| Subcribe via RSS

Update: Nangis Baca Quran

November 21st, 2008 | 5 Comments | Posted in Personal

Tinggal kenangan. Ingat sewaktu kecil dahulu, menangis tatkala baca Quran depan ayah atau mak. Bukan sebab tak nak baca, tapi kena marah sebab merangkak-rangkak baca Quran.

Melihatkan pada video di bawah ini, aku sendiri terasa sedih gak, mana taknya, teringat kenangan masa-masa dulu. Alhamdulillah kini, aku bersyukur sangat-sangat kepada mak ayah yang dah bagi pendidikan kepada aku, baca quran pon boleh, tajwid tu alhamdulillah, faham tu pun insya Allah, alhamdulillah jugak, cuma amal tu jugak yang astaghfirullah sikit.. koi-koi la.

Cerita 2 hari lepas tu ada 2 - 3 babak lagi yang tak diceritakan, antaranya lepas aku keluar dari stesen ketapi kaherah, tengah-tengah jalan jumpa arab juai beg karung untuk henset.. aku pi la belek.. tanya dia, dia kapak 12 genih, aku belah.. pastu salah sorang arab yang tengok gak beg henset tu tarik baju aku. aku kata “betemsek ni lehh?” *sambil menggayakan tangan*. lantas arab depan dia bagi isyarat suruh lepas. Alhamdulillah la dia lepas. kalau takdak org backing.. camna taktau la.

satu lagi masa aku naik van ke stesen ketapi Tanta. Aku bagi 50 piaster, ikut la dia nak bagi balik belen ka tidak. Aku malas nak mintak. sorang arab penumpang tu bagi tambang 50 piasters. selalu tambang 35 piaster. dia mintak balik kat kondukter. kondukter buat geleng kepala dan buat tak tau.. haha.. arab sama arab pun dia balaih.. tambah melayu, lagi banyak la dia balaih.. pastu aku pun jugak turut terkena dalam ketapi.. kena balaih.. haha. ok.

More »

Kondukter Yang Bang***

November 19th, 2008 | 10 Comments | Posted in General

Ke kaherah. Jam 9.15 malam, aku bergegas keluar dari rumah. Target pukul 9 kuar sbb ketapi kul 9.44, tapi sebab ada isu panas dan baru kat sini, aku bersembang. Solat dan nak makan nasik pastu.. tp tak sempat.. ah sakit perut.. tunggu bas, dah ada bas, tahan la.. pastu naik laa.. aduh lembabnya bas jalan.. macam keta himar.. sampai awal syarik nahas.. aku lompat turun dari bas.. tunggu teksi lak nak pi stesen ketapi, tiba2 mai van, naik van la.. murah sikit.

Sampai stesen ketapi Tanta kul 9.45 malam, aku terus lari ke kaunter tiket. aku tanya kat kaunter “ketapi nombor 930 sampai dak lagi? dia kata pi saja kat platform, terus naik. aku terus pi… terlari2… tiba2 ketapi sampai.. ketapi pi kaherah jugak.. tp askar saja dalam tu.. aku tak naik. selesai hurm.. aku tak puas hati sbb xda tiket. aku ke kaunter balik. aku nak beli tiket. orang kaunter bagitau, komputer tuk tiket dah tutup. dia suruh beli dalam ketapi. harga 13 genih. oklah. aku pi kat platform balik.

jam 10 ketapi sampai…aku terkial2 nak naik ketapi, mana satu gerabak nak naik.. tak tertulis pun kat gerabak tu kelas 1 ka 2 ka.. aku nak naik ketapi gerabak kelas 2. jarak pintu antara gerabak agak jauh.. aku nak ke pintu seterusnya.. oh tidak.. aku patah balik.. oh tidak lg.. ahh.. masuk saja la pintu mana2.. satgi jalan2 kot dalam gerabak tu.. kat belakang tu gerabak kelas 2 kot. terjumpa kondukter ketapi, aku tanya, hat ni kelas 1 ka kelas 2? dia bagitau semua gerabak kelas 2. aku pun jalan lagi ke gerabak belakang. sejuk skt.. sbb aircond.. pi gerabak satu lagi.. panas.. tak pasang aircond kot.. aku patah balik ke gerabak sebelumnya.. oh.. tempat duduk semua dah ada org.. oh. ada tempat kosong.. aku lepak. kondukter mai.. aku keluarkan duit.. dia kata 13 genih.. aku bagi 20 genih.. dia bagi balik 5 genih.. dia bgtau 2 genih lg belen. xpa. aku tunggu belen. huhu huhu huhu haha haha.. renung2 luar sambil layan nasyid hijjaz..  nasyid tuhhh… besa lah.. tak hard core sgt.. walkman buruk aku tu kaset tu ja yg ada.. *tak beli mp3 player..saja* ishh dok tunggu punya tunggu xmai gak baki 2 genih tu.. xpalah.

More »

Promo: Weblogscentre.com

November 18th, 2008 | No Comments | Posted in General

Dulu WBC dikenali sebagai “Weblogscenter” dan dikendalikan oleh seorang dari rakan blogger kita yang sudah lama menyepi iaitu Mr.Syaiful. Ia ditubuhkan pada kira-kira 2 tahun yang lalu. Namun aku pasti, atas sebab-sebab tertentu, WBC tersebut terkubur. Sedih juga. Harap sampai pada pengetahuan Mr.Syaiful tentang berita baru kebangkitan WBC semula ni.

Sekarang ni, WBC sudah kembali ke dunia atas talian (cewah.. atas talian tuh) dengan nama penuhnya “Weblogscentre“. Pengendali terkini WBC merupakan salah seorang blogger yang sudah dikenali ramai, iaitu Mr. Cypherhackz yang terkenal dengan lamannya iaitu http://www.Cyhperhackz.net. Kisah selanjutnya ada di entry yang dibuat oleh Mr. Cypherhackz yang bertajuk Weblogs Centre (WBC) Kini Kembali.

Kepada yang masih baru ataupun telah lama berkecimpung dalam dunia blogging, bolehla menjinak-jinakkan diri anda dalam laman WBC tersebut di http://www.weblogscentre.com. Jangan risau, rakan-rakan di situ semuanya friendly. Jomla kongsi ilmu. Nak tanya soalan yang remeh-remeh pun boleh. Mesti ada je orang akan jawab di WBC nanti.

By :Ikoko

p/s: بلغوا عني ولو آية , banyak aspek..

Pesanan Buat Diri

November 16th, 2008 | 3 Comments | Posted in Personal

Saudara,
Bila dibilang hari,
masih banyak yang mahu dihitung,
untuk seronok, rehat dan rileks,
bila akan tiba tengah disember,
hanya 30 hari, 1 bulan, 720 jam,

Saudara,
Imtihan bakal tiba,
hanya itu peluangnya,
terakhir dan akan tiada,
jika tidak disambar sepuasnya,
lekas kejar dan jangan berlengah,

Saudara,
2009 juga bakal tiba,
kamu tambah satu lagi dari 25,
bila berjaya? bila bersama? bila bersua?
teruskan perjuangan

- anasxz -

  • __

    PA010383.JPG



  • RSS Taqeyyabella

  • Sampaikan..



    eXTReMe Tracker