January 28th, 2009 » anasxz
“Orang nak membaca, bukan nak mendengar.” Komen seorang pengunjung.
“Pasti, namun bukan suatu kemestian, sebab mendengar itu salah satu satu membaca”. Saya menjawab.
Itulah berlaku kerap kali saya melawat beberapa blog rakan-rakan di alam maya ini, seringkali mengepilkan unsur suara pelbagai untuk menjadi santapan telinga pengunjung aka pembaca di laman blog mereka, yang ketika mana tiba di muka utama, termain sendiri suara itu.
Saya memberi kepastian dengan 50 peratus bahawa kepilan suara itu pasti memberi konflik kepada unsur suara luarnya yang kekadang bagi sesetengah pembaca sudah mengepilkan suatu unsur suara untuk membawanya kepada suatu tahap konsentrasi bersantai dalam membaca lantas meniliti sesuatu blog.
Membaca suatu daya untuk mencetuskan pengetahuan. Pengetahuan dicetuskan oleh pelbagai aspek, antaranya mendengar dan membaca. Oleh yang demikian, pencetusan suatu pengetahuan itu perlukan konsentrasi. Dengan kata lain membaca haruslah dengan tema membaca dan bukan membaca itu mendengar.
Mendengar boleh menjadi bahan untuk membuat pembacaan. Namun bagaimana pula dengan membaca, adakah ia boleh dijadikan bahan untuk mendengar atau tidak? Fikirkan.
Saya hanya mahu membaca, bukan mahu mendengar.
Anas
Cairo, Egypt
January 25th, 2009 » anasxz

Tamat sudah peperiksaan fasa pertama, bermula pula selepas 2 minggu ini pengajian untuk fasa kedua. Pertengah bulan 5 tiba pula peperiksaan fasa kedua.
Untuk peperiksaan baru-baru ini secara ‘overall’ nya, agak mengecewakan.
Untuk peperiksaan akan datang, sudah disediakan 4 buku untuk dibuat persediaan, moga ia tidak lagi melakar review yang mengecewakan.
Subjek fasa depan seperti berikut;
1) Feqh Syafie
2) Usul Feqh
3) Usul Feqh (Tahun 3)
4) Hadith Ahkam
5) Qadaya Feqhiyyah Mu’asarah
6) Bahasa Qadaya Feqhiyyah
7) Al-Quran
8′) Feqh Muqaran
Kawan-kawan, berjuang lagi, akan datang musim panas, moga lebih semangat untuk belajar dan menuntut ilmu.
Moga Allah taala berikan kekuatan kepada semua umat Islam.
Anas,
Tanta, Egypt.
December 31st, 2008 » anasxz
Makin dekat peperiksaan fasa pertama. Bukan saja makin dekat malah sudah masuk 10 hari terakhir untuk persediaan. Nak kata sedia tu, ada la jugak. Tunggu hari pereksa la.
Member2 lain nampak gaya sedia, aku kena sedia gak. Supa pereksa fasa kedua tahun tiga hari tu, sedia tu ada sedia, tapi nampak cam bersedia gak sebab mungkin time nak out, kalau time tak out lagi, mesti relax gak tu.
esok nak kena klek kerah pulak dah. ai.. macam2 la ustazah2 ni, time orang nak pereksa tu la depa nak sijil. tapi nak kata tak mau bagi pun, dah nak balik mesia.tolong pi bagi la. aku pun meluat dah org dok tepon mai dok tanya sijil.
Ok, jom berimtihanisme, so cara2 org kena fikrah imtihanies ni bangun awai, tidur awai, cukup makan, makan berjadual, semayang awai, baca quran selalu, pastu internet kena down la, bukan bertambah up. kan? stadi banyak, ngapai selalu, dan doa selalu, ingat kat mak ayah pun selalu. cakap pun kurang sbb takut lupa.
ok. jangan makan tak lena tidur tak jaga, makan tak masin, mandi tak panas, buat macam biasa la. macam org syoq bercinta.. moga berjaya belaka, set belakang syariah ngan depan syariah jugak set syarik anwar… dan suma2.
Anas
Tanta, Egypt.
December 18th, 2008 » anasxz

Banyak untuk aku ceritakan liku-liku berkawan sepanjang keberadaan aku di Mesir ini. Dari mengenal seorang kawan, kemudian dua, kemudian tiga dan seterusnya bertambah dari semasa ke semasa. Tidak kurang juga, pergi dan lupanya aku kepada kawan seorang demi seorang, kemudian dua, tiga dan seterusnya.
Pertama kali menjejak langkah ke Mesir tanpa kawan yang aku mahu kawan betul-betul. Ketika dalam flight Kuwait Airways, ketika transit di Kuwait, dan ketika di Kaherah pertama kali. Ditempatkan di Rumah Kedah. Kemudian dihantar ke Tanta.
Di Tanta, ditempatkan di sebuah rumah sewa, kemudian dibawa ke tempat pengajian. Diuruskan urusan pengajian, kelas tambahan dan sebagainya. Semua atas khidmat senior. Bukan kawan. Kebanyakan rakan-rakan lain pun begitu.
