Friday, 10th February 2012
Anas RidzwanPeribadi biasa menginspirasi yang biasa / anasxz

Log Masuk dan Log Keluar

Pertama kali terjumpa masalah ni, start windows XP, log on dan lepas tu log off balik. Log on pastu log off balik.

Ini lah yang aku tension. TIme nak baca buku macam-macam masalah dok mai. Kena lah cari macam mana nak selesai.

Benda ni terjadi sebab aku install satu software yang aku sudah bajet akan kacau sistem windows. Sah, memang betoi.

Oleh yang demikian, kena lah setup windows lain. Walaupun windows yang rosak tu dapat debug. Tapi lembab.

Terlupa pulak tanya sheikh google. Oh tu ka, memang berlaku juga pada pengguna lain.

Apa pun, walaupun sayang setara mana pun windows yang kita dok guna lama dah, tapi mai time dia rosak jugak. Terpaksa buat baru.

Itulah risiko yang perlu diterima secara hakikatnya sebagai seorang pengguna komputer. Jangan gelabah, panik, tension dan sebagainya jika data hilang, windows tak boleh masuk, data kena curi, tak dak karen bila time buat kerja.

Cari Kekuatan Rohani (2)

Setiap hari kita terdedah dengan pelbagai perkara yang sentiasa mendorong hati ke arah perkara yang Allah taala benci, tak suka, murka dan menjadi dosa. Naik Metro terpandang sana dan sini, ke shopping complex terlihat begitu dan begini, berinteraksi dengan arab yang banyak feel, semuanya memerlukan satu daya ketahanan dalaman, agar sifat sentiasa menjaga pandangan, sabar dan sentiasa mengingati yang Allah taala yang sedang melihat semua itu.

Huh, macam serius sangat kes ini. Memang, kes serius. Gejala sosial yang berlaku sentiasa tu, kes takdak iman, tak kenai tuhan dan tak dak kekuatan dalaman la sebagai untuk nak mengelak dari semua2 tu. Sebab itu sangat penting kekuatan rohani ini. Bukan cik rohani jiran sebelah rumah tu. Ini aura dalam yang sesiapa pun tak tahu kecuali diri sendiri yang memilikinya.

Kita yang belum lagi masuk alam pekerjaan, rumah tangga, tapi mungkin sudah terasa cabaran yang bakal kita hadapi setelah berada di dua alam tu. Dalam hal itu, sudah pasti perlu ada satu persediaan untuk menghadapnya, bukan sahaja dengan kekuatan fizikal dan material yang kita cari, tapi kekuatan rohani itu juga yang menjadi asas untuk kita bahagia dalam hidup atau tidak.

Entah lah, si penulis kekadang menulis apa yang dia rasa nak menulis, tapi entah lah dia itu pijak bumi ke tidak pun tak tahu.

Cari Kekuatan Rohani (1)

Agak lama sunyi dari mencoret apa-apa idea di sini. Namun tetap menulis itu sentiasa menjadi aktiviti aku walaupun idea tu biasa sahaja.

Saya suka memulakan sesuatu lontaran idea dengan ‘Entah lah’ sebab ayat itu membuat saya lebih berfikir dan terus berfikir mencari proses penyelesaian sesuatu masalah. Kemungkinan juga belum terjumpa atau tidak mencari isu berkaitan idea. Itulah sebab timbul ‘entah lah’.

Kali ini saya cuba untuk membangkit soal kekuatan rohani yang mana ianya menjadi impian setiap muslim. Kejayaan muslim itu mengawal emosi dan nafsunya terletak pada kekuatan rohaninya. Ketika waktu marah itu jika tiada butang pause yang dipunyai kekuatan rohani, nescaya kekuatan fizikal akan mengambil alih.

Setiap hari saya cuba memikirkan bagaimana kekuatan rohani ini diperoleh. Tak senang untuk melawan nafsu, cukup dengan nafsu mengantuk. Itu pun tak boleh nak lawan. Belum lagi nafsu nak berjalan sentiasa, shopping, melepak makan dan minum.

Huh, dengan cabaran yang ada hari ini, kita bukan sahaja perlu ketahanan fizikal, tetapi ketahanan rohani atau dalaman juga penting. Amalan yang boleh menimbulkan rasa diri bertuhan, seorang hamba yang lemah dan mendekatkan diri pada Allah taala itu sangat-sangat penting.

Entah lah, lepas ni sambung lagi.

Mengurangkan Sikap dan Aktiviti Negatif

Pepatah yang selalu kita sebut “Bukan senang nak senang” dan “Bukan susah nak susah” itu menjadi signifikan untuk saya menilai semula setelah beberapa lama menjalani kehidupan di Mesir ini.

