Friday, 10th February 2012
Anas RidzwanPeribadi biasa menginspirasi yang biasa / anasxz

Yakinkan diri sendiri

Susah betoi nak masuk proses transisi dari alam melepak ke alam buat kerja. dulu pun buat keja jugak, tapi banyak kerja depan PC saja.

Dulu kalau hilang semangat nak stadi aku layan lagu XPDC semangat yang hilang.. mai la sat semangat. pastu hilang pulak. tak tepat caranya tu nak pulihkan semangat, tu yang hilang pulak.

La ni semangat ada dah tapi tak dak keyakinan pulak. dengar lagu fikirkan boleh pulak ka? erm.. boleh jugak lah.

Tapi ada satu lagu ni aku rasa boleh kot. Lagu rasmi pasukan bola sepak negeri kedah. macam mana boleh?

Yakinlah diri sendiri
Berjuang sejiwa murni
Tekun berani sesungguh hati
Demi sukan mengharum negeri

Bila jasa menjadi kenangan
Hijau kuning lambang kemegahan
Jelapang padi tempat sanjungan
Negeri Kedah Darul Aman

Kedah, Kedah pantang kalah
Walau sakit, jatuh rebah
Bangun lantas semula gagah
Bujur lalu melintang patah

Hijau, kuning tanahku
Darul Aman negeriku
Hijau, kuning darahku
Negeri Kedah negeriku

Kedah, Kedah pantang kalah
Walau sakit, jatuh rebah
Bangun lantas semula gagah
Bujur lalu melintang patah

Hijau, kuning tanahku
Darul Aman negeriku
Hijau, kuning darahku
Negeri Kedah negeriku

Status Pekerjaan (Oktober - Disember 2010)

Salam semua. Apa kabar? harap sihat dan sentiasa jaga kesihatan sebab badan sihat mudah untuk beribadat.

Ok. Baru habis belajar ni kan, mestilah kena cari kerja pulak sebab nak cari duit. Aku cari jugak kerja, mintak 2 3 tempat. Tapi nak tunggu dapat 2 3 4 5 bulan jugak nak tau dapat atau tidak. Dah tu, kena lah create kerja-kerja yang berfaedah walaupun tak dapat jana duit.

Sejak sampai mesia pada 19 Oktober 2010 yang lalu, 2 3 kerja dah aku buat. Tapi masih peringkat permulaan orang kata. Duit tu jangan tanya dapat ka dak. Apa yang penting bagi aku, aku nak ceburi semua bidang dan lepas tu insya Allah akan nampak potensi untuk terjun sepenuhnya dalam salah satu bidang tu.

Ok lah. Kerja apa yang aku dah buat? banyaknya kerja-kerja rumah, bukan cuci baju, bukan cuci rumah, bukan jadi suri rumah dan pokok pangkalnya bukan kerja-kerja yang seorang wanita buat kerja dalam rumah. Kerja apa tu? kerja2 di kawasan rumah jugak. Contohnya cuci longkang, tebang pokok, sapu sampah sikit-sikit dan lain-lain.

Keja pebaik van pun boleh jadi kerja aku jugak. Mana tidaknya, dah minat lagi pun dengan van tu lah aku pi sana sini masa kecik2 dulu. Jadi jaga pi lah tumpang ada. perkemas wiring ja yang ayah aku dah buat sambil pekemaih apa patut, wiper, clutch dll.alhamdulillah, baru2 ni sampai jugak perak. van tu dah dekat 3 4 bulan tak jalan. reput gak sikit.

Sekali-sekala adik aku ajak jugak pi teman dia berniaga. Hurm memang segan gila. Tapi 2 3 kali pi rasa tak kekok sangat. Orang kedah kata koi-koi nak gheti. kan berniaga tu sunnah nabi (ceh, klu boleh duit baru nk ikut sunnah).

