July 29th, 2009 » anasxz

Apa yang berlaku aku tetap menyatakan itu nikmat dan ujian. Aku tetap tidak menyerah kalah. Walaupun berusaha sekadar mampu, itu lah yang diharapkan untuk tidak sekali menyerah kalah.
Benar, banyak kelemahan yang ada, tolak masuk dalam sungai tak boleh berenang, tolak masuk dalam kandang kambing tak boleh mengembik, tolak jatuh dari kapal terbang tak boleh mengimbang, tolak naik atas bukit tak boleh turun balik. Banyak sangat kelemahan.
Walau apa pun yang ada, itu lah sebenarnya yang aku perlu syukur. Kejayaan bukan semata-mata dengan akademik. Allah taala sudah memberikan keadilannya pada semua manusia. Ada orang berjaya dengan akademik, tetapi tidak berjaya dalam teknikal. Ada yang berjaya dengan teknikal, tetapi tidak berjaya dengan akademik. Kan adil begitu supaya kita saling bantu membantu, cukup mencukup dan saling lengkap melengkapi.
Angin yang bertiup kita tidak dapat mengawalnya. Angin bebas untuk bertiup ke mana sahaja, timur, barat, utara dan selatan. Namun, kita ada layar yang boleh mengawal pergerakan kita. Bukan hanya mengikut arus angin, tetapi menggunakan layar untuk menuju ke destinasi yang bukan di bawa angin.
Reaktif membuatkan kita tidak sering kalah. Bangkit dan terus bangkit dari kekecewaan memberikan kita semangat baru.
Fikir senang, hidup senang. Fikir susah, hidup susah. Kamu adalah apa yang kamu fikirkan.
Jangan menyerah kalah sekali hayat dikandung badan.
July 25th, 2009 » anasxz
“Kita memang niat nak buat baik, nak tunjukkan diri kita ni kelakuan baik, nak jugak orang pandang kita baik, tapi, itu lah manusia lemah, tetap jugak ada keburukan yang kita secara sedar melakukannya, tetap jugak Allah nak tunjuk bahawa kita ada yang tak baik.” pesan mak saya.
Saya terkenang kembali. Itukah saya sewaktu membuat pembentangan di hadapan umum semalam. Sememang saya sendiri dapat merasai bahawa saya tidak dapat mengawal keadaan untuk bersifat ’straight, direct dan paku’. Maksudnya secara tiba-tiba saya memberi ‘paku’ kepada audien.
Lemahnya saya untuk mengawal diri. Masih berada di peringkat ‘newbie’ walaupun nampak gaya dah macam ‘expert’.
Berlaku secara tiba-tiba dan saya agak ‘excited’ untuk menunjukkan ‘kehebatan’. Kononnya. Sekali lagi, ternampak kelemahan. Malu (”,)
Susah juga mengawal perasaan, emosi, gaya, bahasa, pertuturan, bahasa badan dan sebagainya ketika bertutur di hadapan umum. Tetapi, adakah orang yang pandai mengawal perkara-perkara itu terjadi dengan sendiri atau terus huruf M, N, O, P, Q dan S. Semuanya bermula dengan huruf A, kemudian B, C dan seterusnya sampailah Z.
Kekadang saya akui sesuatu perkara yang terkeluar dari diri saya itu adalah diri saya, namun adakalanya bukan itu yang patut saya akui itu dari diri saya.
July 16th, 2009 » anasxz

Masa kita kecik-kecik dulu, kita semestinya disuruh oleh mak ayah kita untuk pegi belajar baca Muqaddam (Quran) kat umah tok imam, masjid, umah ustazah dan sebagainya. Itu salah satu adat orang kita yang makin hari makin hilang tambahan di kawasan bandar.
Sememangnya cara sebeginilah kita sekarang ni pandai baca Quran bermula dari asas kena paksa dek mak ayah pegi mengaji Quran. Hasilnya hari ni kita dapat rasa.
Masa belajar Quran kecik-kecik dulu, kita bukan saja diajar membaca, tapi diajar menghormati, menjaga dan beradab ketika pegang Al-Quran.
Saya dapati di Mesir tak terjadi adat sebegitu. Silap-silap ada yang tak pandai baca Quran walaupun dia orang Arab.
Hargailah sumbangan tok-tok guru dahulu dengan adat-adat yang mereka ciptakan untuk generasi mereka pada masa kini dan akan datang.
July 16th, 2009 » anasxz

Kita tak dapat tidak perlu sentiasa di atas talian (online) atau terus menerus sambung (always connected) dengan Allah taala. Sebab segala pusat kawalan (control panel) kita sentiasa ada pada Allah taala.
Hidup kita senang. Allah taala sememangnya bagi kebebasan kepada kita, nak pilih jalan mana, hanya taip saja dan kita tau lah keputusannya (contoh taip di Google).
Sebagai orang Islam, kita mesti memberi sepenuh-sepenuh pergantungan kepada Allah taala dan menetapkannya sebagai tempat teratas. Perkara-perkara lain hanya sebagai perantara untuk kita tunaikan hajat.
3 cara mudah untuk sentiasa connected dengan Allah taala, satu: apa-apa situasi dan keadaan ingatkan Allah dengan berzikir dan berfikir tentang makhluk, dua: Solat dan tiga: baca Quran.
Insya Allah moga-moga kita always connected dengan Allah taala walaupun kabel internet bawah laut terputus atau modem rosak dan sebagainya.
Pakcik tu sujud di mana sahaja. Kita?
July 16th, 2009 » anasxz

Mencabar jugak aku sekarang ni, tiap-tiap hari kena bergerak. Bukan lagi sebagai pilihan, tapi satu kemestian, kena pergi bertugas (kononnya lah) di Giza, sebuah bandar sebelah Kaherah.
Perjalanan tak lah lama sangat, tapi mengambil masa hampir 1 jam jugak. Untuk cepat, aku terpaksa guna 2 3 pengangkutan, pertama, naik bas, kemudian van untuk ke stesen Metro terdekat, dan terus naik Metro tanpa jammed di jalanan. Pulangnya juga dengan Metro, tetapi selepas tu terpaksa pula memilih, sama ada lama di dalam bas dan sekejab berjalan kaki, atau sekejab dalam bas yang tak tentu sekali lompat atau dua kali dan berjalan kaki jauh. Semua tu perlu aku buat keputusan tiap-tiap hari.
Tahun lepas keja di KL pun lebih kurang macam ni. Ada moment naik bas dan naik keretapi. Aku rasa seolah-olah macam aku kerja di KL pulak. Tapi, aku rasa di mana-mana tempat pun begitu. Ada sesak, ada panas, ramai orang, letih, tertido dalam bas, sakit perut dan sebagainya.
Mencabar jugak kondisi aku sekarang ni. Tapi, aku rasa inilah pengalaman yang aku boleh dapat. Sudah sampai masanya untuk aku ke peringkat seterusnya iaitu untuk membina kehidupan berdikari. Kena lalui jugak walaupun mencabar.
Kalau tidak wajib, aku tak dapat hidup berdisiplin. Aku sahut cabaran tu. betul kah?
July 7th, 2009 » anasxz

Semalam boleh dikatakan kenangan terindah bersama kawan. Atas nama kawan, aku memberi peluang untuk diri aku bersama mereka. Terima kasih kawan atas kesedian menerima aku. Moga bersua lagi seperti itu selepas ini.
Anas