Pemblog
Tiada yang menarik untuk saya ungkapkan tentang biodata diri seorang pemblog ini. Kata orang, tak kenal maka tak cinta. Pepatah ini seringkali diungkapkan untuk mengenali seseorang. Ia kemungkinan menjadi ‘ayat power’ bagi pengungkap yang mengamalkan ekonomis modal. Itu lah kata-katanya. Ok lah. Saya serahkan kepada anda untuk membuat pertimbangan.
Satu soalan pernah saya tanyakan, apa tujuan berkenalan? Untuk mengenal. Setelah mengenal apakah pula selepas itu? Berkenalan lah. Setelah itu? Berjumpa and so on, buat la apa yang patut. Oh begitu, singkat dan mudah benar perkenalan ini. Saya ignore sahaja situasi begitu. Lebih baik.
Berbalik soal pemblog ini, bagi saya untuk memberi tahu latar belakang saya itu suatu yang agak susah walaupun ia bukanlah satu rahsia, namun bagi sesetengah orang ia merupakan suatu yang sensitif baginya. Tambahan kaum Hawa, begitu susah untuk menceritakan soal peribadi. Lelaki juga begitu. Lebih seronok berhoha-hoha tanpa menyentuh soal-soal yang berkaitan peribadi.
Namun, saya cuba untuk mengarang satu karangan yang menceritakan tentang diri saya, ianya mungkin dipetik dari apa yang tertulis dalam hati, kali ini ia tertulis di laman blog ini. Percaya?.
Saya diberi nama Muhammad Anas, dilahirkan di Jalan Makan Diraja, Langgar, Alor Star, sekitar bulan Januari 1983. Pendidikan awal di Tadika Al-Arqam (Yayasan Al-Arqam), seterusnya ke pendidikan rendah di institusi yang sama. Menyambung pengajian ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Agama Taufiqiah Khairiah Al-Halimiah, Padang Lumat, Kedah. Seterusnya ke peringkat tertinggi di Universiti Al-Azhar hingga kini.
Sangat berminat dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi, khususnya dalam bab laman web, grafik dan komputer. Minat kedua berkenaan pentadbiran dan pengurusan organisasi.
Seringkas itu yang saya dapat tuliskan berkenaan peribadi saya. Jika diberikan peluang, Insya Allah saya dapat berkenalan lebih lanjut lagi dengan anda selepas ini. Terima kasih atas kunjungan anda.
