
Kawan,
Hari ini semua orang mahukan diri mereka segak bergaya, hensem, lawa sehingga sanggup berbelanja beribu-ribu hanya semata untuk nampak segak. Betapa ruginya manusia hari ini, melakukan amalan yang tidak memberi faedah untuk hari esoknya. Hensem bergaya dan lawa tidak langsung memberi satu kelebihan untuk dirinya dirahmati oleh Allah taala.
Kawan,
Dunia hari ini makin celaru, perkara yang karut-marut itu amat-amat menarik perhatian, sedangkan apa yang Allah suruh dan Nabi larang itu dibuatnya. Manakan tidak, sehingga diberi tajaan dan diiklankan di merata seperti aksesori untuk bergaya itu untuk meyakinkan bahawa ia amat-amat diperlukan untuk masyarakat kini.
Kawan,
Semua orang mengimpikan untuk berada dalam kesegakan dan kelawaan, namun pengiktirafan segak dan lawa itu hanyalah nilaian dari manusia dalam kezahiran, hakikat sebenarnya Tuhan hanya melihat dalam kebatinannya.
Kawan,
Andai segak dan lawa itu milik anda, jadikanlah ia sebagai pembimbing untuk bersyukur dan memuji Tuhan Rabbul jalil.
Kawan,
Selalulah berdoa apabila berada di depan cermin, Ya Allah ya Tuhan Ku seperti mana Kau telah mencantikkan ciptaan mu pada ku ini, maka cantikkan lah juga akhlak peribadi ku.
Perjalanan ini
Terasa sangat menyedihkan
Sayang engkau tak duduk
Di samping ku kawan
Banyak Cerita
Yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering bebatuan
Tubuhku terguncang
Di hempas batu jalanan
Hati tergetar menatap
Kering rerumputan
Perjalanan ini pun
Seperti jadi saksi
Gembala kecil menangis sedih
Kawan coba dengar apa jawabnya
Ketika dia ku tanya mengapa
Bapak Ibunya telah lama mati
Ditelan bencana tanah ini
Sesampainya di laut
Kukabarkan semuanya
Kepada karang kepada ombak
Kepada matahari
Tetapi semua diam
Tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri
Terpaku menatap langit
Barangkali di sana
ada jawabnya
Mengapa di tanah ku terjadi bencana
Mungkin Tuhan mulai bosan
Melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga
dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan
Bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada
Rumput yang bergoyang
-800x600.jpg)
Allah berfirman: Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya; maka Dia tahan jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia lepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditetapkan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berpikir. (QS Az Zumar, 39:42)
Kehidupan Muslim dan bukan Muslim, antara bezanya apabila terjaga dari tidur di pagi hari, seorang Muslim itu rasa bersyukur kerana Tuhannya masih memberikan masa dan usia untuk terus bergerak di atas bumi. Perasaan itu tiada pada bukan Muslim.
Seorang Muslim tidak mampu untuk hidup sempurna jika dia tidak bergantung sepenuh dengan Tuhannya. Dengan adanya rasa bertuhan, seorang muslim itu beralasan dan adanya sandaran jika berlaku sebarang perkara pada dirinya di hari-harinya, ianya datang dari kehendak Tuhannya. Oleh itu tidak berlaku pertentangan antara dirinya dan yang disandarkannya.
Di pagi hari, naiknya matahari, cuaca bertukar, tumbuhnya tumbuhan, bertambahnya manusia, pada hemah seorang Muslim itulah tanda atau ‘ayat’ yang menambahkan keimanan dan rasa perlunya ia meneruskan kehidupan mencari kebenaran melalui Tuhannya yang menyediakan ‘ayat’ itu. Saat itu juga, tumbuh iman dan bertambah kuat imannya.
Bagi mereka yang beriman dan hidup berdasarkan ajaran Al Qur’an, di hari-harinya penuh dengan bukti dan kenyataan serta keberadaan Allah yang menuntut kepada iman, contohnya nikmat membuka mata, kerana di waktu tidur matanya terpejam seolah berada dalam kematian terpisah dirinya dengan dunia. Siapakah yang mengawal perkara itu?
Orang beriman yang hidup sesuai dengan ajaran Al Qur’an mengetahui nilai dari kesempatan yang diberikan oleh Allah kepadanya ini (mungkin yang terakhir baginya) sebelum tidur. Dia menyimpannya dalam ingatan dan dengan ikhlas mendekatkan diri kepada Allah; dia memohon ampun atas tindakannya yang salah, memohon pertolongan Allah dalam segala hal, dan berdoa hanya kepada-Nya dalam larutnya malam.
anasxz: Aku sedari, aku mesti berubah kepada kehidupan melalui jalan-jalan kehidupan Muslim sebenar. Aku hidup kali kedua. Aku mesti tidak mensia-siakan kehiduapan kali kedua ini. Ini blog baru untuk kehidupan baru aku.

Salam. Lama betoi aku tidak menulis. Inilah permulaan untuk aku memblog dan menyibukkan diri kembali pada sebuah blog. Sebagai pilihan kepada aktiviti harian aku, menulis sambil-sambil melayari dunia internet, masa yang berlalu mungkin dapat dimanfaatkan. Ramai yang melayari blog lama aku, tetapi tidak mendapati apa yang terbaru. Insya Allah. Dalam tempoh yang diberikan Tuhan, ia dapat dimanfaati bersama pada blog ini. Wek wek..
Dunia blog sekarang memang maju gila-gila, sampai dah jadi media rasmi masyarakat sekarang, hinggakan pilihanraya baru ni sebab blog la. Berita-berita di TV pon sumbernya blog gak. Hebat la blog sekarang. Apa-apa statement di blog diperhatikan oleh Unit Khas, silap-silap boleh didakwa di mahkamah. Oleh sebab itu aku nak teruskan lagi blog.
Kawan-kawan yang takda blog tu cuba-cuba la buat blog. Ish rugila tak da blog.