Friday, 10th February 2012
Anas RidzwanPeribadi biasa menginspirasi yang biasa / anasxz

Belum menyerah kalah

Apa yang berlaku aku tetap menyatakan itu nikmat dan ujian. Aku tetap tidak menyerah kalah. Walaupun berusaha sekadar mampu, itu lah yang diharapkan untuk tidak sekali menyerah kalah.

Benar, banyak kelemahan yang ada, tolak masuk dalam sungai tak boleh berenang, tolak masuk dalam kandang kambing tak boleh mengembik, tolak jatuh dari kapal terbang tak boleh mengimbang, tolak naik atas bukit tak boleh turun balik. Banyak sangat kelemahan.

Walau apa pun yang ada, itu lah sebenarnya yang aku perlu syukur. Kejayaan bukan semata-mata dengan akademik. Allah taala sudah memberikan keadilannya pada semua manusia. Ada orang berjaya dengan akademik, tetapi tidak berjaya dalam teknikal. Ada yang berjaya dengan teknikal, tetapi tidak berjaya dengan akademik. Kan adil begitu supaya kita saling bantu membantu, cukup mencukup dan saling lengkap melengkapi.

Angin yang bertiup kita tidak dapat mengawalnya. Angin bebas untuk bertiup ke mana sahaja, timur, barat, utara dan selatan. Namun, kita ada layar yang boleh mengawal pergerakan kita. Bukan hanya mengikut arus angin, tetapi menggunakan layar untuk menuju ke destinasi yang bukan di bawa angin.

Reaktif membuatkan kita tidak sering kalah. Bangkit dan terus bangkit dari kekecewaan memberikan kita semangat baru.

Fikir senang, hidup senang. Fikir susah, hidup susah. Kamu adalah apa yang kamu fikirkan.

Jangan menyerah kalah sekali hayat dikandung badan.

2 Komen

  1. taqeyyabella :

    Dah keluar result ka?

  2. anasxz :

    dak lagi.

    tak kuar lagi.

    ini semangat lain…

Komen/Respon anda?