April 19th, 2009 » anasxz
Saya suka masak cepat-cepat. Tak suka buat lambat-lambat.
Oleh yang demikian, akan ada la bermacam-macam bunyi, bunyi periuk jatuh, bunyi periuk dikacau dengan sudu, bunyi pisau jatuh, bunyi periuk terhoyong hayang atas dapur. Silap haribulan terjatuh periuk tu dari dapur sebab kacau terlalu kuat, silap haribulan jugak pisau tu…
Cepat-cepat pun 1 jam jugak la memasak. Tak la dalam 10 minit sudah siap. Nak tunggu empuk lauk. Nak tunggu nasik masak. Nak tunggu naik aroma….
Cara nak cepat? selepas basuh benda yang nak dimasak tu, terus letak periuk atas dapur dan bukak api. Masa tu lah nak bubuh kunyit dan garam dalam ikan, nak potong bawang, nak basuh barang-barang pewangi jintan manis, bunga lawang, perah santan, kupas kentang dan sebagainya. Semuanya masa tu. Kalau nak tunggu siap baru nak letak periuk pasang api, makan masa la sikit.
Merbahaya masak cepat-cepat (kalut) ni. Ya lah, kalau potong bawang pun cepat-cepat, takut makan tangan. Kalau kacau cepat-cepat, takut terkeluar apa yang dikacau. Kurang bagus la.
Cepat ni bukan nak kejar apa, tapi suka buat cepat, malas nak masak lama-lama.
Paling penting, masak cepat dan sedap.
Credit Photo
April 18th, 2009 » anasxz
“Menghitung hari detik demi detik”.
Jika orang sedang bercinta, menghitung hari tu sangatlah penting, sehari dirasakan sebulan, sebulan dirasakan setahun.
Jika orang sedang kerinduan nak pulang ke Malaysia pun sama, kira setiap detik, bilakah akan melangkah keluar dari Mesir yang begitu bosan ni.
Jika orang sedang belajar, peperiksaan lah yang selalu dihitungnya, setiap hari membilang hari untuk tibanya.
Kurang 1 bulan untuk peperiksaan semester kedua ini. Moga inilah peperiksaan terakhir.
Teringat kata-kata Dr Tengku Asmadi
Pelajar biasa melihat peluang.
Pelajar gagal mensia-siakan peluang.
Pelajar berjaya merebut peluang.
Pelajar hebat mencipta peluang
18 April menunggu 16 May, kurang sebulan.
Ya Allah kuatkan semangat ku dan kawan dalam mengulangkaji pelajaran. Amin.
Photo: http://www.uusu.org/files/exam.jpg
April 10th, 2009 » anasxz
Bila mata tak mau lena, bila badan tak mau terlentang, bila kaki tak mau berjalan, bila badan tak mau berdiri, bila punggung tak mau terangkat, berapa banyak bila da… jadi menatang apa?
Ini lah yang terjadi, tukar theme pulak. Ingat kot cantik, rupanya lagi huduh.
Saja nak cari penyakit dok gatai tangan nak mengcoding, rupanya tak leh pi mana pun. Tengok macam senang code CSS ni, rupanya susah la jugak. Kekadang jadi stress saja.
Waktu tadi, hapai Quran mesti boleh dah 10 muka, baca buku habih dah setengah, erm.. tak tau lah apa nak jadi.
Kena hirbernate dulu kot PC ni, tidak pun hantaq pi umah orang dulu. Kasi relax sat. Bagi tuan dia lena kena time, badan terlentang baik, kaki suka jalan, badan boleh berdiri, punggung aktif, hah.. sudah…
Merapu-merapan cipan..
March 30th, 2009 » anasxz
Musuh yang paling susah untuk dikalahkan adalah nafsu, sebab ia ada dalam diri sendiri. Pelik kan? Sepatutnya mangsa yang terdekat itulah yang paling mudah untuk dimusnahkan.
Teringat saya satu petua dari seorang guru katanya, solat jamaah di masjid adalah perkara pokoknya. Jika kita mampu mujahadah untuk solat jamaah, insya Allah perkara-perkara lain secara automatik akan boleh dibuat.
Tak mau cakap banyak.
16 Mei ini kita lihat bagaimana mujahadahnya.
Selamat bermujahadah untuk saya, kawan-kawan yang bakal menghadapi peperiksaan semester ke-2 ini.
March 30th, 2009 » anasxz

Satu hari ada 24 jam. Kita bahagikan tiga, setiap bahagian itu 8 jam. Bahagian pertama untuk rehat, kedua untuk bekerja, dan ketiga untuk ibadat khusus, makan, berbual-bual, internet dan sebagainya.
Cukup tak? Insya Allah kalau kita check balik, masa yang kita gunakan selalunya banyak untuk perkara yang tidak boleh bawa faedah. Maksudnya kita tidak gunakan dengan betul masa yang Allah taala berikan.
Ini pesanan untuk diri saya juga. Sehari bahagi tiga ini sudah dipraktikkan oleh Imam Mazhab Syafie, Muhammad bin Idris Asy-Syafie Rahimahullah sewaktu beliau tinggal di Mesir selama 5 tahun.
8 Jam pertama digunakan untuk berada di masjid, mengajar ilmu, berbincang dan bermuzakarah, dari setelah Subuh hingga selepas zohor. 8 Jam berikutnya digunakan untuk berada di rumahnya dan bahagian jam untuk rehat dan tidur.
Agak-agak boleh ikut tak ni? “Tak boleh buat semua, jangan tinggalkan semua.”
Diri kita saja yang tahu dan boleh menilai adakah kita ni mampu dan pandai menguruskan masa atau tidak.
March 24th, 2009 » anasxz

Bersama rakan sewaktu rehlah ke Sinai. - Gambar hiasan.
Sempurna Tuhan memberikan keduanya lengkap. Syukur untuk Dia. Seakan sama sifat dan keinginan, punya kemahuan. Segalanya kerna Dia. Menjadikan dan mendetikkan hati untuk terus mencari dan mencari siapa dia untuk diri.
Berat mahu mendapat, berat lagi mahu mengharap. Mengenali dia membawa juga mengenali siapa diri. Kenapa dia? Seringkali terucap, rahmat atas ujian dan ujian atas nikmat. Pahit untuk menjadikan dia harapan, berat juga diri mensyukuri kenikmatan.
Kini tiba. Seserius kenal-kenalan dan rakan, serius lagi urusan ini, hal besar.
Kenali dia untuk-Nya, kenali diri pergi jua untuk-Nya.
Nawaitu lillahi Taala.