“Orang nak membaca, bukan nak mendengar.” Komen seorang pengunjung.
“Pasti, namun bukan suatu kemestian, sebab mendengar itu salah satu satu membaca”. Saya menjawab.
Itulah berlaku kerap kali saya melawat beberapa blog rakan-rakan di alam maya ini, seringkali mengepilkan unsur suara pelbagai untuk menjadi santapan telinga pengunjung aka pembaca di laman blog mereka, yang ketika mana tiba di muka utama, termain sendiri suara itu.
Saya memberi kepastian dengan 50 peratus bahawa kepilan suara itu pasti memberi konflik kepada unsur suara luarnya yang kekadang bagi sesetengah pembaca sudah mengepilkan suatu unsur suara untuk membawanya kepada suatu tahap konsentrasi bersantai dalam membaca lantas meniliti sesuatu blog.
Membaca suatu daya untuk mencetuskan pengetahuan. Pengetahuan dicetuskan oleh pelbagai aspek, antaranya mendengar dan membaca. Oleh yang demikian, pencetusan suatu pengetahuan itu perlukan konsentrasi. Dengan kata lain membaca haruslah dengan tema membaca dan bukan membaca itu mendengar.
Mendengar boleh menjadi bahan untuk membuat pembacaan. Namun bagaimana pula dengan membaca, adakah ia boleh dijadikan bahan untuk mendengar atau tidak? Fikirkan.
Saya hanya mahu membaca, bukan mahu mendengar.
Anas
Cairo, Egypt

Tamat sudah peperiksaan fasa pertama, bermula pula selepas 2 minggu ini pengajian untuk fasa kedua. Pertengah bulan 5 tiba pula peperiksaan fasa kedua.
Untuk peperiksaan baru-baru ini secara ‘overall’ nya, agak mengecewakan.
Untuk peperiksaan akan datang, sudah disediakan 4 buku untuk dibuat persediaan, moga ia tidak lagi melakar review yang mengecewakan.
Subjek fasa depan seperti berikut;
1) Feqh Syafie
2) Usul Feqh
3) Usul Feqh (Tahun 3)
4) Hadith Ahkam
5) Qadaya Feqhiyyah Mu’asarah
6) Bahasa Qadaya Feqhiyyah
7) Al-Quran
8′) Feqh Muqaran
Kawan-kawan, berjuang lagi, akan datang musim panas, moga lebih semangat untuk belajar dan menuntut ilmu.
Moga Allah taala berikan kekuatan kepada semua umat Islam.
Anas,
Tanta, Egypt.

Januari kembali lagi. Firman Allah taala: Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman, yang mengerjakan amal soleh, yang berpesan-pesan dengan kebaikan, dan yang berpesan-pesan dengan kesabaran.
Hitung saat, minit, jam, hari, minggu, bulan, tahun dan seterusnya, terlalu banyak masa yang Allah taala berikan. Nikmat terbesar adalah Iman dan Islam. Nikmat yang sering diabaikan waktu sihat dan waktu lapang.
Semoga hari-hari kita sentiasa dalam golongan yang Allah taala sebutkan di atas. Susah, susah untuk berjanji. Namun, berusahalah dan melaluilah usaha-usaha untuk ke usaha itu.
Anas,
Tanta, Egypt.

Bertolak ke kaherah sewaktu azan zohor. Tiba di Abbasiah hampir asar. Sempat berbual-bual dengan roomate. aku amat seronok lepak di Malaysia Hall. Tak sejuk sangat, ada sakhanah. Mmg best lah. Tapi yang tak best jauh dari kampus.
Solat zohor, pastu terus ke Asyir, rumah rakan kongsi blog. Lepak sehingga petang esok harinya. Azan maghrib aku ke Abul-’Elak, dekat Ramsis, nak cari baju bundle. Kat situ terlalu banyak pakaian, sampai tak larat nak pilih. Solat maghrib kat masjid di situ dan pastu terus pi cari baju dan cari makan.
Terus pastu, belah balik Tanta. 2 hari free, tak buat apa, uhh. tension. Peksa 10/1 ni. Studi….

Gaza masih berperang. Tak jauh pun jarak Cairo dengan Rafah, sempadan Mesir dan Israel. Kurang 500 Kilometer. Rafah dan Gaza bersebelahan. Alhamdulillah aman di Mesir. Doa khutbah jumaat, mendoakan untuk Gaza. Aku yakin 100% masjid di Mesir mendoakan untuk Gaza. Jika kamu menolong agama Allah, Allah akan tolong kamu. Doa selalunya makbul dan Allah taala bagi jaminan doa akan dimakbulkan. Antara nampak dan tak nampak sahaja.
Tolonglah Gaza (Unsuru Ghazzah) tertulis di dinding-dinding. Aku Free 2 hari, moga free juga untuk Gaza. Amin.
Anas
Tanta, Egypt.