Thursday, 9th February 2012
Anas RidzwanPeribadi biasa menginspirasi yang biasa / anasxz

Melapangkan di lapangan

Antara turun ke lapangan dan mendarat di lapangan itu berbeza. Susah sebenarnya nak menyesuaikan diri berada di lapangan. Pelbagai kekangan, terutamanya ilmu dan keyakinan.

Cuba ubah niat untuk terus di lapangan itu, yakinkan diri dengan janji yang akan diberikan, cuba meneruskan.

Mula pada pertengahan bulan januari hingga kini, aku dapat. Dapat yang tidak dapat sebelum ini.

Semoga terus di lapangan.

Download Clip Video Maher Zain 2010 (HQ)

Maher Zain’s Official Clips Video from awakening records.

1) Video Maher Zain Insha Allah (English Version)

Download Here

2) Video Maher Zain İnşallah (Türkçe Version)

Download Here

3) Video Maher Zain Insha Allah (Arabic Version)

Download Here

4) Video Maher Zain - Inchallah (Français Version)

Download Here

5) Video Maher Zain The Chosen One

Download Here

6) Video Maher Zain Palestine Will Be Free

Download Here

*required Java

Dari Mesir ke Malaysia (2)

Salam semua. Maaf dah lama tak update. Bukan malas, tapi mood untuk update tu kurang walaupun idea dah ada. Ok sambung cerita sebelum ini.

- Perompak Airport

Perompak airport ini adalah polis sebenarnya terutama yang menjaga sebelum passenger nak masuk ke check-in area. Di kaunter check-in tu ok dah.

Sebelum masuk tu, luggage kena scan dulu, time tu lah perompak-perompak ini akan pau duit. Macam-macam la alasan dicipta untuk meyakinkan kita bahawa ada barang yang tak dibenarkan ada dalam luggage tu. Jadi, kita perlu mengeluarkan barang tersebut.

Untuk mengelakkan masalah itu, passenger terpaksa suap sikit. Ikut pada duit yang dipegang passenger atau yang diseluk dalam sakunya, kalau EGP 100 yang dapat, jumlah itulah yang diserahkan kepada perompak.

Saya dah terkena. Alasannya bawa perfume dan barakah (kapsul habbatus sauda’). Dah tau pun.

Itu di Airport Cairo. Airport lain tak pasti pulak macam mana.

Apa pun, dah nak tinggalkan Mesir, berapa jumlah duit pun sanggup bayar.

- Konvokesyen

Sebelum balik hari tu, majlis penghargaan graduan atau konvokesyen ni dilaksanakan seperti tahun-tahun sebelumnya. Kebetulan aku grade tahun ni, jadi ada lah peluang masuk konvo walaupun tiap-tiap tahun masuk konvo.

Untuk masuk konvo sebagai peserta perlukan bayaran. Tapi aku tak daftar dan tak bayar sebab masih nus-nus (taraddud atau confius). Walaupun aku jaga pendaftaran, tapi aku sendiri tak masukkan nama.

Walaupun begitu, aku tetap jugak masuk dewan atas posisi jawatankuasa. Biasa lah, jawatankuasa ni sedikit sebanyak kena jugak komunikasi dengan pekerja arab yang jaga dewan tempat dilaksanakan majlis penghargaan tersebut.

Pagi majlis konvo tu ada sedikit clash berlaku antara aku dan orang yang menguruskan teknikal dewan. Mereka tak buat persiapan. Pagi nak mula majlis tu baru lah kalut nak siap-siap. Jadi bertembunglah dengan apa yang kita dah ready.

Apa pun aku tak dak ambik hati pun kes tu sebab arab punya perangai gaduh apa pun tak dak dendam. Kira macam tak dak apa lepas tu. Buat bodo saja.

Oh ya. Konvo hari tu aku pakai jugak jubah yang terpaksa kena tempah. Sudah lah tak iron, aku dengan selambanya menyaruk jubah dan pi tangkap gambaq merata cerok. Kamera takdak pun, tibai hat orang ja.

softcopy gambar konvo tu aku tak ambik langsung. Harap ada kot yang simpan.

Ok lah. takat tu dulu cerita. Takreti dah nak cerita.

Wassalam

Dari Mesir ke Malaysia

Kalau di Mesir, tak update blog ada alasannya. Di Malaysia pun sama, ada jugak alasannya. Tapi nampak lebih kurang sama sebab aku masih dalam keadaan ‘free’ dan tak kalut mana. Cuma tak bebas macam dok Mesir boleh pi mana saja dengan hanya naik tramco, bas dan teksi.

Di Mesir alasannya susah nak internet, dah mudah internet kerja lain pulak yang dibuat. Sama jugak di Mesia, internet dah ada, idea dah ada, cuma tinggal time nak update ja . Ni aku cuba jugak update.

Banyak cerita sebenarnya nak diarkibkan dalam blog ni, cerita saat akhir berada di Mesir, kemudiaan kenangan-kenangan yang indahnya tak la selalu. semuanya cerita2 tu jadi ingat lupa ingat lupa saja sebab lambat nak mengarang masuk dalam  blog ni.

Cuma boleh buat point supaya tak lupa jugak cerita di Mesir  ni antaranya;

- Menyertai jamuan kesyukuran bersama Ust Fadil Abd Rahman dan Rashidi di Rumah Kedah Baru Hayyu Sabiek. Aku hanya bagi duit dan depa urusakan semua. Nampak gaya tu macam zalim ja aku ni, tapi kudrat aku takat tu ja kot. Nak buat independent rasa macam susah ja. Alhamdulillah, depa terima aku untuk turut bersama mereka. Terima kasih banyak-banyak. Tima kasih jugak kat tuan rumah Tuan Sheikh Yusuf aka ABAH atas kesudian guna rumah beliau. Barakallahulakum.

