Sunday, 5th February 2012
Anas RidzwanPeribadi biasa menginspirasi yang biasa / anasxz

La Tansa Abadan Zikrallah [video clip no music ] لاتنسى ابدا ذكر الله

Salam Semua. Pesan untuk diri saya, jangan lupa selama-lamanya untuk mengingati Allah. kita sangat2 berharap pada Allah. Pergantungan kita hanya pada Allah. Bila kita bergantung pada Allah, insya Allah kita tak akan resah… Ya Allah..

Lirik..

Moga bermanfaat.

Maher Zain’s Song (Nasheed) with Lyric

Maher Zain, aku pun tidak tau dan tak ambik tau sama ada BeliaU ini baru atau sudah lama mencipta nama di persada seni dunia. Sudah 2 hari mendengar lagu/nasyid ni.. minatnya hanya pada muzik, suara dan melodi, belum lagi tengok liriknya tu nak bagitau hapa.

Jadi aku nak jugak berkongsi ngan kawan2 yang terasa sikit2 nak dengar, leh donlot atau dengar terus kat bawah.. try dulu lagu open your eyes, pastu layan pulak insha Allah, n lagi2 la. ok?

Download lah lagu atau nasyid ni dah sedia. Maaf fail-failnya kecik2 (saiz fail tak sama dgn apa yg tertulis). Kalau file ori nanti takut kena saman pulak sebab menyiarkan hakcipta orang tanpa kebenaran dari pihak penulis yang selalu tulis kat buku tu.

01-Always-Be-There.mp3 669.0KB
02-Ya-Nabi-Salam-Alayka.mp3 749.9KB
03. Inshallah.mp3 670.7KB
04-Palestine-Will-Be-Free.mp3 741.9KB
05-Thank-You-Allah.mp3 827.6KB
06. Allah Allah Kiya Karo (… 787.2KB
07. The Chosen One.mp3 588.1KB
08. Baraka Allah Lakuma.mp3 678.7KB
09. For The Rest Of My Life… 588.1KB
10. Hold My Hand.mp3 618.9KB
11. Awaken.mp3 560.6KB
12. Subhana Allah (Ft Mesut… 740.2KB
13. Open Your Eyes.mp3 669.0KB
14. Ya Nabi (Arabic Version… 749.9KB
15. Thank You Allah (Acoust… 821.1KB


Setakat ni mmg terbaik lah dia punya persembahan. Tapi, sayang, aku tak dapat nak sokong dari segi material dengan memberi album original dia.. sekadar bagi modai ayaq lioq (baca: air liur), aku pun mendownload sama macam hampa (mana satu yang betul, hampa atau hangpa?).

Di sini ada lirik bagi sekelian lagu2/nasyid2 itu dan jugak boleh dengar terus.. (kat bawah sekali)

(more…)

Ra’s El Bar

Ini sebahagian foto yang sempat ditangkap menggunakan kamera kawan aku azril. Aku tak pandai sangat bab tangkap-tangkap gambar ni. Jadi aku main hantam saja lah. Apa yang rasa aku nak tangkap aku tangkap. Ada banyak lagi nak tangkap, tapi bateri habis pulak. Aku pandang-pandang saja lah. Tak leh nak gambarkan kat sini.

Ra’s El Bar atau mudah sebutnya dengan raksul bar bermaksud kepala darat di mana terdapat di situ pertemuan hilir sungai nil dengan laut mediteranian. Memang ketara dan kita nampak perbezaan pertemuan tu. Sungai sememangnya tenang tanpa ombak, tapi setelah tiba di laut ia berombak. Di kawasan sungai tiada berombak dan katanya airnya juga tidak masin walaupun bersebelahan dengan laut.

Laut yang sangat bergelora pada hari tu dengan tiupan angin agak kencang, namun sungai relax serelax relaxnya tenang menghadapi angin kencang. Memang sungguh menakjubkan. Subhanallah.

Tersebut ciptaan ajaib Allah taala ini dalam Al-Quran, “majriyal bahraini yaltaqiyan”. Apa surahnya? Ar-Rahman kot.

Lihat slideshow

Bazar @ Festival Asean 2009

Bazar ini adalah salah satu program dalam Festival Asean yang dianjurkan oleh JPMK. Alhamdulillah, overall berjaya dilaksanakan di Malaysia Hall. 100% saya menjadi pemerhati dan pengunjung sahaja. Tak membantu langsung. Kesian…  Antara gambar yang sempat diambil menggunakan kamera kawan.

Semua gambar ni adalah di malam terakhir program. Jadi orang dah nak balik. Katanya time lepas maghrib hari tu orang penuh..

Orang dah segheyat. Pukul 11 lebih dah.

Ustazah pun turut serta berbazar.. (Johorian)

(more…)

Ketenangan yang damai

Seronok tinggal di kampung. Kurang pencemaran udara sebab kurang kenderaan dan kilang. Menghirup udara kampung lebih nyaman sebab banyak tumbuh-tumbuhan.

Rumah aku dekat dengan kampus.

Walaupun di kampung ni (Tanta) tak ada City Star, tapi memadai la di sini ada Fathallah (Super Market). Yang paling best, angin sepoi-sepoi bahasa masuk melalui tingkap belakang rumah. Sejuk…..

Bendang dan Sawah (sama la tu)

Tenangnya. Tapi kenapa aku suka tinggal di Kaherah?

umah di meset lagu ni la...

p/s:Tajuk entri seperti seorang yang kebosanan :D

(more…)