Friday, 3rd September 2010
Anas RidzwanPeribadi biasa menginspirasi yang biasa / anasxz

Jaga 7

Sekadar peringatan untuk diri ku yang lupa dan untuk kawan-kawan……

Sebaiknya, kita sebagai Muslim perlu ada amalan berterusan sebagai pendinding diri kita sama ada dari perbuatan-perbuatan kurang baik atau penjaga diri dari melakukan perbuatan tak baik. Atau atau lagi la (memacam lagi), moga Allah kasihankan kita sebab selalu ingat kat dia. Moga ia menjadi sedikit dari aktiviti kita seharian.

Dengan 24 jam yang diperuntukan setiap hari, set 21 minit (Dua Puloh Satu Minit sahaja) (7 x 3) untuk melakukan semua ini. Insya Allah.

Selalunya ketika tersekat dalam kesesakan jalan raya, ketika berada dalam bas untuk ke satu destinasi, ketika memandu menghala ke Iskandariah, kita termenung dan berfikir sendirian kan? Tambahkan satu lagi dalam fikirkan kita untuk lakukan sedikit dari perkara-perkara di bawah ni.

Sekali buat pasti terasa malas, kedua buat rasa bosan, ketiga buat rasa okey jugak, kali keempat buat rasa hmm… boley buat lagi.. Amacam? ada beran?

(Beran apa?)

  1. Solat Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
  2. Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari.
  3. Jangan tinggalkan solat berjemaah di Masjid terutama di waktu Subuh.
  4. Solat Dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada Solat Dhuha.
  5. Amalkan sedekah setiap hari.
  6. Selalulah dalam keadaan berwudhu’, kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu.
  7. Amalkan Istighfar setiap minit.

(”Kalau tak dapat buat semua, jangan tinggalkan semua”.)

Apa kata, kita mulakan.

Bila nak mula? Sekarang. Astaghfirullahal ‘azim.

Alhamdulillah. Dah kita amalkan satu perkara ;)

Selamat beramal.

P/S: Sebuah perkongsian dari kawan.

Kebimbangan

Semakin lama semakin bimbang. Itu yang dapat dirasakan betapa umur makin meningkat, tanggungjawab dan tugas semakin perlu untuk dicipta dan dilaksanakan.

Bimbang adakah dapat grad tahun ni? Susah nak cakap. Bimbang juga dengan peperiksaan semester lepas. Bimbang sangat-sangat.

Buku untuk subjek-subjek semester depan dah keluar. Tapi belum lagi dibuat review. Bimbang. Hari ini sudah 12 Februari.

Peperiksaan dijangkakan pertengah Mei. Jadi, paling kurang persediaan itu semestinya bermula sekarang.

Bimbang, segalanya bimbang. Macam-macam kebimbangan. Tapi itulah yang terbesar.

Ya Allah, berikan aku dan kawan-kawan aku kekuatan…

Isu Pemimpin, Kerajaan dan Parti Politik

Isu Panas kini kepada kerajaan Negeri Perak di Malaysia dengan apa yang terpampang di media-media, kita sebagai pihak pemerhati pening dengan apa yang berlaku. Siapa salah dan siapa yang betul.

Sebagai golongan pemerhati, kita boleh memberi satu tafsiran, ta’kulan atau keputusan. Tetapi belum tentu tafsiran itu betul atau tafsiran salah.

Bagi saya, siapa yang salah dan siapa yang betul itu tidak dipastikan lagi, adakah itu konspirasi kerajaan Perak, Ahli Exco Perak, DS Anwar, Dato’ Najib, Dato’ Abdullah atau sesiapa sahaja, kita pun tak tahu.

Ikut kata media, ada jawapannya, tapi bolehkah kita percaya begitu sahaja? apa buktinya?

Oh… Moga menjadi iktibar buat rakyat Malaysia.