| Subcribe via RSS

Aku Bosan lagikah?

August 8th, 2008 Posted in Personal

Sejak 17 Jun lepas, apabila tamatnya peperiksaan fasa kedua pengajian saya, diri mula menghilangkan diri dari tempat tinggal berdekatan kampus di Tanta. Maksudnya tidak lekat di rumah. Perlu tinggalkan rumah sebab kalau selalu di rumah hanya dua aktiviti tidur dan makan. Tidak produktif.

20 Jun kenduri kahwin rakan di Kaherah. Aku berulang alik ke biliknya bersembang berkenaan hal kahwinnya. Menarik sekali. Banyak pengetahuan baru yang dapat diketahui. Bukan senang untuk seorang rakan yang rasa selesa untuk menyatakan sesuatu yang peribadi. Dia rakan kenalan semasa tadika, itu mungkin penyebabnya.

23 Jun berjumpa dengan 2 rakan di Mansurah. Tujuan pertemuan untuk bertanyakan sesuatu.

Seterusnya ke Iskandariah. Aku merasa bosan. Setelah itu pulang ke Kaherah. Pada 6 Julai terpaksa pula ke Iskandariah untuk menguruskan penempatan tetamu yang akan bertandang ke situ. Pada 10 Julai sekali lagi ke Iskandariah, bandar tepian pantai, jalan raya bandar sesak dengan manusia dan kereta.

Selanjutnya aktiviti berterusan pada bulan Julai dengan aktiviti jalan-jalan sekitar bandar Kaherah.

17 Julai ke Arish di utara Sinai, sempat bermandi laut di sana bersama rakan-rakan. Tempat yang menarik sesuai untuk aktiviti santai dengan suasana yang menyenangkan.

Genaplah satu bulan cuti musim panas kali ini. Itulah aktivitinya. Banyak bergerak.

4 Ogos lepas, ke Matruh jalan-jalan, pergi jam 5 petang dari Kaherah, tiba di Matruh jam 10.30 malam, jam 1 pagi pulang ke Kaherah.

Insya Allah, 23 Ogos ini ke Arish pula untuk satu aktiviti musim panas.

Aku bosan lagi kah?

One Response to “Aku Bosan lagikah?”

  1. admin Says:

    Ke Arisy dibatalkan.


Leave a Reply

  • __

    100_0233.JPG



  • RSS Taqeyyabella

  • Sampaikan..



    eXTReMe Tracker