March 30th, 2009 » anasxz
Musuh yang paling susah untuk dikalahkan adalah nafsu, sebab ia ada dalam diri sendiri. Pelik kan? Sepatutnya mangsa yang terdekat itulah yang paling mudah untuk dimusnahkan.
Teringat saya satu petua dari seorang guru katanya, solat jamaah di masjid adalah perkara pokoknya. Jika kita mampu mujahadah untuk solat jamaah, insya Allah perkara-perkara lain secara automatik akan boleh dibuat.
Tak mau cakap banyak.
16 Mei ini kita lihat bagaimana mujahadahnya.
Selamat bermujahadah untuk saya, kawan-kawan yang bakal menghadapi peperiksaan semester ke-2 ini.
March 30th, 2009 » anasxz

Satu hari ada 24 jam. Kita bahagikan tiga, setiap bahagian itu 8 jam. Bahagian pertama untuk rehat, kedua untuk bekerja, dan ketiga untuk ibadat khusus, makan, berbual-bual, internet dan sebagainya.
Cukup tak? Insya Allah kalau kita check balik, masa yang kita gunakan selalunya banyak untuk perkara yang tidak boleh bawa faedah. Maksudnya kita tidak gunakan dengan betul masa yang Allah taala berikan.
Ini pesanan untuk diri saya juga. Sehari bahagi tiga ini sudah dipraktikkan oleh Imam Mazhab Syafie, Muhammad bin Idris Asy-Syafie Rahimahullah sewaktu beliau tinggal di Mesir selama 5 tahun.
8 Jam pertama digunakan untuk berada di masjid, mengajar ilmu, berbincang dan bermuzakarah, dari setelah Subuh hingga selepas zohor. 8 Jam berikutnya digunakan untuk berada di rumahnya dan bahagian jam untuk rehat dan tidur.
Agak-agak boleh ikut tak ni? “Tak boleh buat semua, jangan tinggalkan semua.”
Diri kita saja yang tahu dan boleh menilai adakah kita ni mampu dan pandai menguruskan masa atau tidak.
March 28th, 2009 » anasxz
Susah untuk menjadikan hati kita sentiasa percaya dan mempercayai orang lain. Lagi susah antara pasangan berkahwin, suami dan isteri.
Sebenarnya kepercayaan itu aspek penting dalam perniagaan. Jika tiada kepercayaan, kedua-dua pihak akan saling tipu-menipu.
Bagaimana kurang kepercayaan itu berlaku dalam rumah antara dua pihak itu? Semestinya tidak bahagia. Menjalinkan hubungan kerana agenda tertentu, lakonan yang penuh dramatik. Memang menyakitkan jiwa dan perasaan.
Takut saya mendengar telefon dari pendengar Sinar FM tentang keluhan yang dilontarkan kepada DJ alias pendengar luar yang lain.
“Isteri saya tu pakai cantik di pagi hari, sedangkan di pagi hari lain tak pun macam tu”. Seorang lelaki menceritakan perangai pelik isterinya.
“Saya balik dari kerja, saya tengok isteri saya tak ada kat rumah, saya check SMS dia, mengiurkan jugak ayat-ayat SMS tu”. Seorang lagi lelaki menelefon DJ memberitahu hal isterinya.
Huh. Memang menyayatkan. Bagaimana jika terjadi pada isteri kita? Susah juga untuk menyelesaikan masalah itu. Kita tak mahu terjadi, tapi kalau terjadi macam mana hendak buat?
Saya rasa, ada satu select yang dia dah buat, ada satu perkara yang dia tak percaya, itu sebab segala apa pun dia tak boleh nak percaya sebab perkara utama kepercayaan itu dia tak boleh selesaikan.
Maka timbulkan ketidakpercayaan. Jadi, apakah kepercayaan yang paling mesti kita percayakan?
Fikir-fikirkan. Tepuk lutut, tanya kepala.
