Aku Bosan

Baru setengah jam lepas balik dari San Stefano Alexandria. Sudahlah menunggu agak lama transport ke situ, jam sudah menunjukkan 12 Malam, mula lah naik bosan, mengantuk, ditambah dengan tambang 1.25 Junaih dalam keadaan dompet tinggal 25 junaih. Itulah jumlah wang di tangan untuk perjalanan esok ke Kaherah dengan keretapi api.
Memang membosankan, pertama ramai orang arab berkeliaran, memang pun ramai, dah negara arab, semestilah arab yang banyak, bosanlah sebab kisah semalam yang membuatkan hati benci orang arab, ya, atas sebab mencari rumah untuk rakan, terkena dengan bayaran LE 5 dalam keadaan terpaksa kerana dia meminta tanpa segan silu. Memang arab tiada rasa perasaan ada kemaluan.
Keduanya tiada tentu arah ke situ, benar mengikut rakan itu amat seronok, tetapi rakan yang tidak perlukan rakan, hanya menumpukan hal rakan tidurnya, berseoranganlah tanpa teman sembang, dua wanita bersama mereka berdua, namun diri tidak bersama mereka berjalan.
Ketiganya, dompet tiada duit, takut juga dompet berbekal 25 junaih dan satu lagi dua wanita yang pasti rakan diri dan tidurnya menjolok diri untuk bersama mereka. Oh, ‘im sorry.
Keputusannya, lari keluar dari kompleks mewah itu dan terus pulang. Rakan ku call, ‘jom makan KFC, aku belanja’. ‘Takpa lah, aku sampai dah ni di mandarah’. Padahal jauh lagi.
Hidup di Alexandria pada musim panas memang membosankan, ramai orang, hiruk-pikuk, tak tenang, sesak, patutlah siswi-siswi di Alex pulang bercuti di Malaysia, mereka tak suka berserabut dengan arab.
Malas sudah untuk berkunjung ke Alexandria lagi, kecuali dengan berkereta.


July 28th, 2008 at 3:38 pm
assalamualaikum…
setiap perkara yang tidak menyenangkan itu ujian. Kadangkala hati memang perlu begitu, perlukan ujian untuk mencuit relungnya supaya tidak hanya sukakan ketenangan dan kebaikan. Biar ia bangkit kuat dengan realiti kehidupan.
Jangan kita membenci seseorang, cukuplah kita membenci perangainya. Lalu untuk dirinya, kita doakan dia berubah dengan akhlak yang terpuji di gariskan islam dan semoga perangai itu tidak datang kepada diri kita.
wallahua’lam
Moga urusan ustaz di permudahkan dengan kebaikan penuh baraqah di sana