Saturday, 13th March 2010 | Langgan RSS

Log in

Menanggung keputusan ku

Entah lah apa yang pegang prinsip selama ini salah atau tidak. Aku sedikit goyah. Prinsip ‘berani buat keputusan dan bersedia menjawab jika sebarang persoalan berkenaan keputusan itu diajukan’ telah melalui beberapa percubaan. Namun nampaknya gagal, bukan aku gagal menjawab, tapi gagal bila ada yang mempersoalkan kembali keputusan aku itu.

Aku rasa berhak untuk aku membuat keputusan itu biar pun aku dikatakan tidak berhak. Biar pun begitu, aku tetap menghormati sebagai orang yang lebih arif dan dewasa dari aku. Bukan mahu mendabik dada, tetapi itu lah prinsip yang aku sudah pegang selama ini. Aku banyak berdiam dari menjawab.

Prinsip ‘kawan tetap kawan’, biar pun setahap mana darjat dan pangkatnya, ia tetap kawan. Aku mahu terus bersilaturrahmi. Birokrasi, prosedur, peraturan dan etika tidak mampu menandingi jika prinsip kawan digunakan. Kerna itu terdapat close ‘budi bicara’ pada peraturan tertentu.

Sikap diri yang susah untuk menerima kritikan memang tidak dinafikan biar pun banyak kepengkangan dan kekurangan pengetahuan. Tetapi itu masih dalam proses. Tidak semuanya tidak diterima, ada beberapa perkara. Saya (sopan lah pulak) perlu melihat status kritikan dan sebab kritikan itu dibangkitkan.

Sungguh rumit untuk membincangkan soal membuat keputusan. Saya belum mengkaji sejauh mana suatu keputusan itu mempengaruhi seseorang untuk yakin pada diri sendiri. Perlu banyak solat istikharah gamaknya. Biar Allah taala saja yang memandu, bukan main pegang orang kata dan pengetahuan sendiri.

Ya Allah, aku membuat pilihan dengan kuasa dan pengetahuan yang kau berikan kepada aku. Aku memohon dari Mu dengan kelebihan Mu yang Maha besar. Sesungguhnya Engkau berkuasa dan aku tiada kuasa, dan Engkau mengetahui apa yang aku tidak mengetahui.

Macam-macam hal

Aku mahu mengisi dan mengisi blog dengan tulisan walau karut dan marut. Apa yang mahukan adalah supaya kepedulian aku pada blog tidak berkurangan dan senantiasa ingin mengemaskini walaupun tanpa ada pembaca.

Semenjak cuti 24 Januari lalu sehingga kini, buku subjek Usul Feqh baru disentuh sekali, itu pun hanya sempat membaca beberapa perenggan muqaddimah sebelum mata terlelap zzz. Sungguh melemahkan bagi diri aku yang bajet nak habiskan baca buku itu setelah masuk Mac.

Macam-macam hal. Dari aku peruntukkan 1 minggu untuk update satu laman web, kemudian mengambil masa sedikit untuk mengembangkan ilmu bab tenet nieh, beri masa untuk berhibur ke sana dan ke mari, ziarah kawan dan berjalan-jalan, ke Kaherah-Tanta-Kaherah-Tanta, duduk sat di rumah terus pacak ke Mansurah dan Dumyat, stay pulak di Mansurah sehingga kini, Aish… hitung-hitung balik, banyak benda kena perbaiki. Entah lah.. Bila nak berubah?

Tapi tu lah.. ada kata-kata baru aku dapat dari kawan-kawan “Sudahlah, berubah la.. dah tuwa dah….” Bukan apa, bagus jugak kata-kata macam tu, beringat dalam senda. Bukan hanya bergurau, tapi ada benda yang boleh diri kita rasa terkena.

Erm.. macam-macam hal lah.. Aktiviti harian penuh dengan perkara-perkara yang rasanya nampak sia-sia dan tak berguna dalam jangka masa panjang. Kalau dalam jangka masa pendek tu, boleh tahan la, tak lah nampak sia-sia sangat. Aktiviti tengok filem/cerita setakat ni takdak, tidoq lebih tu suku percent kot, ngadap PC tu kot terlajak lebih pada 3 suku percent. Aktiviti last tu tak berubah.

Yang paling menyedihkan dan menensyenkan diri aku, semayang dok rasa tak sempeghna selalu. Kadang lewat, kadang terlepas, kadang wat tau time org azan, dok rasa kadang saja. Hurm.. banyak kali dah ostat-ostat dok ceramah, semayang awai waktu, di masjid, berjemaah akan selesaikan banyak masa-alah dan benda-benda alah.

Huh. Macam-macam hal lah pepagi nieh. Penguin pun bosan nak baca..Wassalam.

Hitung, Habis Modal

Hampir 2 minggu aku merayau-rayau di kota Kaherah. 2 Malam di Hayyu Asyir, 2 Malam di Abbasiah. Tengahari di Mohandisin, kemudian ke Abbasiah pula. Bak rancangan TV3 dulu, Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Lebih kurang macam tu lah tebiat harian aku disamping berhempas pulas menyiapkan tugasan hobi aku. Dekat seminggu mengadap laptop.

