
Obama dijangka tiba di Kaherah pada pagi 4 Jun ini untuk sesi lawatan kerjanya ke Mesir. Dia akan berjumpa dengan Husni Mubarak di Istana Abidin jam 11 pagi. Pada jam 12.53 tengahari, Obama akan menyampaikan ucapan di Cairo University.
Obama juga akan berkunjung ke Kedutaan Amerika di Kaherah. 6 petang, dia terbang ke German.
Macam biasa la. Dah bapak nak mai, bersiap siaga lah Kaherah dengan cantik-cantik. Jalan lopak, ditampung. Jalan tak berline, dicatkan. Dan macam2 lagi. Kalau Obama tak mai, tak tau la bila jalan-jalan raya nak cantik.
Meset memang macam tu perangainya. Kena ada sempena baru nak berubah. Bukan nak berubah dengan sendiri. Serupa macam orangnya jugak. Serupa jugak orang yang mengaji di negara ni.
Macam sebelum ni, Mesir nak dicalonkan untuk pengajuran Piala Dunia 2010. Macam-macam projek la depa buat. Last-last tak dak orang undi. Haha, terbengkalai lah..
Oh, sapa2 yang nak tengok Obama, datang lah ke Cairo University 4 Jun ni, 12 tghari. Berhati-hati, banyak FRU dan polis. Jalan raya jugak banyak ditutup, jadi jammed habih la jalan hari tu. Alternatif, naik Metro (LRT).
Selamat datang Obama, Husni Mubarak merindui mu…

Musim panas kali ni, paling penting yang kita kena ingat adalah ada bulan Ramadhan. Akhir bulan Ogos kita sudah puasa. Sebelum tu, Rajab dan Sha’ban dah dituntut untuk kita berpuasa. Yang selalu gastrik kena cuba try test tengok puasa time Rajab dan Sha’ban ni. Bukan apa, gastrik ni jadi sebab ingat nak makan. Nafsu tu kira nak kena perut mau kenyang. Dah tu, kita punya perut tak diisi, maka mai la fikrah nak gastrik.
Maknanya, kena prepare dah dari sekarang dengan plan dan azam *retorik* untuk kita hadapi bulan yang penuh mulia ni. Kena jugak ingat-ingat balik, amalan apa yang bagi kesan kepada diri kita sehingga amalan tu jadi rutin kita tiap-tiap hari. Kalau tak ada, try-try la adjust tengok. Paling tak dak pun, ada sikit.
Namun, musim panas ni pun ramai yang plan balik cuti Mesia. Yang nak grad, sudah pack kitab dan segala mak neka barang dok ada. Yang plan balik cuti, boleh la raya dengan syoq sekali pada tahun ni. Sama gak macam tahun lepas. Raya syoq jugak.
(more…)

Hanya Berbaki 2 minggu untuk peperiksaan fasa kedua berakhir. Ujian yang dilalui pada hari lepas, aku hanya berserah. Tak menjadi nampaknya stadi aku kali ni. Tension jugak aku dibuatnya dengan perangai aku di masa peksa ni.
Cuma, mau tak mau, perjuangan mesti diteruskan. Tak boleh nak mengalah. Apa pun, aku kena hadapi, susah ka senang, mau ka tidak mau, aku kena buat. Bukan terpaksa, tapi itulah jalan yang aku ada. Tiada alternatif untuk aku.
Time imtihan ni pun ada keja lagi kena buat. Maksud aku keja part time. Boleh la sikit habuan. Cuma bukan itu yang aku mahu Tuhan perkenankan untuk dapat side income, tapi apa yang diharapkan adalah Ogos ni. Side income tak memberi apa-apa makna untuk aku membayarnya pada Ogos ini. Sebanyak mana pun yang diterima, tak memberi bekas langsung.
Kini berbaki 3 lagi kertas. Aku berdiri mesti berdiri sebagaimana aku berdiri. Aku mesti berdaya selagi mana aku terdaya. Aku mesti berjaga selagi mana mata aku terbuka.
*Aku mau blog, tak mau membiarkan labah-labah hinggap kat blog aku. *

Apa aku nak cakap pun aku tak tau. Tengoklah pakcik ngan makcik ni. Apa yang mereka sedang buat. Aku pun tak tau. Nak pegi tanya buat apa, nanti dia kata buat bodo.
Sebenarnya, depa ni pakcik dan makcik yang mengusahakan salah satu sawah di situ, pakcik makcik petani la ni, bukan sahaja ada sawah padi di kawasan mereka duduk itu, malah ada sawah bawang, sawah gargir, sawah makanan keldai, sawah gandum dan sebagainya. Kira mix la ni. Bukan Remix.
Mereka sedang berehat di bawah panas matahari, bukan di bawah pokok. Sekitar mereka adalah jerami padi dan gandum. Jerami ini tidak dibakar begitu sahaja, sebaliknya digunakan lagi, antaranya untuk mengeringkan bawang yang dah dikutip. Bawang tu ditutup dengan jerami dan dibiarkan beberapa hari. Tak ada orang nak curi. Try la, mau kena kapak?.
Pakcik dan Makcik ni selalunya berpakaian hitam. Entah kenapa, aku pun tak penah tanya. Nak kata berkabung, tak jugak, sebab memang tiap-tiap hari kehitaman. Kalau berkabung memang hitamlah pakaian rasminya.
(more…)