Sunday, 5th February 2012
Anas RidzwanPeribadi biasa menginspirasi yang biasa / anasxz

Usalli Sunnatat taraweh

Alhamdulillah ala ni’matil imani wal Islam. Segala puji bagi Allah taala di atas anugerah nikmat beriman dengan Mu dan menjadikan aku seorang Islam.

Usalli sunnatat taraweh rak’ataini makmuman lillahi ta’ala. Ya Allah, kali ni aku berniat kembali untuk mengerjakan sunat taraweh. Aku bersyukur di atas penganugerahan bulan yang mulia ini kembali untuk aku kembali menggandakan ibadah yang selama ini tiada gandaan.

Inilah solat sunat yang akan ku jadikan sebagai paksaan untuk diri aku lakukannya. Tidak mahu menjadi seperti tahun-tahun lepas. Sentiasa gol.

Tiada ucapan selain Alhamdulillah.. Wa asykuru lilah.

Ya Allah, lengkapkan lah 30 malam untuk aku berniat solat sunat taraweh ini.

Ahlan Ramadhan

Ahlan Ramadhan. Prepare diri, bersiap siaga nak masuk bulan yang penuh ganjaran dan pahala. Ganjaran tu kita tengok la pasni akaun di akhirat.

Tak rugi dan sangat tidak rugi kalau kita beribadah lebih ganda sikit pada bulan barakah ni. Memanglah diri kita penat, tak larat, tapi kita cuba buat, sebab kita ada kekuatan sebenarnya. Kita belum lagi mengeluarkan sepenuh tenaga untuk kerja2 ibadah. Cuba try sekali ramadhan ni.

Dan, untuk membolehkan taraweh dengan sihat dan tidak mengantuk, pastikan time berbuka tu tak makan banyak. Itu saja petuanya. Sebab makan banyak jadi mengantuk. Jadi elakkan makan banyak saja la.

Untuk memberi semangat diri kita supaya rajin bertaraweh, ajak kawan2 round masjid. Tiap2 malam berubah-ubah masjid. Baru lah ada kelainan dan semangat untuk taraweh.

Selamat puasa kepada semua kengkawan. Ramadhan 1430 pastikan taraweh tidak gol.

Berubah

Berubahkah aku hanya bila ada sesuatu
Terus aku pulang pada sikap sebelum kuberubah
Hanya sekedar sesuatu tak berapa lamapun itu
Jarang kuterendap dalam sikap dimana kuberubah

Tuhan aku hanya manusia
Mudah berubah lagi dalam sekejap
Tuhan aku ingin berubah
Dan kubertahan dalam perubahanku

Nak puasa syaaban cukup susah. Tambah lah isnin khamis. Lagi susah. Ramadhan dah nak tiba. Syabaan tak sentuh lagi. Erm..

Memang lah masalah. Nak puasa kena la makan sahur. Tak leh puasa cenggitu saja. Tapi tu lah, fikir punya fikir, ada cara nak solve the problem, time nak bertindak tak menjadi pulak. Huh…

Takpo. Paksolah diri mu berubah. Hohoo..

Kejayaan sikit-sikit

Setiap orang sudah ada suratan takdir untuknya. Kejayaannya begitu dan begini. Ada yang dalam masa sekejab saja dia diberi kejayaan. Ada yang mengambil masa yang lama. Mungkin aku dalam ketegori kedua.

Aku menerima situasi begini. Aku tidak boleh menyalahkan takdir. Takdir itu memang tetap takdir. Tetapi bagi kita perlu untuk berkerja, berusaha dan akhirnya menyerahkan keputusannya kepada Allah dan mohon Allah takdirkan yang terbaik kepada kita.

Kejayaan sikit-sikit ini lebih bermakna bagi aku. Aku percaya inilah yang sesuai untuk diri aku. Mungkin jika diberi kejayaan terus menerus itu aku akan riak, bongkak dan sombong. Negatif aku memikir begitu. Jadi eloklah diberi sikit-sikit supaya bersyukur dan bersabar dengan apa yang dapat.

Allah taala sekali-kali tidak mensia-siakan hidup hambanya. Hambanya sendiri yang mensia-siakan hidupnya. Apa yang tentukan untuk kita itulah kehendaknya. Jika itu bukan kehendak kita, tetapi yakinlah itulah yang terbaik dari Allah taala untuk kita.

Hangin = Setan

Hangin atau bahasa bakunya panas baran dah banyak ada kat aku. Walaupun dengan orang yang lebih tua, aku tetap jugak hangin.

Susah jugak hangin-hangin ni. tapi, aku bukannya setuju sangat aku yang hangin ni. Tambah-tambah dengan orang yang lebih tua. Itu sangat-sangat tidak bagus.

Aku fikir benda-benda panas ni selalunya sebab ada api. Api tu lah Allah ciptakan setan. Jadi, aku rasa setan dok ada dalam badan aku ni. Itu sebab mudah sangat nak jadi hangin.

Itu mungkin satu sebab. Satu lagi mungkin faktor persekitaran.

Susah jugak nak buang hangin ni. Itu sebab aku lebih suka diam dari bercakap. Kalau cakap ada saja benda yang tak puas hati.

Hari ini lebih baik?

Senang atau susah untuk menilai diri kita hari ini dengan diri kita pada hari semalam? Saya fikir tak susah. Sebab apa yang berlaku semua atas tindakan kita. Kita lah sendiri yang menilai.

Untuk berubah dan membuat perubahan itu memang senang apabila diungkapkan, tapi akan menjadi susah apabila ingin dilaksanakan. Saya memberikan perumpamaan begini, membaca al-Quran. Kita sudah plan untuk membaca setiap hari 1 maqra’ atau satu ‘ain. Senangkan? sekali buka al-Quran sudah boleh habiskan satu maqra’. Tapi bagi saya itu suatu yang susah.

Belum lagi pergi bertalaqqi dengan sheikh al-Quran setiap minggu, nak bukak al-Quran untuk membacanya pun susah.

Buat setakat mampu. Apa yang saya mampu lakukan hanya berkawan sahaja dengan orang pergi bertalaqqi al-Quran dengan sheikh, berkongsi apa yang mereka dapat dan dalam masa yang sama nak menaikkan semangat untuk turut bersama mereka.

Abu Dardaa Radiyallahu ‘anh berkata; Jadilah diri sebagai seorang yang berilmu, atau belajar ilmu, atau mendengar perkara ilmu, atau suka kepada ilmu dan jangan kamu jadi orang kelima nescaya kamu akan binasa, maksudnya jangan bencikan orang berilmu. Dan orang yang jahil adalah musuh bagi orang yang berilmu.

Jelajah Masjid

Sebelum Ramadhan bermula, berhasrat juga ingin jelajah ke seluruh masjid besar sekitar Kaherah. Siri jelajah ni setiap hari Jumaat. Semalam tak sempat nak ke masjid jauh, jadi ke masjid berdekatan saja lah. Harapnya lepas ni, ada pula siri jelajah sambil tarawih.

Semoga hari ini lebih dari semalam.