Saturday, 13th March 2010 | Langgan RSS

Log in

Mahu Beri Hak Pada Yang Hak

Hak pada diri, mencari rezeki

Tahu kan hak? Contohnya macam beras la, ada haknya, untuk di masak, bukan untuk di letak dalam frame. Hak pelajar, kena belajar la. Kalau tak belajar maknanya dah langgar hak la. *Lebey kurang la*

Apa yang saya tulis ni, seolah-olah inilah hak yang tak sepatutnya diberikan. Kekadang begitu jugak la rasanya. Tahu mungkin apa haknya.

Nak tinggalkan terus blog ni, tidak la sampai begitu sekali, cuma mungkin tawaquf (pause) sahaja. Sampai bila tu tak boleh nak bagitau. Nanti ada entri selepas ni maknanya habis dah la tempoh tawaqufnya.

Banyak kali dah cuba untuk tawaquf, tapi tak berjaya. Banyak sangat kot lemak dan makin berlemak. Rasa kali ni memang tak boleh dah. Insya Allah.

Nak tawaquf tanpa notis pun tak boleh jugak. Jadi, sebab tu saya buat jugak entri ni lebih kurang macam notis la untuk kawan-kawan. Maaf semua kawan, tak dapat nak bagi komitmen.

(more…)

Identiti Blog

jalan tepi sungai nil LUXOR

Persoalan ni saya dah tulis sebelum ni. Tapi masih saya nak menulis lagi. Idea ni dari Ikoko. Dia pun dah menulis.

Saya susah nak mengidentitikan blog saya ni. Pelik la jugak. Saya yang buat, saya sendiri tak tahu nak identitikan blog saya sendiri. Kalau begitu sia-sialah kerjanya. Tak tahu tujuan, tak ada objektif, tak mahu ada sasaran, atau apa sebenarnya.

Kekadang juga diri sendiri tidak dapat menilai apa yang ada dalam diri sendiri. Ia dapat dinilai oleh orang lain yang melihat zahir diri kita bagaimana. Ada yang menyebut “Nak tahu perangai seseorang, tanya lah pada kawan-kawannya”. Entah lah betul atau tidak perkara begitu. Namun, ada juga kebenaran walaupun dan sepenuhnya.

(more…)

Susah nak komen

Ini pandangan saya berkenaan BLOG. Anda mungkin ada pandangan tersendiri.

Tinggalkan komen di Wordpress dan Blogspot, antara dua ini mana yang lebih senang? Bagi saya, wordpress. Sebab;

  1. Tidak perlu klik hantar komen, terus saja menulis komen di kotak yang disediakan di bawah.
  2. Tidak perlu masukkan nama pengguna dan kata laluan (pilihan)
  3. Mesra pengguna, boleh diubah seni letak kotak komen (pilihan)
  4. Menggunakan sistem AJAX

Kalau nak komen jugak, terpaksa lah bersusah-susah.

Masak Cepat-cepat

Masakan ni yang paling suka untuk dicepatkanSaya suka masak cepat-cepat. Tak suka buat lambat-lambat.

Oleh yang demikian, akan ada la bermacam-macam bunyi, bunyi periuk jatuh, bunyi periuk dikacau dengan sudu, bunyi pisau jatuh, bunyi periuk terhoyong hayang atas dapur. Silap haribulan terjatuh periuk tu dari dapur sebab kacau terlalu kuat, silap haribulan jugak pisau tu…

Cepat-cepat pun 1 jam jugak la memasak. Tak la dalam 10 minit sudah siap. Nak tunggu empuk lauk. Nak tunggu nasik masak. Nak tunggu naik aroma….

Cara nak cepat? selepas basuh benda yang nak dimasak tu, terus letak periuk atas dapur dan bukak api. Masa tu lah nak bubuh kunyit dan garam dalam ikan, nak potong bawang, nak basuh barang-barang pewangi jintan manis, bunga lawang, perah santan, kupas kentang dan sebagainya. Semuanya masa tu. Kalau nak tunggu siap baru nak letak periuk pasang api, makan masa la sikit.

Merbahaya masak cepat-cepat (kalut) ni. Ya lah, kalau potong bawang pun cepat-cepat, takut makan tangan. Kalau kacau cepat-cepat, takut terkeluar apa yang dikacau. Kurang bagus la.

Cepat ni bukan nak kejar apa, tapi suka buat cepat, malas nak masak lama-lama.

Paling penting, masak cepat dan sedap.

Credit Photo

Menghitung Hari

“Menghitung hari detik demi detik”.

Jika orang sedang bercinta, menghitung hari tu sangatlah penting, sehari dirasakan sebulan, sebulan dirasakan setahun.

Jika orang sedang kerinduan nak pulang ke Malaysia pun sama, kira setiap detik, bilakah akan melangkah keluar dari Mesir yang begitu bosan ni.

Jika orang sedang belajar, peperiksaan lah yang selalu dihitungnya, setiap hari membilang hari untuk tibanya.

Kurang 1 bulan untuk peperiksaan semester kedua ini. Moga inilah peperiksaan terakhir.

Teringat kata-kata Dr Tengku Asmadi

Pelajar biasa melihat peluang.

Pelajar gagal mensia-siakan peluang.

Pelajar berjaya merebut peluang.

Pelajar hebat mencipta peluang

18 April menunggu 16 May, kurang sebulan.

Ya Allah kuatkan semangat ku dan kawan dalam mengulangkaji pelajaran. Amin.

Photo: http://www.uusu.org/files/exam.jpg