Saturday, 11th February 2012
Anas RidzwanPeribadi biasa menginspirasi yang biasa / anasxz

Bush Bayar Kasut Dengan 302 Shuhada’ Palestin

Setiap yang berlaku di negara peperangan pasti ada yang terkena kembali. Tindakan melepaskan tembakan, ada pula membalas kembali das tembakan itu. Itu yang aku simbolkan dengan apa yang telah berlaku pada kes baling kasut ke arah Presiden Amerika Bush. Itu mungkin bayaran yang Bush mahukan kepada pembaling kasut itu, bukan seorang nyawa pembaling itu sahaja bahkan 302 orang Shuhada’ Palestin terkorban.

Bayaran itu bukan sahaja menunjukkan betapa besarnya kuasa Bush, tetapi menunjukkan betapa Israel negara kecil yang berpenduduk 5 juta itu mengikuti telunjuk Bush agar membayar kembali maruah Bush yang telah dihina dengan kasut.

Tahun kesedihan (’amul huzni) berlaku lagi. Peristiwa terhebat dan terbesar bagi umat Islam, pertumpahan darah Muslim akibat kekejaman Yahudi laknatullah. Segenting kra Gaza menjadi bandaraya darah.

Aku bukan menghina dengan mengiyakan Bush membayar akibat kasut yang dibaling, tetapi ingin menunjukkan betapa Bush melihat ummat Islam tidak ada kuasa walaupun kita ada kuasa (OIC & LIGA ARAB), tidak berani walaupun nampak berani (BERMILION TENTERA), tidak menunjukkan kejantanan walaupun kejantanan (RAJA & SULTAN ARAB), tidak banyak walaupun kita bermilion-milion (RAKYAT KITA LAH). Apasal ah terjadi?

Kita lebih suka hidup aman, hidup tenteram, hidup selesa dan sudah selesa dan sudah berada di zon selesa. Aku mengiyakan. Aku perlukan. Memang itu keperluan kita untuk hidup aman. Namun, disebalik keamanan yang kita kecapi, ada bayaran yang belum kita tunaikan kepada mereka yang memusuhi, malah memerangi kita. Belum sempat kita membayarnya akibat pelbagai tragedi ngeri terhadap ummat Islam, Bush dan Israel sudah mengerti dan mahu bayar on-the-spot tanpa bicara.

Kita relax banyak. Aku pun turut jugak relax. Kita suka fikir dan suka bermusuh dengan sesama kita. Kita suka main-main parti. Kita suka main Jutaria. Bayar keluar jail murah sahaja. Ah… macam-macam..

Usaha Damai

Walau apa pun, sudah ratusan yang sudah sujud ke tanah Allah. Aku lihat, peringkat atasan negara sebelah Palestin relax, hanya panggil mesyuarat. Alhamdulillah, Mesir memberi pertolongan. Mesir juga telah bertemu Presiden Palestin dan berusaha secara mendamaikan keadaan.

Prof. Dr. Mohammad Redzuan Othman pernah ditemuramah oleh wartawan Harakah berkenaan peperangan yang meletus antara Hizbullah dan Israel. Katanya, Israel hanya memahami bahasa peperangan. Komunikasi kita dengan Israel hanya perang. Tiada diplomasi atas meja.

Usaha Kita

Yang sedang belajar, belajar bersungguh, jadilah Muslim terbaik yang melaksanakan segala tuntutannya. Yang lain-lain tu, faham-faham lah. Senjata paling canggih yang kita ada adalah Doa. Berilah ruang masa untuk kita berdoa untuk keselamatan ummat Islam dan agama Islam.

Al-Fatihah untuk Shuhada’ Palestin, dulu, kini dan selamanya…

4 Komen

  1. aman :

    hmm..ape la nak jadi ngan bush nie..
    tunggu bulan Januari nanti, obama ganti..
    tak taw lak dia tu camne..
    hmm..

  2. pakndak :

    Bush ngan puak yahudi nie *&^%$ $#5ck 5$##@.. syaitan yang patut direjam

  3. anasxz :

    aman, obama pun Dr M kata serupa.. restu dari israel juga, kalau tidak obama tak akan naik.

    pakndak, bush mmg, bukan takat rejam dah, kena belah laut masuk dia dalam tu.. buat serupa peraun..

  4. Kak Imah :

    Obama pon takkan mampu merubah keadaan sbb di belakang Obama semua puak Yahudi lahanat

Komen/Respon anda?