berkenaan hal kahwinnya. Menarik sekali. Banyak pengetahuan baru yang dapat diketahui. Bukan senang untuk seorang rakan yang rasa selesa untuk menyatakan sesuatu yang peribadi. Dia rakan kenalan semasa tadika, itu mungkin penyebabnya.
23 Jun berjumpa dengan 2 rakan di Mansurah. Tujuan pertemuan untuk bertanyakan sesuatu.
Seterusnya ke Iskandariah. Aku merasa bosan. Setelah itu pulang ke Kaherah. Pada 6 Julai terpaksa pula ke Iskandariah untuk menguruskan penempatan tetamu yang akan bertandang ke situ. Pada 10 Julai sekali lagi ke Iskandariah, bandar tepian pantai, jalan raya bandar sesak dengan manusia dan kereta.
Selanjutnya aktiviti berterusan pada bulan Julai dengan aktiviti jalan-jalan sekitar bandar Kaherah.
17 Julai ke Arish di utara Sinai, sempat bermandi laut di sana bersama rakan-rakan. Tempat yang menarik sesuai untuk aktiviti santai dengan suasana yang menyenangkan.
Genaplah satu bulan cuti musim panas kali ini. Itulah aktivitinya. Banyak bergerak.
4 Ogos lepas, ke Matruh jalan-jalan, pergi jam 5 petang dari Kaherah, tiba di Matruh jam 10.30 malam, jam 1 pagi pulang ke Kaherah.
Insya Allah, 23 Ogos ini ke Arish pula untuk satu aktiviti musim panas.
Aku bosan lagi kah?