March 28th, 2009 » anasxz
Selalunya saya suka untuk menggunakan ayat ini untuk kawan-kawan yang baik hati;
“Takpa la, hang guna la, aku tak guna pun, ni username ngan password”
Rupanya silap faham. Melebihi had yang diguna sehingga memakan habuan saya. Mungkin dia tak sedar.
Selain itu, saya juga suka menggunakan kata-kata ini untuk housemate atau roomate;
“Apa yang ada dalam rumah kita ni, hak kita punya la”
Kekadang berlaku juga keterlebihan guna. Ahaks.
Pernah korang bagi kawan guna telefon selama 400 minit, dia guna lebih?
March 28th, 2009 » anasxz
“Weh, tu, tengok tu.. “. Bisik nafsu.
“OK, aku tengok… “. Hati tersapa.
“Sekali saja. no more ok… “. Iman berpesan.
Susahkah nak elak dari memandang yang cantik, menarik, tertarik (kau memang da bomb) ?. Oh!, sudah pasti la susah. Manusia kan suka yang cantik-cantik. Yang tidak cantik itu kalau dipandang pun sekali saja. Kalau yang cantik itu sudah pasti mahu tengok berkali-kali.
Begitu juga la susah untuk mendidik jiwa kita dari melihat perkara yang buruk dan sia-sia. Tapi amat bahagia jiwa yang dapat melarikan pandangannya dari melihat perkara-perkara buruk. Tapi kalau lihat wanita itu bagaimana? Kurang baik, sia-sia atau mesti tengok, tidak kira kurang baik atau sia-sia.
Alah. Tengok sahaja selagi ada mata.
Cuba lihat pada cermin apa ada pada pandangan mata? Seperti bola kecil bersalut cecairkan? Subhanallah. Kita tidak mampu untuk meneliti bagaimana ia diciptakan.
Cantik pada mata, tak semestinya cantik pada hati. Cantik di hati, moga cantik jua di mata.
Pandanglah dengan mata hati.
(more…)
March 24th, 2009 » anasxz
Sebenarnya tak tahu nak tulis apa tentang 16 perkara ni. Kemungkinan objektif tag ini mahu orang yang addicted to blog ni menulis tentang dirinya. Apa pun, macam-macam tujuan tag ni. Ok lah, tanpa melengahkan masa dan mensia-siakan harapan cik Ikoko, serba sedikit lah rawak-rawak tentang persekitaran saya.
- 2 hari lepas, angin bertiup sangat kencang di sini (Tanta)
- Itu tandanya mahu bertukar musim, musim bunga akan menyusur masuk.
- Pakaian di jemuran terbang dari ampaian dibawa angin. Entah ke mana menghilang (seluar bundle).
- Internet bulan April ni speednya 1 MB. Sakit juga untuk membayar. Tapi, telefon sedap la.
- Boss nombor 2 dah sampai Mesir, balik dari cuti.
- Nak buat short course kot tentang blog dan Photoshop kot. Plannya 9/4 ke atas.
- Mahu mendaftarkan sebuah syarikat, untuk kerja-kerja media dan pengiklanan.
- Fikir-fikir stadi?
- Usul Feqh (Qias, Ijtihad, Tarjih dan Ta’arudh)
- Usul Feqh tahun 3 ( Ijmal, Bayan, Nasakh, Sunnah dan Ijma’)
- Qadaya Feqh Mu’asarah (Bursa, Transfer Wang, Beli Hutang)
- Hadith Hukum, 12 tajuk Hadith, tak termasuk kitab Subulus Salam.
- Al-Quran, 4 Juz.
- Feqh Muqaran.
- Feqh Mazhab Syafie.
- 16 Mei Mula Peperiksaan.
Nota: Maaf lah cik Ikoko, terlewat menjawab tag ini.
Mangsa untuk tag seterusnya? Tiada - Tamat - Horeyy!