
Hari ini blog menjadi media hebat. Tidak kurang juga ianya menjadi sumber rezeki kepada mereka yang tahu bagaimana memanipulasinya. Sebagai salah seorang dari bermilion pengguna internet, aku juga membuat blog yang banyaknya memuatkan penulisan yang kadang kala bosan membacanya, terlalu panjang tulisannya, tidak faham ayatnya dan mungkin tipikal taipnya.
Blog yang mampu hingga kini untuk aku paparkan kepada pembaca di luar adalah hanya sebegini, yang sifatnya monotaip, tidak menyeluruh, masih kurang intelek, sering menggunakan ayat SMS dan loghat kenegerian. Sememang adakah itu tahap yang perlu aku kekalkan kepada blog dan penulisan aku di sini atau perlu kepada suatu anjakan seperti yang berlaku kepada kebanyakan blog lain?
Melihat kepada diri aku, kemungkinan persediaan dalam menghadapi penulis sebenar itu belum ada, memblog bak melepaskan batuk di tangga, tanpa memberi kesan kepada apa-apa, uhuk-uhuk dan hilang begitu sahaja.
Dalam kata lain, blog yang tidak menarik sebegini, perlukah ia diatur dan disusun agar lebih menarik, atau ia perlu mementingkan aspek penyampaian?
Melihat kepada blog beliau ini, dan beliau ini, dan beliau ini, mereka memblog untuk pelbagai tujuan. Aku memblog bertujuan membina diri aku, disamping hal-hal berkaitan, bukan bertujuan mencari pendapatan dan mengiklankan atas dasar keuntungan.
Atas dasar itu, ini mungkin faktornya blog aku tidak menarik sebab aku berblog bukan bertujuan untuk menarik, selain aku tidak suka selalunya menarik kerana menarik itu mengikut mood. Jika aku sukakan menarik, buatlah agar ianya menarik, jika tidak buatlah yang sebaliknya.

salah satu BELIAU yang dimaksudkan ialah nurulism.com
HAHAH.
December 28th, 2008 at 7:55 pmhaha… tak komen apa2 eh.. klu tidak ada tu, tp….
December 29th, 2008 at 3:18 amAku pulak selalu bertukar2.
December 29th, 2008 at 3:58 pmInsyaAllah.. Ini yang muktamad. Salam Maal Hijrah Anasxz.
huh!.. menarik.. mari kita cuba seperti mereka.. hehe..
December 31st, 2008 at 8:56 amtakpe x menarik , janji sempoi.
August 24th, 2009 at 7:12 pm