Blog apa-apa lah

Lama sudah tak menulis kat blog. Bosan jugak tengok blog yang kosong takdak apa-apa. September, Oktober ngan November ni banyak jugak la aktiviti. Aku rasa kalau aku balik mesia pun tak semeriah aktiviti-aktiviti yang aku lalui di Mesir ni. Cuma, kalau di Mesia tu mungkin lebih banyak duduk rumah. Tapi, wat camna, rasa nak balik Julai lalu tak kesampaian. Insya Allah akan datang lah.
Paling best sepanjang bulan-bulan tu, dapat berjumpa dengan orang-orang hebat, rasa nak jadi hebat jugak, bukan untuk tujuan belagak dan bangga diri, tapi dapat tolong orang merata-rata, ke sana-sini aturkan program untuk orang, paling kurang biarpun letih, tapi pahala tu moga-moga masuk jugak lah walaupun keluar banyak duit.
Keduanya, dapat dua tiga projek yang masyuk duit. Ada jugak la sikit berboros berbelanja. Tapi tak ke mana, habis kat topup, tambang, makan, beli hitu-hini habis. Apa pun, syukur, walaupun tak niat nak bisnes sangat tapi Alhamdulillah la ada orang semawa suruh berbisnes. Terima kasih ustaz.
Ketiganya merasa lemah sikit, sebab badan ni kadang-kadang suka meragam, sat sakit situ, sat sakit sini, terfikir jugak apa silapnya nih. Nak kata silap makan, ada la jugak, mana tak nya, bukan aku yang masak, kadang makan kat kantin, pastu makan kat umah orang, makan jamuan raya, jamuan kenuri lah dan macam-macam lagi yang rasanya pun macam-macam, pedas, masin, banyak ajinomoto lah. Aduh.. Pasni ok kot, balik tanta dok umah sendiri, masak sendiri, buat cara yang sihat lah.
Banyak gak gambar sepanjang bulan2 tu. Tapi satu pun aku rasa tak menarik.. nanti aku cuba class mana yang sesuai.. ok ni nak peesan la kpd yg berkenaan. minggu ketiga bulan 12 ni dah nak masuk musim exam, so dimintak kepada yang berkenaan harap prepare lah. sem 1 ni ada 7 madah, BI, BA takhalluf, BA, qadaya feqh, bahas qadaya feqh, tafsir, dan hadis. moga leh catch up la semua2 subjek ni..
Ok.. selamat, selamat belajar.. teruskan perjuangan.. wassalam
Photo - http://travel.nationalgeographic.com/places/photos/photo_egypt_egypt.html
