Friday, 10th February 2012
Anas RidzwanPeribadi biasa menginspirasi yang biasa / anasxz

Cari Kekuatan Rohani (1)

Agak lama sunyi dari mencoret apa-apa idea di sini. Namun tetap menulis itu sentiasa menjadi aktiviti aku walaupun idea tu biasa sahaja.

Saya suka memulakan sesuatu lontaran idea dengan ‘Entah lah’ sebab ayat itu membuat saya lebih berfikir dan terus berfikir mencari proses penyelesaian sesuatu masalah. Kemungkinan juga belum terjumpa atau tidak mencari isu berkaitan idea. Itulah sebab timbul ‘entah lah’.

Kali ini saya cuba untuk membangkit soal kekuatan rohani yang mana ianya menjadi impian setiap muslim. Kejayaan muslim itu mengawal emosi dan nafsunya terletak pada kekuatan rohaninya. Ketika waktu marah itu jika tiada butang pause yang dipunyai kekuatan rohani, nescaya kekuatan fizikal akan mengambil alih.

Setiap hari saya cuba memikirkan bagaimana kekuatan rohani ini diperoleh. Tak senang untuk melawan nafsu, cukup dengan nafsu mengantuk. Itu pun tak boleh nak lawan. Belum lagi nafsu nak berjalan sentiasa, shopping, melepak makan dan minum.

Huh, dengan cabaran yang ada hari ini, kita bukan sahaja perlu ketahanan fizikal, tetapi ketahanan rohani atau dalaman juga penting. Amalan yang boleh menimbulkan rasa diri bertuhan, seorang hamba yang lemah dan mendekatkan diri pada Allah taala itu sangat-sangat penting.

Entah lah, lepas ni sambung lagi.

1 Komen

  1. tunbegia :

    salam pagi rabu,

Komen/Respon anda?