| Subcribe via RSS

Lemah untuk memberi

September 16th, 2008 | 4 Comments | Posted in Personal

Benar-benar rasa lemah untuk ‘memberi’ kepada orang lain pada pelbagai aspek. Semudah menulis di blog ini juga belum mampu. Benar-benar mengecewakan.

Kekadang semangat untuk memberi dan bisa untuk memberi, namun tidak bisa pula memberi orang lain untuk juga mampu memberi.

Saya perlu rasa tanggungjawab untuk mengasah dan memberi suntikan semangat, membaca artikel berbentuk motivasi agar sentiasa semangat dan sentiasa dalam keadaan bermotivasi.

Mereka sanggup, saya patut sanggup. Tugas penting sebagai khalifah memikul tanggungjawab.

Kerja yang kantoi

September 14th, 2008 | 2 Comments | Posted in Personal

Aku punya perangai memang suka ikut kata sendiri dari kata-kata orang lain. Prinsip aku memang begitu, dalam apa-apa tugasan yang diberikan, aku akan jalankan mengikut kehendak dan keinginan aku. Alhamdulillah lah jika yang orang yang menghendaki tugasan itu mahu tugasan itu siap atas keinginan dan kehendaknya dan sama kehendaknya juga dengan aku.

Jika sebaliknya maksudnya keinginan pemberi tugasan tak sama dengan keinginan aku, maka akan berlaku sedikit conflict dengan diri aku. Oleh yang demikian, tugasan tertangguh atau saja-saja menangguh, atau buat-buat tangguh, atau pemberontakan diri, tunjuk tidak puas hati.

Namun, kerja yang aku kantoi semalam berlaku juga conflict atau sedikit tindakan tidak puas hati dari diri aku, sebabnya tugasan yang diberikan agak tergesa-gesa dan aku pulak saja-saja melewatkan dan buat mudah tugasan tu. Jadi, permintaan untuk disiapkan jam 2 petang semalam, tertangguh sebab tidur tak hingat dunia.

More »

Puasa dan penjagaan masa

September 10th, 2008 | No Comments | Posted in Sosial

Menarik apa yang ditulis Oleh Dr. Zulkifli Mohamad Albakri berkenaan penjagaan masa. Selalunya kita apa aktiviti yang ralat ni terletak pada masa. Terlewat bangun, banyak aktiviti tertangguh. Terlewat bangun, tak studi, dan pelbagai lagi la.

Khususnya bulan puasa ni, salah satu cara untuk kita jaga masa. Apa yang menarik perkara-perkara sunat sebenarnya patut lebih dilakukan berbanding pada bulan-lain.

Petikan bermakna dari artikel tersebut;

Akhirnya marilah sama-sama kita muhasabah diri kita dengan memikirkan persoalan ini berkenaan dengan waktu yang berbaki khususnya mengambil kesempatan dengan kunjungan Ramadan al-Mubarak ini.

- Berapa juzuk atau helai sehari kita membaca al-Quran?
- Berapa jam sehari kita peruntukkan untuk mentelaah kitab atau ilmu?
- Berapa banyak zikir yang kita lafazkan?
- Tanda cinta kepada Rasulullah SAW, maka berapa selawat kita bacakan?
- Solat fardu. Berapa kali kita berjemaah dan melangkah ke masjid?
- Bagaimana dengan tahajud dan qiamullail yang mudah kita mengambil kesempatan dengan sebab bersahur?
- Bagaimana hubungan kita dengan majlis-majlis ilmu?
- Apakah masa-masa yang terluang kita guna untuk menasihati anak-anak?
- Hubungan kita dengan jiran. Sejauh mana pertautan?
- Kerja kita dengan majikan. Sejauh mana sumbangan dan produktiviti yang kita berikan?
- Adakah segala ibadat kita laksanakan dengan sesempurnanya bahkan kita tambah dengan ibadat sunat?

Sebenarnya terlalu banyak yang perlu kita lakukan dan muhasabah diri. Benarlah kata al-Syahid Imam al-Banna: “Kewajipan-kewajipan itu lebih banyak daripada waktu yang kita miliki.”

Cuba try plan la, kalau tak larat nak buat semua, jangan pulak kita tinggalkan semua. Apa2 pun ada cara untuk kita berubah. Kita kena bertindak, bukan hanya fikir dan tidak bertindak.

Salam Ramadhan.

Puasa di Ramadhan

September 7th, 2008 | No Comments | Posted in Personal

Ramadhan dah masuk hari ke 7, aku rasa cam biasa. Tak ada yang menarik. Aku bosan. Hari2 di ramadhan ni bagi kita umat Islam biasa bertambah lah ibadat tu dari tak selalu ke masjid, kena lah selalu ke masjid, sebab ada taraweh, takkan nak buat sorang2 kat umah, kena la wat kat masjid. Tapi aku, kadang2 wat kat surau bawah tu, kadang2 wat kat bilik ja.. ish pelik toi la.. awat yang jadi malas cam tu taktau.. bukan tahun ni saja, tahun2 lepas pon serupa lah.. adios…

Puasa macam biasa, ALhamdulillah, kali ni takdak ponteng sahur lagi la.. wat camna tu? tak tidoq malam lah.. kalau tidoq taktau la.. tak jamin nak boleh bangkit sahur.. cuma time sahur tu makan banyak2 sikit la.. kurma, ayaq, nasik.. sampai mengah gak la nak mangkit mayang subuh.. Tapi tu la.. tak kena wat lagu tu.. mana boleh camtu.. sepatutnya kena tidoq lah.. baru badan segaq, otak cergas..

Perlu motivasi lagi aku sebenarnya.. kena ubah tempat kot.. balik tanta tak mungkin jadi cam ni.. ok.. bye kawan2 .. selamat puasa.

  • __

    PA010343.JPG



  • RSS Taqeyyabella

  • Sampaikan..



    eXTReMe Tracker