Makin dekat peperiksaan fasa pertama. Bukan saja makin dekat malah sudah masuk 10 hari terakhir untuk persediaan. Nak kata sedia tu, ada la jugak. Tunggu hari pereksa la.
Member2 lain nampak gaya sedia, aku kena sedia gak. Supa pereksa fasa kedua tahun tiga hari tu, sedia tu ada sedia, tapi nampak cam bersedia gak sebab mungkin time nak out, kalau time tak out lagi, mesti relax gak tu.
esok nak kena klek kerah pulak dah. ai.. macam2 la ustazah2 ni, time orang nak pereksa tu la depa nak sijil. tapi nak kata tak mau bagi pun, dah nak balik mesia.tolong pi bagi la. aku pun meluat dah org dok tepon mai dok tanya sijil.
Ok, jom berimtihanisme, so cara2 org kena fikrah imtihanies ni bangun awai, tidur awai, cukup makan, makan berjadual, semayang awai, baca quran selalu, pastu internet kena down la, bukan bertambah up. kan? stadi banyak, ngapai selalu, dan doa selalu, ingat kat mak ayah pun selalu. cakap pun kurang sbb takut lupa.
ok. jangan makan tak lena tidur tak jaga, makan tak masin, mandi tak panas, buat macam biasa la. macam org syoq bercinta.. moga berjaya belaka, set belakang syariah ngan depan syariah jugak set syarik anwar… dan suma2.
Anas
Tanta, Egypt.
Telah berlalu hari untuk kita berada di Tahun 1429 hijrah. Pelbagai kisah antara kita yang berlaku, masam manis, pahit masin, segalanya mungkin tercatat dalam blog ini dan sesetengahnya tersimpan dalam memori.
Hari-hari di Tahun 1429 bersama 2008 membawa penuh makna walaupun bersulam kisah pahit. Namun Ogos mengubati dengan pengumuman keputusan peperiksaan. Itu kegembiraan terbesar. Alhamdulillah.
Tiada apa-apa kenangan dan ceritera yang patut dinukilkan di sini untuk review tahun 1429 dan 2008. Mahu cerita dan kenangan itu hapus begitu sahaja dan kurang perlu dikenangkan. Hanya ambil sebagai iktibar dan sempadan.
Akan datang, cabaran lebih besar. Tanggungjawab untuk diri sendiri, untuk rakan-rakan, untuk ABIM Mesir, untuk JKP DMAK, untuk ISEK, untuk JPMK, untuk NNE Network dan paling penting untuk Al-Azhar.
Salam 1430 Hijrah dan 2009 Masihi.
Anas,
Tanta, Egypt

Setiap yang berlaku di negara peperangan pasti ada yang terkena kembali. Tindakan melepaskan tembakan, ada pula membalas kembali das tembakan itu. Itu yang aku simbolkan dengan apa yang telah berlaku pada kes baling kasut ke arah Presiden Amerika Bush. Itu mungkin bayaran yang Bush mahukan kepada pembaling kasut itu, bukan seorang nyawa pembaling itu sahaja bahkan 302 orang Shuhada’ Palestin terkorban.
Bayaran itu bukan sahaja menunjukkan betapa besarnya kuasa Bush, tetapi menunjukkan betapa Israel negara kecil yang berpenduduk 5 juta itu mengikuti telunjuk Bush agar membayar kembali maruah Bush yang telah dihina dengan kasut.
Tahun kesedihan (’amul huzni) berlaku lagi. Peristiwa terhebat dan terbesar bagi umat Islam, pertumpahan darah Muslim akibat kekejaman Yahudi laknatullah. Segenting kra Gaza menjadi bandaraya darah.
(more…)

Hari ini blog menjadi media hebat. Tidak kurang juga ianya menjadi sumber rezeki kepada mereka yang tahu bagaimana memanipulasinya. Sebagai salah seorang dari bermilion pengguna internet, aku juga membuat blog yang banyaknya memuatkan penulisan yang kadang kala bosan membacanya, terlalu panjang tulisannya, tidak faham ayatnya dan mungkin tipikal taipnya.
Blog yang mampu hingga kini untuk aku paparkan kepada pembaca di luar adalah hanya sebegini, yang sifatnya monotaip, tidak menyeluruh, masih kurang intelek, sering menggunakan ayat SMS dan loghat kenegerian. Sememang adakah itu tahap yang perlu aku kekalkan kepada blog dan penulisan aku di sini atau perlu kepada suatu anjakan seperti yang berlaku kepada kebanyakan blog lain?
(more…)

Ketibaan musim sejuk atau mausim ash-shita’ di Mesir menimbulkan pelbagai reaksi. Ada yang seronok, katanya tidur dengan lihaf (selimut tebal) itu akan menikmati kepuasan tidur yang sempurna, selain seronok untuk pakai baju tebal-tebal supaya nampak berisi badannya. Namun, ada yang kurang seronok, katanya alah dengan sejuk dan jadi semput-semput, dan pelbagai lagi feel akan ada bila musim sejuk ini.
Di Mesir ini, semester pertama pengajian di musim sejuk. Justeru, keberangkalian untuk lebih selesa studi dan bergerak itu kurang kerana faktor kesejukan *alasan*. Di rumah sewa yang saya tinggal, tiada sakhanah (pemanas air), jadi untuk bermandi-manda, berwudu’, basuh tangan dan sebagainya tidak dapat tidak semestinya menggunakan air sejuk sesejuk air dalam peti ais yang sudah separa beku.
Pertama kali saya merasa tinggal di rumah tanpa sakhanah sebegini. Kawan saya yang tinggal di bawah rumah sudah merasa perkara tersebut 3 tahun sebelum ini *dia power*. Benar, sebelum ini saya tinggal di asrama. Alhamdulillah, kemudahan sakhanah disediakan.
(more…)