Proses untuk mengurangkan sikap dan aktiviti negatif dan merancakkan dengan positif itu kekadang menjadi kemuncup dan lemah. Akibatnya kedua elemen itu dilalui dengan kehidupan Mesir yang penuh cabaran menjadi perit dan sukar untuk bangun semula.

Mungkin kerana pelbagai cara dan jalan telah dicuba tetapi tidak berjaya. Walabagaimana pun, saya ingin berkongsi satu simulasi yang saya rasa sesuai untuk saya dan mereka yang berazam untuk berubah, membuang sikap dan aktiviti negatif yang sekian lama membelenggu hidup. Simuliasi ini saya dapati dari ceramah yang saya ikuti dalam seminar dua hari lepas di Kaherah.

Ambil satu belon, tiupkan belon itu sehingga saiz sederhana dan tidak terlalu besar. Kemudian tuliskan sikap dan aktiviti negatif di atas permukaan belon itu. Tulis sebanyak mungkin kedua perkara tersebut. Setelah itu, ambil sebatang pen dan pecahkan belon tersebut sambil berniat dengan nama Allah taala agar sikap dan aktiviti yang tertulis itu hilang dari diri kita.

Itulah cara yang mungkin sedikit sebanyak membantu kita untuk terus menjalani kehidupan dengan lebih semangat tanpa sikap dan aktiviti negatif.

Konsert Maher Zain di AUC New Cairo

Aku baru nampak iklan konsert Maher Zain kat Facebook. Huhu. Best jugak kalau dapat pi nieh. 25 Mac ni kat American University in Cairo di New Cairo (Qaherah Jadidah).

Tiket LE 60. Erm, tak mahal sangat. Aku pun sudah mencari lokasi Alif Bookstores, penaja konsert tu di Syarie’ El Merghani, Heliopolis. Mungkin kat situ ada jual tiket. Cuba dulu la pi survey.

Jom kengkawan pi. AUC tu jauh jugak dari Hayyu Asyir, eloknya kena sewa keta pi situ, kalau naik teksi takut drebar takmau pi.

Oh tiket esok lusa baru ada.. di mana tu kena cari lah.. Ok. sekadar hiburan.

—————————————-

update: Tiket boleh didapati hari ini (9hb Mac 2010) di Alif Book Strores 132 El Merghany Street, Heliopolis, dan Help Club booth di AUC, New Cairo.

Maher Zain’s Song (Nasheed) with Lyric

Maher Zain, aku pun tidak tau dan tak ambik tau sama ada BeliaU ini baru atau sudah lama mencipta nama di persada seni dunia. Sudah 2 hari mendengar lagu/nasyid ni.. minatnya hanya pada muzik, suara dan melodi, belum lagi tengok liriknya tu nak bagitau hapa.

Jadi aku nak jugak berkongsi ngan kawan2 yang terasa sikit2 nak dengar, leh donlot atau dengar terus kat bawah.. try dulu lagu open your eyes, pastu layan pulak insha Allah, n lagi2 la. ok?

Download lah lagu atau nasyid ni dah sedia. Maaf fail-failnya kecik2 (saiz fail tak sama dgn apa yg tertulis). Kalau file ori nanti takut kena saman pulak sebab menyiarkan hakcipta orang tanpa kebenaran dari pihak penulis yang selalu tulis kat buku tu.

01-Always-Be-There.mp3 669.0KB
02-Ya-Nabi-Salam-Alayka.mp3 749.9KB
03. Inshallah.mp3 670.7KB
04-Palestine-Will-Be-Free.mp3 741.9KB
05-Thank-You-Allah.mp3 827.6KB
06. Allah Allah Kiya Karo (… 787.2KB
07. The Chosen One.mp3 588.1KB
08. Baraka Allah Lakuma.mp3 678.7KB
09. For The Rest Of My Life… 588.1KB
10. Hold My Hand.mp3 618.9KB
11. Awaken.mp3 560.6KB
12. Subhana Allah (Ft Mesut… 740.2KB
13. Open Your Eyes.mp3 669.0KB
14. Ya Nabi (Arabic Version… 749.9KB
15. Thank You Allah (Acoust… 821.1KB


Setakat ni mmg terbaik lah dia punya persembahan. Tapi, sayang, aku tak dapat nak sokong dari segi material dengan memberi album original dia.. sekadar bagi modai ayaq lioq (baca: air liur), aku pun mendownload sama macam hampa (mana satu yang betul, hampa atau hangpa?).

Di sini ada lirik bagi sekelian lagu2/nasyid2 itu dan jugak boleh dengar terus.. (kat bawah sekali)

(more…)