Sunday, 14th March 2010 | Langgan RSS

Log in

Antara 2 Peluang Bekerja

Alhamdulillah. subur kini bumi Malaysia ini dengan pelbagai agenda, ekonominya, pendidikannya, industri dan sebagainya. Hasilnya, peluang untuk bekerja begitu banyak sekali.

Bagi aku, kerja di Malaysia ni cukup mudah nak dapat, mahu atau tidak sahaja. Semalam, aku ada ditawarkan untuk jadi pembantu penyelidik kepada seorang pensyarah. Kerjanya tidak lah aku kisah sangat, yang pentingnya pengalaman sebab itu lah membuat kita mengerti erti perit susah hidup yang sebenar nanti.

Tetapi, style aku ni yang membuat aku susah hati iaitu mudah untuk menerima. Alhamdulillah, plan untuk berbincang tentang kerja tersebut terbatal hari ini.

Aku memikirkan 2 peluang yang ada. Peluang untuk bekerja dengan orang lain atau bekerja dengan keluarga sendiri. Walaupun dengan keluarga tidak memberi pulangan tetap, tetapi dari sesi ketenangan dan kebahagiaan, memang aku dapat, dan aku lebih bersama keluarga.

Namun, dalam masa yang sama aku ingin mencari pengalaman dan sedikit wang untuk perbelanjaan sepanjang aku di Malaysia. Tetapi, jika aku memilih untuk bekerja dengan orang lain, aku telah mengorbankan kebahagiaan dan ketenangan tersebut. Biasa lah, jauh dari famili dan tinggal di bandar besar.

Tapi, rasanya berat tak jadi kerja pembantu penyelidik tu. Katanya nak bincang semula selepas aku ke KL pulak nanti. Entah lah, bila pulak aku nak ke KL. Seronok lagi aku duduk di rumah. Ikutkan hati sangat pun tak boleh, kena jugak jaga hati mak ayah, itu yang lebih penting.

Kawan yang bermakna

Aku gembira dan rasa sangat bersyukur kepada Allah taala sebab memberikan kawan-kawan yang berkawan tanpa makna dan aku rasa mereka sangat bermakna bagi aku.

Baru-baru ini aku bertemu dengan kawan yang hampir 7 tahun tidak berjumpa. Walaupun begitu, dia tetap melayani aku macam selalu. Tiada langsung perbezaan.

Sebagai manusia, kita tidak dapat elak untuk berkawan. Dalam pada itu, semestinya ada makna atau tujuan tertentu untuk kita berkawan dengan seseorang. Mungkin kerana bisnes dan sebagainya.

Apa pun, kita cuba lah untuk tetapkan hati, ikhlaskan niat berkawan kerana Allah taala, kerana ingin menjalinkan hubungan silaturrahim sesama manusia. Insya Allah, makna dan tujuan baik kita berkawan itu akan datang dengan sendirinya.

Hargailah kawan yang memberi makna kepada kita.

Salam Pembaca

Salam. Wa….. Lama betul tak kemaskini blog ni. Sejak masuk bulan puasa, sampai lah sekarang. 2 bulan jugak tu.. kalau la rumah kat Mesir ditinggalkan 2 bulan, mesti dah berhabuk gila-gila.. mesti lah berbatuk bersin jugak dibuatnya nak mengemas balik rumah tu. Tapi blog ni tak da la susah sangat nak kemaskan balik.

Ok la. Alhamdulillah syukur nikmat, dalam jejakkan kaki ke Malaysia buat kali ke berapa tah. Cadang dari tahun lepas lagi lepas imtihan sem 2 lagi nak balik Malaysia. pastu rasa tak boleh. cadang lagi lepas sem 1 pulak. Tak boleh lagi. Tup tup kena pulak kerja full time 3 bulan. dari bulan 7 sampai 10.

Alhamdulillah, dapat rezeki sikit, bulan 7/10 aku dapat tiket balik Mesia. Cabaran sepanjang musafir tu ada jugak sikit-sikit. Dikenakan dek kawan, kena tahan dek polis gara-gara bawak thumb drive yang disangkakan peluru, nak kena paw dek org angkat beg, nak kena paw lagi dek polis imigresen sebab tak ada visa, last Alhamdulillah, tak kena bayar apa-apa. Pulak lps tu, polis di balai berlepas dapat jugak LE10 dari aku… terpaksala bagi kerana passport aku di tangannya.

Gitu lah.. susah jugak nak lepaskan diri kat airport cairo tu. tak senang keluar cam tu saja. tapi ada saja yang mudah. ikut nasib lah.

Sekarang di KL sekejab. Nk kata menyelesaikan tugas tidak lah sangat. Tapi perlu jugak ke KL sebab ada sesuatu yang perlu diselesaikan walaupun boleh ditangguh dan diselesaikan di rumah sendiri di kedah.

Dah di KL ni paham2 saja la, yang paling penting ke tau selok belok jalan la. Nak naik bas fulus plak ready banyak. Alhamdulillah dapat pinjam moto sebijik. Boleh la pi ziarah kawan-kawan. Dekat ke jauh semacam saja aku redah. Yg penting, tengok dulu google maps.

kengkawan yg xdpt den bagitau den balik mesia, den mintak maap..

Ok. catatan tu saja. Wassalam.