
Pepatah yang selalu kita sebut “Bukan senang nak senang” dan “Bukan susah nak susah” itu menjadi signifikan untuk saya menilai semula setelah beberapa lama menjalani kehidupan di Mesir ini.
Proses untuk mengurangkan sikap dan aktiviti negatif dan merancakkan dengan positif itu kekadang menjadi kemuncup dan lemah. Akibatnya kedua elemen itu dilalui dengan kehidupan Mesir yang penuh cabaran menjadi perit dan sukar untuk bangun semula.
Mungkin kerana pelbagai cara dan jalan telah dicuba tetapi tidak berjaya. Walabagaimana pun, saya ingin berkongsi satu simulasi yang saya rasa sesuai untuk saya dan mereka yang berazam untuk berubah, membuang sikap dan aktiviti negatif yang sekian lama membelenggu hidup. Simuliasi ini saya dapati dari ceramah yang saya ikuti dalam seminar dua hari lepas di Kaherah.
Ambil satu belon, tiupkan belon itu sehingga saiz sederhana dan tidak terlalu besar. Kemudian tuliskan sikap dan aktiviti negatif di atas permukaan belon itu. Tulis sebanyak mungkin kedua perkara tersebut. Setelah itu, ambil sebatang pen dan pecahkan belon tersebut sambil berniat dengan nama Allah taala agar sikap dan aktiviti yang tertulis itu hilang dari diri kita.
Itulah cara yang mungkin sedikit sebanyak membantu kita untuk terus menjalani kehidupan dengan lebih semangat tanpa sikap dan aktiviti negatif.

Aku baru nampak iklan konsert Maher Zain kat Facebook. Huhu. Best jugak kalau dapat pi nieh. 25 Mac ni kat American University in Cairo di New Cairo (Qaherah Jadidah).
Tiket LE 60. Erm, tak mahal sangat. Aku pun sudah mencari lokasi Alif Bookstores, penaja konsert tu di Syarie’ El Merghani, Heliopolis. Mungkin kat situ ada jual tiket. Cuba dulu la pi survey.
Jom kengkawan pi. AUC tu jauh jugak dari Hayyu Asyir, eloknya kena sewa keta pi situ, kalau naik teksi takut drebar takmau pi.
Oh tiket esok lusa baru ada.. di mana tu kena cari lah.. Ok. sekadar hiburan.
—————————————-
update: Tiket boleh didapati hari ini (9hb Mac 2010) di Alif Book Strores 132 El Merghany Street, Heliopolis, dan Help Club booth di AUC, New Cairo.

Maher Zain, aku pun tidak tau dan tak ambik tau sama ada BeliaU ini baru atau sudah lama mencipta nama di persada seni dunia. Sudah 2 hari mendengar lagu/nasyid ni.. minatnya hanya pada muzik, suara dan melodi, belum lagi tengok liriknya tu nak bagitau hapa.
Jadi aku nak jugak berkongsi ngan kawan2 yang terasa sikit2 nak dengar, leh donlot atau dengar terus kat bawah.. try dulu lagu open your eyes, pastu layan pulak insha Allah, n lagi2 la. ok?
Download lah lagu atau nasyid ni dah sedia. Maaf fail-failnya kecik2 (saiz fail tak sama dgn apa yg tertulis). Kalau file ori nanti takut kena saman pulak sebab menyiarkan hakcipta orang tanpa kebenaran dari pihak penulis yang selalu tulis kat buku tu.
Setakat ni mmg terbaik lah dia punya persembahan. Tapi, sayang, aku tak dapat nak sokong dari segi material dengan memberi album original dia.. sekadar bagi modai ayaq lioq (baca: air liur), aku pun mendownload sama macam hampa (mana satu yang betul, hampa atau hangpa?).
Di sini ada lirik bagi sekelian lagu2/nasyid2 itu dan jugak boleh dengar terus.. (kat bawah sekali)
(more…)

Lama sudah aku tidak menulis khususnya di blog ini. Selalunya menulis di facebook dengan hanya sekadar komen ringkas tidak kurang dari 10 patah perkataan. Selain itu tiada lagi tempat menulis. Berchatting di YM pun sudah tidak lagi menjadi habit aku. Aku sudah tidak install YM di laptop ni. Insya Allah bertahan lama hendaknya.
Akibat kurangnya menulis, diri aku menjadi beban yang terpaksa dipikul jika aku mengarahkan tangan aku untuk menaip. Setiap kali hendak menulis, mesti akan ditanya “apa yang hendak ditulis?, apa signifikannya aku membawa hal ini dalam blog, apa yang aku dapat realisasikan dari diri aku apabila menulis tulisan demikian”?. Semua ini persoalan-persoalan yang terpaksa aku jawab dan akhirnya menjadi beban untuk aku menulis.
Aku fikir lagi. Kini fatrah atau period stadi buku kuliah. Semesti terdapat beberapa ilmu yang harus dikongsi dengan kawan-kawan. Benar juga. OK. Nanti aku cuba untuk kongsi sedikit.
Moga tulisan kali ini akan mengurangkan beban untuk aku menulis lagi pada masa datang.

Ma’assalam wa marhaba. Selamat tinggal dan selamat datang. Tahun masihi atau miladi berganjak satu angka. Dari 9 ke 10. Baru beberapa hari Tahun hijri berganjak juga. Dari 30 ke 31.
Segalanya syukur. Tidak sekali-kalinya tidak kita menyalahkan zaman itu dan ini.
Hanya kita yang bersalah kerana tidak mencorakkan zaman itu dan ini. 2009 dikatakan tahun musibah. Influanza, Gaza, gempa, banjir. Rasib. Oh. Adakah ini semua dusta seperti yang Allah tanyakan kepada kita dalam surah Ar-Rahman?
Sebab manusia. Henfon rosak sebab tangan aku.