
Ketibaan musim sejuk atau mausim ash-shita’ di Mesir menimbulkan pelbagai reaksi. Ada yang seronok, katanya tidur dengan lihaf (selimut tebal) itu akan menikmati kepuasan tidur yang sempurna, selain seronok untuk pakai baju tebal-tebal supaya nampak berisi badannya. Namun, ada yang kurang seronok, katanya alah dengan sejuk dan jadi semput-semput, dan pelbagai lagi feel akan ada bila musim sejuk ini.
Di Mesir ini, semester pertama pengajian di musim sejuk. Justeru, keberangkalian untuk lebih selesa studi dan bergerak itu kurang kerana faktor kesejukan *alasan*. Di rumah sewa yang saya tinggal, tiada sakhanah (pemanas air), jadi untuk bermandi-manda, berwudu’, basuh tangan dan sebagainya tidak dapat tidak semestinya menggunakan air sejuk sesejuk air dalam peti ais yang sudah separa beku.
Pertama kali saya merasa tinggal di rumah tanpa sakhanah sebegini. Kawan saya yang tinggal di bawah rumah sudah merasa perkara tersebut 3 tahun sebelum ini *dia power*. Benar, sebelum ini saya tinggal di asrama. Alhamdulillah, kemudahan sakhanah disediakan.
Sakit dan peritnya dengan kesejukan ini pertamanya ketika ingin tidur di malam hari. Akibat kesejukan, badan menggeletar akibat selimut yang digunakan agak tidak tebal walaupun dengan 3 lapis baju kain kapas yang kurang tebal yang saya pakai *selimut tak ada, sebab ada di asrama*. Kaki juga perlukan kain tutup untuk elak sejuk dan pecah.
Setelah itu, tidur nyenyak, lantas terjaga pada waktu Subuh, datang pula untuk kali keduanya sakit dan perit kesejukan. Untuk bangkit dari katil dan keluar dari selimut itu satu pertarungan antara sejuk dan tidur. Pertarungan yang tiada paksaan, tiada perhatian, tiada pertolongan dari mana-mana individu atau pihak lain, hanya diri sendiri, menyengitkan lagi pertarungan. Apa pun daya, hanya kuasa Tuhan dan kemampuan melawan nafsu kerana Allah taala mampu mengatasinya untuk sedia bangun dan solat Subuh.
Setelah bangun, lantas berlegar-legar untuk mencari semangat untuk menempuhi pula kesakitan dan keperitan kesejukan seterusnya iaitu menyentuh air sesejuk ais. Untuk percubaan, paip air pada sinki di luar bilik air dibuka untuk merasa suhu air.
“Oh sejuk begini airnya, malasnya hendak memegang air lagi”. Mulut berkata.
“Kenapa tidak mahu pegang lagi, sedangkan tadi kamu sudah pegang air?”. Hati berkata.
“Oklah, saya pegang lagi air untuk ambil wudu’ sahaja ok?”. Saya mengiyakan.
Setelah selesai melalui keperitan terakhir tersebut, terasa selesa dan senang untuk berperang lagi dengan sejuk. Malah kerja-kerja pertarungan dengan sejuk itu tidak lagi ada dalam bahasa mulut, kerja menyediakan sarapan*, membasuh kain* dan mandi* *hari ini sahaja mungkin*.
*Sarapan mudah sebab roti fino dan teh kosong sahaja. Nasik goreng tak dapat nak buat sebab sudah 4 hari gas habis, belum sampai lagi ammu ambubah (pakcik gas tong) tu.
*Perkara kedua, perlu basuh kain la sebab sudah 2 hari bertapuk dalam bilik air.
*Dan perlu mandi sebab mahu ke jawazat hantar borang mendapatkan visa belajar yang sudah tiada sejak April lalu.
Doakan saya dan kami semua, moga inilah ‘peperangan’ terakhir dengan kesejukan.
Terima kasih
Anas, Tanta, Egypt.

Main ngan sejuk ni tak sudah…tapi musim sejuk ni kalau tanya budak2 yang ngaji kat mesir ni, depa mesti kata : ” standart la semua tue “…huhuhuhu
December 23rd, 2008 at 5:31 pmsejuk la best, leh pakai sweater, nmpk smart sikit. leh gak pakai kasut, kalau tak dok pakai selipar ja. musim sejuk nie la nak melaram.
December 24th, 2008 at 12:09 amtetiba teringat kata2 Timbalan Pengarah YAPEIM Tn HJ Mokhtar ketika kami sama2 ke Mesir dulu..”musim sejuk buat otak beku, bdan tak cergas satu keje xmenjadi, arab pon bangun lambat kita p kedai depa dok tidoq lagi..ana serik nak ke Mesir time musim sejuk lagi.” huhuuuu….
January 4th, 2009 at 5:47 am