- Ada jugak kengkawan yang sanggup wat majlis farewell aku pulak, sedia-sedia makan semua, kumpul orang dan sanggup tunggu lama sebab aku mai lewat. Aku zalim jugak kat depa sebab janji tak tepat sampai lah akhirnya aku mai jugak. Hari tu sebab apa tah aku lewat aku sudah tidak ingat. Itu lah sebab tak tulis blog awal-awal. Terima kasih jugak kepada mereka.

- Wah dapat claim setahun punya khidmat. Alhamdulillah. Moga berkat lah duit-duit claim tu. Segan jugak sebenarnya nak mintak claim tu. Tu yang buat-buat lambat ja. Sian orang account nk buat, sebab takut claim yang aku buat tu dah tutup akaun, jadi akan menyusahkan dia nak cari jalan setelkan masalah tu. Tapi Alhamdulillah, cepat pulak diluluskan disebabkan aku dah nak terbang balik Mesia. Banyak jugak tu. 1/3 dari duit tu aku beli sebuah desktop untuk bawak pulang ke Malaysia. Kitab tak jugak dibeli. Balik Mesia tak pakai mana pun, pakai laptop jugak.

- Azam tak mau ingat lagi Mesir. Aku berazam sebenarnya sebelum balik Mesir hari tu dah tak mau ingat lagi Mesir. Tapi kekadang terlintas balik supaya aku pergi semula ke Mesir. Itu masa mula-mula sampai Mesia. last-last Pikir punya pikir, aku susah untuk terbang semula ke Mesir. Aku perlu sediakan wang sebanyak RM5 ribu untuk ke sana. Aku boleh ingat kembali negera tu bila aku dengar ‘Iza’atul Quranil Karim minal Qaherah’ [Radio Quran Kaherah] melalui online. Cara itu sahaja aku berikan peluang kepada jiwa aku untuk berada di Mesir. Untuk kembali tengok piramid, merasa sesak di Kaherah, merasa musim tersangat sejuk, mandi air sejuk, naik bukit sinai dalam keadaan sejuk, naik tramco laju, naik metro yang panas dan melepak di CS, aku tidak benarkan. Takpa2.. tak serius pun sebenarnya. Besa ja.

Itu sahaja setakat ini. Insya Allah sambung lagi di bahagian dua antaranya perompak airport dan konvo…..

Manusia tambah, rezeki bertambah

Pelik kan? Sekiranya manusia bertambah, sumber makanan yang ada mestilah menjadi lebih sikit sebab setiap hari manusia makan lebih banyak. Tapi tak, ada saja makanan. Pelik kan?

Pokok dah hidup, naik pulak berbuah pulak. Binatang, kena sembelih dan dimakan dek manusia, beranak pulak yang lain. Air dah mengalir masuk laut, terus saja mengalir, tak kering-kering. Entah ke mana air tu pegi tak tau. Ke laut pastu takkan ke sungai balik?.

Kuasa Allah taala semua ni. Kita bukan yang memberi rezeki, menarik rezeki dan menahan rezeki. Itu kerja Allah taala. Kita hanya mampu berusaha, Allah yang tentukan.

Itu pasal Allah taala tetapkan dah rezeki untuk manusia yang baru dilahirkan. Dalam tu pulak Allah taala dah sediakan segala sumber-sumber rezeki tu.

Perkara ni Allah taala sebut surah At-Toriq. Demi langit yang ada hujan (berkitaran sepanjang masa), dan demi bumi yang boleh digemburkan (sesuai untuk tanaman).

Pendek ja ayat ni. Tapi kalau buat buku berjilid-jilid.

Lagu tu lah janji yang Allah dah beri kepada hamba-hambanya, memang langit tu akan sentiasa ada kitaran, sama ada kitaran turun hujan, salji dan sebagainya. Begitu jugak bumi, sentiasa boleh buat cucuk tanam, padang pasir kering kontang pun pokok masih boleh hidup, tambah-tambah lah tanah yang subuh elok macam kawasan tepi sungai nil, memang subuh sungguh.

Apa pun, Allah bagitau jugak kat kita, sedikit ja hamba dia yang bersyukur.

Beringat-ingat dan selamat beramal.

Singgah di syurga dunia

Bagi orang Islam, dunia ini adalah neraka bagi mereka, segala onak dan duri perlu ditempuhi. Namun, bagi orang Kafir, dunia ini adalah syurga bagi mereka. Keseronokan dan hiburan itu lah yang diharapkan bagi mereka yang tidak beriman dengan hari akhirat.

Entah lah statement di atas ni betul ke tidak. Tapi macam penah dengar statement di telinga saya. Nanti rujuk semula lah.

Tapi lebih kurang lagu tu la yang dikatakan syurga dunia. Kira indah-indah belaka. Mana ada yang buruk. Udara pun nyaman. Manusia pun semua pakai elok-elok, wangi-wangi dan manis-manis belaka. Tak dak pun yang masam.

Walaupun begitu, tak boleh nak duduk lama sebab ada benda yang tak puas hati. Tambah lagi kalu dok lama-lama kat situ pun rasa macam sakit jiwa. Mungkin buang tebiat kot pi tang tu. Lagi satu mungkin manusia buat lagu tu la. Ada saja yang tak kena.

Tadi pi ikut memba dia pi bayaq bill tepon pastu pi check dia punya spek mata. Balik dari embassy terus pi situ. Sampai maghrib dah.

Pas pekena ayaq vanila hot cekelat dan edit keja sikit dan hantaq balik ke boss kawan, kami cau.

Tak dak apa yang best pun. Tu yang singgah ja.