Friday, 3rd September 2010
Anas RidzwanPeribadi biasa menginspirasi yang biasa / anasxz

Hari Cuti

ibu pejabat polis tanta, sebelahnya yg kotak tu pejabat imigrisen lama.. dah renovated

Semalam, selepas tamat perlawanan bola sepak antara Man U dan Aston Villa baru lah perbincangan kitab Balaghah tahun 3 bermula. Alhamdulillah, kelas kali kedua malam tu dapat difahami. Malam ketiga ditunda kerana memberi laluan penyokong Man U untuk berhempas pulas pula untuk membalas dendam Aston Villa dengan menyewa padang untuk mereka berentap sesama mereka. Alhamdulillah, tiada pergaduhan dan ketegangan yang berlaku. Itu yang kita mau.

Hari Ahad bagi aku cuti, tapi kelas untuk subjek lain bagi tahun 4 tetap ada, tapi kenapa tak nampak muka Melayu? Biasa lah, subjek Bahasa Inggeris dan Bahas, jarang nak dipedulikan.

(more…)

Baca Buku Semula

Aku kena baca buku balik. Dok bajet habih tahun ni, tak menjadi jugak. Insya ALlah tahun depan pulak. Al-Azhar dah umum tarikh imtihan untuk fasa satu ni, mula 16 Januari 2010 ni. Imtihan takhalluf semestinya 2 minggu sebelum tu, silap-silap hujung bulan disember ni.

Aku bawak 4 madah lagi. 3 di fasa 1 dan 1 di fasa 2. Orang nampak sikit, tapi sebenarnya tetap jugak kena stadi. Walaupun sikit tapi 2 madah tu ada 4 buku. Lepas tu pulak bukan boleh main baca ja, kena feeling lebih sikit, baru nak faham. Tak boleh baca terus faham. erm… itu yang susah tu.

Susah ka tidak, aku tetap jugak kena baca, lantak lah kena feeling pun, janji aku boleh jawab dalam imtihan nanti. Memang madah ni killer, tapi kalau aku tak kill dia, semestinya dia sudah sedia kill aku. Tak tau lah.. apa pun kena usaha dulu, baru boleh tawakkal.

Blog tetap jugak blog… baru bleh lepas gian. Laptop tak leh bawak masuk bilik. pastu apa lagi, lantak laptop org la nak blog, facebook, bla bla bla… radio pun takdak jugak. yang ada bunyi-bunyi hanya kat henpon saja. tu pun tak boleh guna, kena simpan bateri, tak larat nak charge.

Malam ni tak baca buku. Dok lepak ja depan laptop ni, update web department sat, pastu update la blog sikit. bajet nak balik kaherah, tapi pikiaq-pikiaq balik takdak pekdah mana. Memang la ada keja, tapi tak untung mana.

Ok.. blog blog jugak. Buku jangan lupa. 3 madah pun 5 buah buku gak tu…