Saturday, 31st July 2010
Anas RidzwanPeribadi biasa menginspirasi yang biasa

Mengenal dia dan diri


Bersama rakan sewaktu rehlah ke Sinai. - Gambar hiasan.

Sempurna Tuhan memberikan keduanya lengkap. Syukur untuk Dia. Seakan sama sifat dan keinginan, punya kemahuan. Segalanya kerna Dia. Menjadikan dan mendetikkan hati untuk terus mencari dan mencari siapa dia untuk diri.

Berat mahu mendapat, berat lagi mahu mengharap. Mengenali dia membawa juga mengenali siapa diri. Kenapa dia? Seringkali terucap, rahmat atas ujian dan ujian atas nikmat. Pahit untuk menjadikan dia harapan, berat juga diri mensyukuri kenikmatan.

Kini tiba. Seserius kenal-kenalan dan rakan, serius lagi urusan ini, hal besar.

Kenali dia untuk-Nya, kenali diri pergi jua untuk-Nya.

Nawaitu lillahi Taala.

Dampingan berikan dua

Luxor Temple

Berat sebenarnya untuk menyatakan tentang sesuatu yang saya sendiri belum mempercayainya. Sekali-sekala ia kekadang mungkin menjadi lumrah manusia. Jadilah ianya biasa dan natural sahaja.

Itulah mungkin positif yang difikirkan untuk menjadikan hamba sering kali ada pertalian dengan hamba yang lain. Tali yang putus, pasti datang dan menyambung kembali. Hubungan arus yang terhalang, pasti pecah dan terus mengarusi rasa dari segenap dalaman.

Dampingan antara dua sering dikaitkan antara cinta dan daya. Mengenterpretasi daya dan mengempelmentasi cinta pada keadaan membuatkan mereka menghampiri kita dan ingin berdamping. Benar itu satu jawapan. Mungkin ia satu faktor pemberian Tuhan.

Nikmat atau ujian? Antara dua kata. Menjadikan nikmat untuk disyukuri dan menjadi ujian untuk diteladani. Sering diri menggunakan nikmat untuk perkara yang mengkufuri rahmat dan sering juga menghabisi ujian dengan tanpa teladan dan sempadan.

Menjadikan diri itu diri sendiri amat susah dalam keadaan begini. Antara dampingan rahmat dan ujian, antara ‘task’ dan ‘job’, antara saya dan mereka.

Berdamping sesama hamba, ibarat Tuhan juga menghampiri kita?

Sikap: Teori di Blog vs Praktikal di Realiti

Apa yang tertera di blog ini sebenarnya sikap secara teori dan bukannya 100 peratus praktikal. Jika apa yang berlaku tercatat pada teori di blog ini belum tentu sama dengan praktikalnya.

Begitu juga seperti apa yang saya pesankan untuk saya dan kawan-kawan tentang menjaga 7 perkara. Itu hanya 7 dan bukan hanya sekadar itu sahaja, banyak lagi. Tetapi cukup untuk 7 itu sahaja.

Justeru, apakah sama sikap seperti yang diutarakan pada teori menjaga 7 perkara itu dengan praktikalnya di alam realiti?

قال الله تعالى: يآيها الذين آمنوا لما تقولون مالاتفعلون كبر مقتا عند الله ان تقولوا مالاتفعلون

Berbalik kepada firman Allah taala tersebut, sikap ‘bikin tak serupa cakap’ atau ‘cakap tak sama bikin’ itu sekeji-keji perkara di sisi Allah taala.

Itu sebab nak diam, takut tertulis tapi tak ‘bikin’. Sama-sama bermujahadah dan beramal, kan.

Serupa bikin dengan cakap.

Blog: Sebok vs Mahu

“Hai, lama dah tak update blog, sebok ka?” Tegur rakan ketika bertemu di perhentian bas.

“Ya, tak ada la sebok sangat, kekadang saja malas nak update, tengok pun tak mahu.” Balas saya.

Memblog ni sebenarnya adalah sebuah tempat lontaran idea, tak kisah lah berkisar tentang apa.

Apa sebenarnya kekakangan untuk saya menulis di blog ini? Sibuk dengan tugasan atau apa sebenarnya?

1. Bagi saya, tiada keyword penting untuk saya jawab kepada persoalan ini, tidak mahu menulis sahaja jawapannya. Itu jawapan pertama.

2. Idea paling menarik dan tertarik. Kekadang untuk memikirkan idea menarik dan tertarik itu agak susah, itu membuatkan kita mengambil masa yang lama untuk menulis.

3. Baca dan Masa. Tidak mahu memberi masa lebih untuk tumpuan dan pembacaan.

Cukup dengan 3 alasan itu.

Apa alasan untuk membolehkan tiap-tiap hari mencipta enteri?

1. Membaca dan melihat, seterusnya mencambahkan idea hasil pembacaan dan pemerhatian itu.

2. Cuba berikan masa paling singkat sehingga tercipta satu enteri.

Blog, mahu membuat enteri atau sebok sehingga tidak dapat membuat enteri itu bukan satu persoalan lagi.

Anas,
Cairo.

  • Page 2 of 2
  • <
  • 1
  • 2