Kes Keretakan Kawan
Kawan 1, Satu hari, berlaku pertengkaran kecil dengan seorang rakan satu sekolah. Angin badan aku naik. Aku sangkakan setelah itu tidak berkawan kembali. Tapi, aku tetapkan niat bahawa cerita lepas itu adalah lepas. Kita mulakan cerita baru.
Kawan 2, Sewaktu tinggal di rumah sewa pertama, berlaku juga ketidakpuasan di hati aku pada seorang housemate. Setelah beberapa tahun kembali mesra dan berkawan semula. Aku tetapkan juga niat bahawa itu perkara time aku belum tahu apa itu orang dan manusia. (more…)
November 19th, 2008 » anasxz
Ke kaherah. Jam 9.15 malam, aku bergegas keluar dari rumah. Target pukul 9 kuar sbb ketapi kul 9.44, tapi sebab ada isu panas dan baru kat sini, aku bersembang. Solat dan nak makan nasik pastu.. tp tak sempat.. ah sakit perut.. tunggu bas, dah ada bas, tahan la.. pastu naik laa.. aduh lembabnya bas jalan.. macam keta himar.. sampai awal syarik nahas.. aku lompat turun dari bas.. tunggu teksi lak nak pi stesen ketapi, tiba2 mai van, naik van la.. murah sikit.
Sampai stesen ketapi Tanta kul 9.45 malam, aku terus lari ke kaunter tiket. aku tanya kat kaunter “ketapi nombor 930 sampai dak lagi? dia kata pi saja kat platform, terus naik. aku terus pi… terlari2… tiba2 ketapi sampai.. ketapi pi kaherah jugak.. tp askar saja dalam tu.. aku tak naik. selesai hurm.. aku tak puas hati sbb xda tiket. aku ke kaunter balik. aku nak beli tiket. orang kaunter bagitau, komputer tuk tiket dah tutup. dia suruh beli dalam ketapi. harga 13 genih. oklah. aku pi kat platform balik.
jam 10 ketapi sampai…aku terkial2 nak naik ketapi, mana satu gerabak nak naik.. tak tertulis pun kat gerabak tu kelas 1 ka 2 ka.. aku nak naik ketapi gerabak kelas 2. jarak pintu antara gerabak agak jauh.. aku nak ke pintu seterusnya.. oh tidak.. aku patah balik.. oh tidak lg.. ahh.. masuk saja la pintu mana2.. satgi jalan2 kot dalam gerabak tu.. kat belakang tu gerabak kelas 2 kot. terjumpa kondukter ketapi, aku tanya, hat ni kelas 1 ka kelas 2? dia bagitau semua gerabak kelas 2. aku pun jalan lagi ke gerabak belakang. sejuk skt.. sbb aircond.. pi gerabak satu lagi.. panas.. tak pasang aircond kot.. aku patah balik ke gerabak sebelumnya.. oh.. tempat duduk semua dah ada org.. oh. ada tempat kosong.. aku lepak. kondukter mai.. aku keluarkan duit.. dia kata 13 genih.. aku bagi 20 genih.. dia bagi balik 5 genih.. dia bgtau 2 genih lg belen. xpa. aku tunggu belen. huhu huhu huhu haha haha.. renung2 luar sambil layan nasyid hijjaz.. nasyid tuhhh… besa lah.. tak hard core sgt.. walkman buruk aku tu kaset tu ja yg ada.. *tak beli mp3 player..saja* ishh dok tunggu punya tunggu xmai gak baki 2 genih tu.. xpalah.
(more…)
November 18th, 2008 » anasxz
Dulu WBC dikenali sebagai “Weblogscenter” dan dikendalikan oleh seorang dari rakan blogger kita yang sudah lama menyepi iaitu Mr.Syaiful. Ia ditubuhkan pada kira-kira 2 tahun yang lalu. Namun aku pasti, atas sebab-sebab tertentu, WBC tersebut terkubur. Sedih juga. Harap sampai pada pengetahuan Mr.Syaiful tentang berita baru kebangkitan WBC semula ni.
Sekarang ni, WBC sudah kembali ke dunia atas talian (cewah.. atas talian tuh) dengan nama penuhnya “Weblogscentre“. Pengendali terkini WBC merupakan salah seorang blogger yang sudah dikenali ramai, iaitu Mr. Cypherhackz yang terkenal dengan lamannya iaitu http://www.Cyhperhackz.net. Kisah selanjutnya ada di entry yang dibuat oleh Mr. Cypherhackz yang bertajuk Weblogs Centre (WBC) Kini Kembali.
Kepada yang masih baru ataupun telah lama berkecimpung dalam dunia blogging, bolehla menjinak-jinakkan diri anda dalam laman WBC tersebut di http://www.weblogscentre.com. Jangan risau, rakan-rakan di situ semuanya friendly. Jomla kongsi ilmu. Nak tanya soalan yang remeh-remeh pun boleh. Mesti ada je orang akan jawab di WBC nanti.
By :Ikoko
p/s: بلغوا عني ولو آية , banyak aspek..