Sudahnya, banyak modal yang dikeluarkan. Kalau dulu, ada kerja masuk lah sikit. Sekarang ni, nak jadi semacam dulu dah tak boleh. Kalau dihitung antara bulan julai hingga september tahun lepas, sebulan tu mau makan LE1000 lebih jugak aku belanja. Itu termasuklah bayar sewa, tambang, makan, beli harian dan sebagainya.

Mak tetap jugak masuk duit, gaji pun dapat, sudahnya banyak masuk, keluar pun banyak jugak. Awal bulan 10 aku balik Mesia. Sebelum tu berbelanja sakan jugak. Lega sebab banyak juga dapat guna duit sendiri kecuali tiket flight. Sebelum balik tu jugak dapat tender, masyuklah jugak sikit. Alhamdulillah dapat buat bayar sewa rumah yang makin naik. Syukurlah dapat merasa jugak bekerja dan dapat gaji. Harapnya halal lah gaji tu. Takut jugak nak kena tanya nanti. Banyak buat salah masa keja dulu.

Hitung-hitung balik, memang aku sudah banyak menghabiskan modal. Entah berapa ribu, tak pernah ditulis pun. Cuma sejak awal tahun hari tu saja try tulis perbelanjaan harian. Itu pun kadang sangkut jugak sebab malas tulis. Kalau modal tu dibuat menega, mesti sekarang ni aku dah dapat untung tiap-tiap bulan. Tapi, belum sampai masa lagi untuk aku investkan duit untuk berniaga. Belum lagi. Nanti-nanti lah.

Ketapi itu lah yang membawa aku tiap-tiap hari ke tempat kerja. Mujur ketapi save modai..

Anas,
Tanta (tmpt yg xbyk pakai modai) <– tau takpa..

Visa dan kereta

Setelah tamat imtihan pada 23 Januari yang lalu, keesokan harinya aku ke Kaherah untuk berkunjung ke pameran kereta ‘formula ahram’. Dalam masa yang sama, sebelum bertolak, aku bersama sorang kawan ke pejabat imigresen untuk apply visa. Alhamdulillah, borang dapat diserahkan dan visa insya Allah akan dapat lagi 2 minggu dari tarikh hari tu. Mungkin berkat banat2 medic yang nak buat visa jugak pada hari tu, aku kepilkan passport dan borang aku dengan mereka dan aku serahkan pada pegawai yang bertugas.

Dah selesai satu bab. Dan yang beria nk pi pameran keta tu hanya kerana hiburan dan minat walaupun kepenatan memerah otak untuk persediaan exam tidak lah seteruk menanggung benih padi untuk ditabur ke bendang, tapi dek kerana nafsu mata yang teringin nak kecantikan kereta buatan manusia ni, terjadi jugak perjalanan hari tu.

Modai yang dibawak tidak lah banyak sangat. Tapi kalau digunakan memang hujung bulan dah tak cukup untuk bayar sewa bulan berikutnya. Tapi, minat dan nak berhibur punya pasai, kawan2 yang tak modai pun aku kena support sikit supaya mereka turut bergembira melihat kereta2 yang beratus ribu junaih harganya.

Apa pun, perjalanan satu hari pada hari tersebut memang suatu yang best jugak sebab pagi tu aku dapat selesaikan visa. Itu yang paling penting bagi aku. Dan satu lagi baru saja lepas sehari habis exam.

(more…)

Selesai 3, baki 1

Hari ini selesai sudah peperiksaan fasa pertama. 3 subjek aku ambik. Bagi aku tidaklah ‘killer’ sangat. Yang penting cuma rajin muzakarah saja. Insya Allah akan ingat walau keluar soalan macam mana pun.

Apa pun, hasil jawapan yang aku dah tulis untuk 3 subjek tu hanya dapat tahun pada bulan Ogos nanti. Harapnya seperti yang kita-kita selalu harapkan, najah lah. Itu saja harapannya.

Aku hanya tawakkal dengan apa yang aku dah usahakan. Nak kata stadi berbelas jam sehari tu tidak lah, tapi harapnya dengan sekelumit usaha yang aku mampu lakukan, semestinya segunung hasil yang diharapkan. Begitulah manusia. Sedikit usaha, sebanyak mungkin yang diimpikannya.

Selesai 3, tapi ada 1 lagi yang berbaki untuk aku langsaikannya pada bulan Jun nanti. Subjek yang sudah keluar kitabnya, tinggal untuk muzakarah dan stadi dengan masa yang diperuntukkan 3 bulan lebih kurang, moga dapat hadam segala apa yang lecterur bentangkan dalam kitab tu.

Letih dan malas belajar itu sememangnya selalu ada dalam fikiran aku, tapi apakan daya, ini yang telah aku corakkan untuk diri aku dan takdir-Nya kepada aku begini, tabah dan sabar itu ubat yang menjadikan aku tetap untuk teruskan perjuangan.

Moga dapat lalui dengan jayanya. Amin.