Bila Mahasiswa Bersuara: Panduan Ringkas
“Saya tidak bersetuju dengan keputusan tidak memberi peluang kepada kami untuk bermesyuarat sesama kami dan membuat keputusan sendiri”. Seorang rakan sebelah saya bersuara ketika menghadiri satu perjumpaan bersama Pengarah. “Mesyuarat kamu semua tidak sah kalau saya tidak ada dalam mesyuarat itu”. Pengarah menjawab pantas.
Medan mahasiswa sememang menjadi medan kemuncak kepada belia dalam menentukan masa depan dan hala tuju. Setelah perginya alam mahasiswa, alam kerjaya dan lapangan pula mendatang, di situ lah gelanggang sebenar untuk tindakan dan plan strategi bijak.
Secara praktikalnya, mahasiswa berada di bawah dan Pengurus mahasiswa (orang atas) berada di atas. Tidak praktikal jika Pengurusnya berada di bawah. Oleh kerana itu, mahasiswa sering bersuara kerana itulah kuasanya yang tidak perlu modal untuk bisa memberi ubah kepada sesuatu.
Sememangnya, mahasiswa yang bersuara akan diertikan sebagai kritikan, pandangan atau manifestasi kepada beberapa hal yang tidak memuaskan hati berasaskan forma-forma kehidupan dan keagaaman. Oleh yang demikian, ia perlulah logik dari segi masa dan ketika, bukan hanya satu mainan minda atau sekadar melepaskan geram semata. Paling kurang, logiknya pandangan itu perlu kajian dan perancangan.
Walaupun begitu, dalam memberikan pandangan dan kritikan, hendaklah disertakan dengan alternatif yang boleh direalitikan. Misalnya begini, Penasihat Persatuan A mengambil alih tugas Pengerusi mesyuarat selaku Pengerusi Persatuan A dalam mesyuarat kerana Pengerusi Persatuan A lambat dan tidak tahu mengendalikan mesyuarat dengan betul. Anda mengkritik pengambilalihan tugas itu kerana ia tidak memberi erti atas pelantikan jawatan itu. Jika dia tidak tahu, perlu diberitahukan. Untuk diberitahu, perlulah dia dalam kondisinya.
Kelantangan dan ‘emotional situation’ bukan suatu unsur untuk orang lain mengiyakan pandangan kita malah membuatkan orang menjadi muak dan bosan. Hiasilah bahasa pandangan dan kritikan dengan sopan, emosi terkawal, dan bisa membuatkan pendengar teruja.
Aspek kritikan berasaskan ilmu juga mesti ada. Maksudnya, ketika memberi pandangan, kaitkan dengan apa yang berlaku berdasarkan rujukan akademik atau bahan-bahan yang boleh diterima. Hindari bios politik dan kepartian . Jika dimasukkan, maka kunci konklusi bagi audien bahawa anda adalah dari Parti A atau Parti B barangkali tepat.
Selalunya, pandangan diutarakan melalui pelbagai saluran. Saluran yang dimaksudkan di sini ialah melalui meja mesyuarat. Jadi, hindarilah dari kritikan di luar mesyuarat atau di kedai-kedai kopi. Jika hendak kritik di kedai kopi pun, biarlah berpada-pada atau boleh dijadikan sebagai mesyuarat sebelum buat kritikan betul-betul.
Konklusinya, kita perlu berani meluahkan kritikan. Paling berani nyatakan berdepan, bersemuka dan elakkan menghentam habis-habisan.
Anasxz - anasxz.naemy.net
Photo - http://www.asharqalawsat.com/details.asp?section=54&article=327499&issueno=9813

November 15th, 2008 at 8:08 am
maish cuba mencerna maksud sebenar. Bisarahah!
November 15th, 2008 at 12:17 pm
marrah wahid sa’idi.. idhaki baah
bas batkallim ‘an el-idara el-ittihad elle akun fiha.
cerna, beyetlak a’lana…