June 3rd, 2009 » anasxz

Untuk kesekian kalinya, aku mengubah theme blog aku. Theme yang diadaptasi dari theme apa tah (aku pun sudah tidak ingat, aku rasa dari Classic Theme kot) sudah masuk ke berapa kali entah aku menukarnya.
Theme ini aku adjust kasi simple, supaya aku senang melihat dan senang nak load. Ini bukan SS. Ini hobi lah.
Serupa macam kereta lah. Badan lama, enjin lama, semuanya lama, cuma tukar sikit-sikit saja yang baru, tukar bumper, pastu ada stiker sikit, ada spot light, body kit skit. Hanya tambah aksesori. Ya lah, nak buat model baru, berbilion-bilion perlu dibelanjakan. Jadi, buat Facelift lah. Itu pun berjuta jugak habis.
Aku pun nak buat begitu jugak la, walaupun theme ini dapat secara percuma. Tapi konon-kononnya nak buat Facelift jugak, aku pun adjust sikit CSS, pastu memelayukan beberapa perkataan pada menu, mengubahsuai Tentang. Kemudian paling penting, aku tukar nama blog ke Muhd Anas, dengan tagline Yang Biasa dan Sederhana. mengaku… bukan la… aku serupa macam orang lain la.
Hosting yang aku pakai ni 50MB saja spacenya, jadi terpaksalah guna space free kat Photobucket.com untuk upload gambar. Ya lah, 50MB bukan guna satu orang, guna dua orang. Save gillla. Nanti selepas Facelift 2 atau 3 upgrade kot.
Lepas ni apa pulak nak jadi kat theme ni tak tau lah. Asik ubah theme saja. Entri tak best pun. Huh!
June 3rd, 2009 » anasxz

Allah taala bagitau kat kita, Mintak tolonglah oleh kamu semua dengan sabar dan solat.
Peksa dah nak habih pun. Lagi satu madah berbaki, pastu satu hal lagi shafawi pulak. Apa benda pun 2 senjata tu saja la lepas ni nak guna time cuti ni. Kena sabar menunggu keputusan dan solat doa mintak banyak-banyak lah.
Apa benda pun, memang kena macam tu. Dua elemen tu cukup penting. Kalau takdak tak boleh hidup.
Hukum Alam kena dipatuhi, Hukum Tuhan pun kena gak diikuti.
Buat takat mana mampu. Tak leh doa 5 minit, doalah satu minit. Tak leh solat 4 rakaat, solat la 2 rakaat. Kalau tak boleh buat semua, jangan tinggalkan semua.
Baru-baru ni satu tragedi berlaku depan bilik aku. Aku sendiri yang alaminya. Jadilah kenangan hari tu dan selama-lamanya aku di Tanta ni. Moralnya, ingat Allah selalu.
Esok khamis, pi Mansurah U sebab Cairo U ‘no entry’. Obama mai. Kena berubah arah la.
June 2nd, 2009 » anasxz

Kemisterian dan keajaiban yang berlaku pada tragedi kapal terbang Air France 447, bagi aku kuasa manusia sangat terbatas.
Walaupun apa yang aku ikuti perkembangan demi perkembangan dari berita dan sidang media yang dikeluarkan, jelas kapal terbang tersebut dalam keadaan stabil dan tidak ada sebarang kerosakan.
Malahan, juruterbang yang sudah membuat 11 ribu jam penerbangan itu semesti sudah mengetahui selok belok ujian dan tribulasi sewaktu berada di udara.
Apa yang dilaporkan juga, pesawat Airbus 330 itu dilengkapi teknologi canggih, dua enjin, kuasa elektrik yang boleh menghadapi storm dan panahan kilat dan sebagainya.
Namun, keterbatasan yang manusia lakukan itu hanya usaha yang semampu itu yang dilakukan oleh jurutera dan penyelidik pembina pesawat itu.
Semestinya mereka sudah memenuhi semua syarat-syarat yang ditetapkan oleh Hukum Alam sehinggalah terjadinya Airbus 330 itu. Tetapi, satu hukum lagi mereka mungkin belum memenuhinya iaitu hukum Tuhan.
Walaupun begitu, bukan itu prasyarat untuk kita sebagai penganut dan pengamal agama Islam menyatakan sebagai selamat dan aman sentiasa dari bala dan ujian. Namun, itulah selayaknya untuk kita beri perhatian dan penghargaan bahawa segalanya di tangan Yang Maha yang menghendaki segalanya.
Hanya pasrah pada Tuhan.