Friday, 10th February 2012
Anas RidzwanPeribadi biasa menginspirasi yang biasa / anasxz

elak 3 perkara boleh maju

Apa 3 perkara tu? betul kah jika mengelak daripadanya boleh jadi maju?

jom kita tengok;

1. blame

2. excuse

3. not responsible

kalau suruh buat kerja apa pun, jangan ada 3 perkara ini, insya Allah boleh maju.

Betul atau tidak itu cuba dulu lah.

Ramadhan gaiii ho!

Alhumma ballighna Ramadhan. Amin. Alhamdulillah dah masuk ramadhan. Lagu mana kita? Apa plan?

Tak ada plan lain. Taqwa saja. Taqwa bukan takat solat cukup, tapi kena tambah lagi benda2 lain.

Contohnya macam ni. Kita suruh kawan kita pi beli beras. Dia pun beli, bawak balik beras. Kita hanya kata terima kasih. Kes kedua, kita suruh kawan kita pi beli beras. Dia bukan saja beli beras yang kita nak, tapi beli lagi beras yang sekilo 10 ringgit. dia bawak balik beras. Kita kata terima kasih banyak2. ni yang aku suka ngan hang.

Macam tu jugak Allah taala perintah kita. Bukan saja buat apa yang DIa suruh, tapi ditambahlagi dengan benda2 sunat. Baru la mantap. Mcm keta kalau takdak aksesori, mana smart.

Ramadhan gai hoo…

moga kita semua dpt yg 3 tu.. maghrifah (pengampunan), rahmat dan itqun minan nar (bebas dr neraka)

Penipuan CIMB

dah banyak kali terima emel mcm ni. tapi kali ni lebih licik.

Kena berhati-hati dan banyak2 baca bismillahi tawakkaltu ‘alallah..

Mengajar Bahasa Arab

2. Konsep pembelajaran bahasa Arab diperingkat PMR dan SPM. Belajar bahasa Arab diperingkat sekolah bukan bertujuan untuk menjadikan seorang pelajar itu pakar linguistik yang mahir dalam setiap aspek teknikal bahasa Arab, tetapi bertujuan menjadikan sesorang pelajar itu boleh berbahasa Arab bagi tujuan komunikasi mudah bagi mendapatkan maklumat dan memberikan respon melalui kemahiran mendengar, kemahiran bertutur,kemahiran membaca dan kemahiran menulis.

3. Pelajar yang dapat membaca al-Quran dengan lancar dikira sudah melepasi tahap pertama dalam belajar bahasa Arab iaitu tahap menyebut huruf dengan betul melalui makhraj-makhraj huruf yang tepat. Orang yang membaca atau menyebut kalimah-kalimah arab dengan bunyi huruf-huruf arab yang betul dan menepati pula dengan kaedah panjang pendek dalam bahasa Arab, sudah dikira sebagai orang yang berjaya bertutur dalam bahasa Arab. Yang masih tidak berjaya ialah dia tidak mampu merealisasikan matlamat sesebuah komunikasi iaitu menghantar mesej kepada orang lain atau menerima mesej daripada orang lain, kerana tidak ada unsur kefahaman terhadap perkataan yang dituturkan.

Petikan dari: http://insansejahteracentre.com/index.php/2011/01/19/memahami-konsep-pembelajaran-bahasa-arab-peringkat-awal

Bagi aku, sesuatu perkara perlu mula dari nombor 1 atau huruf A. Begitu juga bahasa arab. setiap peringkat umur ada cara untuk mengajar. peringkat dewasa lebih senang untuk kita ajar sebab mereka dah faham situasi dan senang bermotivasi cuma ada banyak komitmen.

Aku nak mengajar bahasa arab.

hosting masuk virus iframe

Ini yang memeningkan aku, file dalam hosting kena inject dek kod2 hampas yang mengacau laman web. Macam mana depa buat pun aku tak tau.

Masalahnya kalau buat ada balik. Dah tu pulak, bukan satu dua file dia kacau, banyak file. Tak larat nak check satu2. Sudah lah pc aku takdak antivirus.

Mungkin virus seronok nak masuk sbb lama tak update. Tah la. tengok la berapa hari nak tahan selepas buang ni.

tengok contoh2 kod bawah ni.

Iklan Soya

Iklan ni menarik. Di sebalik iklan, ada jugak tulis nasihat kepada pengguna iaitu suruh jaga kebersihan. Dari itu aku dapat idea nak buat iklan, tapi dalam masa yang sama ada mesej yang kita sampaikan.

Dah lama tak blog, tiba-tiba terus cakap bab iklan. Sebenarnya lani dok cuba-cuba berbisnes. Kalau masuk tak tau susah ka senang. kalau tak cuba tak akan guna otak untuk nak fikir. Dah tu timbul lah macam-macam masalah. Dari situ kena perah otak nak fikir dan dalam masa yang sama banyak berdoa.

selamat beriklan.