Friday, 3rd September 2010
Anas RidzwanPeribadi biasa menginspirasi yang biasa / anasxz

Tiba kembali

Tiba kembali seperti tahun-tahun lepas. Ketika ini dan waktu ini, bermula lepas keluar natijah sampailah nak mula kuliah aku menjadi seperti orang yang mati. Tidak tahu nak buat apa. Jadi boring, bosan. Banyak fikir, tapi tak tau apa yang nak buat. Banyak kerja, tapi tak tau nak mula kat mana. Banyak aktiviti, tapi satu pun tak leh nak laksana.

Sakit jugak jadi macam ni. Semua jadi susah. Walaupun aku sekarang ni ada tugas, setiap hari perlu ke pejabat, tapi tetap jugak macam orang lain yang bosan dan boring duduk rumah seharian melayan cerita/filem dan tidur.

Sekali sekala sakit jugak telinga dan hati aku mendengar kawan-kawan yang dah habis dan nak pulang ke Malaysia. Mau saja aku tempah tiket dan terus balik meninggalkan Mesir time tu jugak tanpa bagitau kepada sesiapa. Aku memang boleh buat begitu sebab sebelum ni aku dah buat. Suatu pagi seorang kawan aku memberitahu dia akan terbang ke Malaysia. Tersentak hati aku mendengar. Terus minggu depan tu aku jugak terbang ke Malaysia.

Tekad hati sebelum mula cuti musim panas hari tu nak mengaji, nak pi talaqqi, nak belajar dan stadi, tapi semuanya tak menjadi. Last-last kerja lain yang menjadi. Yang dirancang jadi angan² saja lah.

nota: ditulis pada 26 Ogos.