Friday, 10th February 2012
Anas RidzwanPeribadi biasa menginspirasi yang biasa / anasxz

Event by friend

Semalam boleh dikatakan kenangan terindah bersama kawan. Atas nama kawan, aku memberi peluang untuk diri aku bersama mereka. Terima kasih kawan atas kesedian menerima aku. Moga bersua lagi seperti itu selepas ini.

Anas

Terkena lagi

Selalunya saya suka untuk menggunakan ayat ini untuk kawan-kawan yang baik hati;

“Takpa la, hang guna la, aku tak guna pun, ni username ngan password”

Rupanya silap faham. Melebihi had yang diguna sehingga memakan habuan saya. Mungkin dia tak sedar.

Selain itu, saya juga suka menggunakan kata-kata ini untuk housemate atau roomate;

“Apa yang ada dalam rumah kita ni, hak kita punya la”

Kekadang berlaku juga keterlebihan guna. Ahaks.

Pernah korang bagi kawan guna telefon selama 400 minit, dia guna lebih?

Tag: 16 Perkara

Sebenarnya tak tahu nak tulis apa tentang 16 perkara ni. Kemungkinan objektif tag ini mahu orang yang addicted to blog ni menulis tentang dirinya. Apa pun, macam-macam tujuan tag ni. Ok lah, tanpa melengahkan masa dan mensia-siakan harapan cik Ikoko, serba sedikit lah rawak-rawak tentang persekitaran saya.

  1. 2 hari lepas, angin bertiup sangat kencang di sini (Tanta)
  2. Itu tandanya mahu bertukar musim, musim bunga akan menyusur masuk.
  3. Pakaian di jemuran terbang dari ampaian dibawa angin. Entah ke mana menghilang (seluar bundle).
  4. Internet bulan April ni speednya 1 MB. Sakit juga untuk membayar. Tapi, telefon sedap la.
  5. Boss nombor 2 dah sampai Mesir, balik dari cuti.
  6. Nak buat short course kot tentang blog dan Photoshop kot. Plannya 9/4 ke atas.
  7. Mahu mendaftarkan sebuah syarikat, untuk kerja-kerja media dan pengiklanan.
  8. Fikir-fikir stadi?
  9. Usul Feqh (Qias, Ijtihad, Tarjih dan Ta’arudh)
  10. Usul Feqh tahun 3 ( Ijmal, Bayan, Nasakh, Sunnah dan Ijma’)
  11. Qadaya Feqh Mu’asarah (Bursa, Transfer Wang, Beli Hutang)
  12. Hadith Hukum, 12 tajuk Hadith, tak termasuk kitab Subulus Salam.
  13. Al-Quran, 4 Juz.
  14. Feqh Muqaran.
  15. Feqh Mazhab Syafie.
  16. 16 Mei Mula Peperiksaan.

Nota: Maaf lah cik Ikoko, terlewat menjawab tag ini.

Mangsa untuk tag seterusnya? Tiada - Tamat - Horeyy!

Blog Pernah Lawat

Lama sudah aku tidak melawat ke blog-blog yang sebelum ni aku selalu lawat. Sejak blog lama aku hapuskan, kembali online dengan blog baru, aku sudah tidak pergi ke blog-blog mereka. Sudah banyak perubahan. Ada blog yang sebelum ini guna Blogspot, sekarang sudah guna hosting berbayar. Rasa rugi tak teruskan apa yang ada sebelum ini.

Walaupun tak kenal betul-betul, tapi aku tahu mereka antara blogger yang aktif. Aku mahu belajar dari mereka bagaimana mengaktifkan blog.

Antara mereka;

- Info Malaya

- Ahmad Rushdi *sblm ni guna nickname arynet.

- Mohd Ismail

- Kumprinx

- Azmie

(more…)

  • Page 2 of 2
  • <
  • 1
  • 2