June 26th, 2009 » anasxz

Pagi tadi Shahid, kawan se’naemy’ datang ke bilik saya. Mesej menarik dia sampaikan adalah satu kelompok siswi-siswi yang sangat proaktif. Saya mengambil sikap positif terhadap apa yang dia ceritakan.
Mereka merancang sebuah program di luar dewan, berjauhan dari tempat tinggal, perlukan pengangkutan untuk sampai dan memerlukan ketabahan dan semestinya bantuan siswa. Apa yang menarik, part ‘bantuan dari siswa’ tidak diperlukan. Maksudnya kelompok siswi demikian bukanlah tidak mementingkan peranan siswa, tetapi kerana sikap yang proaktif dan mahu belajar dan mencuba dengan kemampuan sendiri, segala yang dirancangkan berjalan dengan sempurna. Bermula dari survey tempat tinggal, pengangkutan, pengurusan program, kewangan dan kemudahan semua diselesaikan oleh mereka, maksudnya kerja-kerja awal sebelum program bermula.
(more…)
June 24th, 2009 » anasxz

Aku rasa tak terlepas terhadap apa yang kita tulis dalam blog ni dari kena tanya oleh Allah taala sebab walaupun kita tak cakap, tangan saja yang menaip, tetap jugak malaikat rakib dan ‘atid tulis apa yang kita taip.
Kekadang aku rasa macam aku ni mengumpat. Ya lah, cerita pasal arab penipu beradab tu. Aku fikir-fikir balik, benda tu boleh saja padam dari minda aku, tapi aku rasa aku ikut emosi, aku pun tulis.
Benda ni aku rasa aku kena post mortem, bukan lepas kalah pilihanraya saja kena post mortem. Apa yang kita buat selalu-selalu pun kena post mortem gak. Manusia, tak leh nak elak dari suka lupa dan suka buat-buat lupa.
(more…)
June 20th, 2009 » anasxz










Ini sebahagian foto yang sempat ditangkap menggunakan kamera kawan aku azril. Aku tak pandai sangat bab tangkap-tangkap gambar ni. Jadi aku main hantam saja lah. Apa yang rasa aku nak tangkap aku tangkap. Ada banyak lagi nak tangkap, tapi bateri habis pulak. Aku pandang-pandang saja lah. Tak leh nak gambarkan kat sini.
Ra’s El Bar atau mudah sebutnya dengan raksul bar bermaksud kepala darat di mana terdapat di situ pertemuan hilir sungai nil dengan laut mediteranian. Memang ketara dan kita nampak perbezaan pertemuan tu. Sungai sememangnya tenang tanpa ombak, tapi setelah tiba di laut ia berombak. Di kawasan sungai tiada berombak dan katanya airnya juga tidak masin walaupun bersebelahan dengan laut.
Laut yang sangat bergelora pada hari tu dengan tiupan angin agak kencang, namun sungai relax serelax relaxnya tenang menghadapi angin kencang. Memang sungguh menakjubkan. Subhanallah.
Tersebut ciptaan ajaib Allah taala ini dalam Al-Quran, “majriyal bahraini yaltaqiyan”. Apa surahnya? Ar-Rahman kot.
Lihat slideshow
June 19th, 2009 » anasxz

Orang Malaysia di Mesir memang sudah tau sangat-sangat perangai arab mesir yang paling popular iaitu penipu. Bukan sahaja menipu, tetapi beradab atau lebih tepat lagi penipuan secara terang-terangan.
Sudah banyak kali aku lalui perangai arab macam ni. Akibat sudah banyak kali, aku pun sudah jadi mangli. Nak elak macam mana pun, tetap jugak kena walaupun sekali dalam seminggu.
Cara dia menipu dengan pusing fakta, pastu cakap tipu, tadi kata lain, sekarang lain pulak yang dia kata, buat alasan, dan macam-macam lagi lah. Nak senang katanya, bab menipu serah lah kat arab mesir. Kalau buat pertandingan siapa yang akan menjadi penipu terhebat, semestinya orang mesir lah.
(more…)
June 18th, 2009 » anasxz

Entri lepas, moody lah sangat.
Sebenarnya aku biasa ja. Aku memang sangat-sangat selamba. Macam tak dak apa yang berlaku.
Lepas peksa Quran, terus hari Khamis pagi tu aku pi Kaherah. Sampai dekat pukul 10 di Cairo U.
Terus aku mulakan kerja.
Lepas zohor, ke Dewan Malaysia untuk solat jenazah. Al-fatihah untuknya.
Kemudian, ke Cairo U balik.
Pukul 7 ke Hospital Kasr El Aini melawat rakan yang terlibat dalam kemalangan. Mereka berdua di Wad ICU. Sian tengok diorang. Sorang boleh buka mata sebelah dan bercakap. Sorang lagi diam, terpejam matanya. Syafaakumullah.
Solat maghrib di Hospital tu dan terus pulang.
(more…)
June 11th, 2009 » anasxz

Belum habis lagi peksa aku. Peksa madah Al-Quran semalam memang aku tak boleh jawab. Soalan nak kata susah, tidak lah sangat. Yang sebetoinya, aku tak hapai habih semua juzuk yang dah ditetapkan, dari 8 ke 4. Aku buat perangai sebelum2 ni, hapai kepala ain. Nah ambik hang!
Tapi kali ni aku punya kali-kali silap. Doktot memang cekap. Aku terkena lagi. Madah feqh muqaran pun aku terkena jugak. Adeh. Apa la nak jadi.
Bosan jugak jadi macam ni. Nak kata ujian, ya la jugak. Tapi, mai jadi lagu ni, tak selesa nak duduk. Kira tak kena selalu. Kona kot ni tak kena. Pi sini tak kena. Tidoq pun tak leh nak lena elok. Makan pun tak berapa nak kenyang.. Ish.. Apa nak jadi tak tau.
Aku harap 2 ja. Mak ayah n Allah Taala.
Nak lupakan kes peksa2 yang lepas. Nak pikiaq peksa yang nak mai 24/6 ni pulak. Nak kena cover 4 buah buku, 4 juzuk quran lagi untuk peksa oral. Huh!
Tuhan, damaikanlah perasaan…