Sempat jugak aku pebaik peti ais yang dah lama sepuk kat tepi rumah. Peti ais tu dah lama terbiar dek kerana mak aku beli peti ais baru. adik aku isi barang2 moto dia dalam tu. Peti ais tu katanya rosak, tapi dah lepas beli peti ais baru, barulah tau yang peti ais lama tu elok. Peti ais yang lama tu aku cuci dan suruh adik aku sembur cat. Boleh la guna balik dan letak di umah satu lagi. xdoh beli peti ais baru dah.

ada satu lagi peti ais jenis freezer, tak sempat nk siap buat dia punya body, takat buat kaki dia ja. pasni nk kena selesai dan cat sekali. satu lagi freezer pun kena cat jugak kasi baru sikit.

Terbaru aku buat kerja-kerja welding pulak, pebaik meja dan payung menega sebagai persiapan untuk menega konon-kononnya. sebelum ni penah guna utk menega. payung ja yg rosak. meja tu modify sikit. kerja ni ambik masa lama sikit sebab tak leh nak wat tak tentu hala sebab keja tu bising dan ganggu orang. kesian jiran. meja nk kena cat sikit sbb karat.

Keja yang besa dah buat masa aku sekolah menengah dulu iaitu bercucuk tanam. Baru ja tanam 2 3 jenis sayoq. baru nak tumbuh, tak sampai seinci lagi. target aku mensifarkan mak aku dari membeli sayoq di market kecuali yang aku tak tanam. satu lagi nak buat menega pokok sayoq tu, bukan nak juai sayoq. juai murah2 jadi la, beda orang tak makan sayoq di market yang kena semboq racun tah hapa-hapa.

pandan belakang umah dah buang, nk kena tanam lain. sulam jugak dengan ulam-ulam, kangkong pa sikit. baru semai benih kacang kelisa ngn bendi. xtau la tumbuh ka dak. benih cabai tak tumbuh lagi.

insya Allah, nak buat reban ayam pulak pasni. bela beda nak bagi bunyi kawasan rumah ja. 3 4 ekoq jadi dah. beda teloq dia ngan nasik tak habih. jimat tak gadoh beli teloq ayam dah.

sebelum ni ada gak keja 3 4 hari rasanya pi giant alor setar jaga kedai. aku cemuih dan tak berapa sesuai dengan aku, aku tarik diri. pulak baru2 ni jumpa tokey dia mintak pi balik. aku kata boleh. tapi part time ja. full time xlarat. bila aku nk pi taktau la. bagi siap keja2 umah dulu kot.

keja driver dan runner pun ada jugak sikit-sikit. tapi tak selalu. driver orang rumah ja.. pastu runner barang hantar ke pejabat pos.

tugas aku sebenarnya dengan masyarakat aku tak buat pun. pi ngajaq ka, ikut usrah ka.. ikut program ka, handle program ka aku tak pi.. ada ja program.. tapi tah.. masih tak diizinkan kot. ada la pi sekali dua.. pastu tuang. ish nak kena ikut jugak..

oh ya sasaran status pekerjaan 2 bulan akan datang? penulis artikel ilmiah, pereka seni grafik, pembangun laman web, pengiklan, promoter (sama la pengiklan ngn promoter), pendengar kuliah dan ceramah (penceramah to be), peniaga tegar dan hamba terbaik di sisi Allah taala.

Akhirnya, selamat tahun baru hijri dan miladi kepada semua. Ubah lah diri anda. Anda mampu mengubahnya.

Ucap salam kepada ulama’ dan sahabat

Sambung cerita sangka buruk yang lepas.

Nak dijadikan cerita, hari jumaat tu aku diajak oleh kawan untuk ke Mansurah. Dalam masa yang sama untuk ziarah maqam ulama’ (Sheikh Mutawalli Sya’rawi rahimahullah) dan sahabat nabi (Muhammad bin Abu Bakar As-Siddiq Radiyallahu’anhum) di Qaryah Daqadus dan Mit Damsis berdekatan dengan Mansurah.

Alhamdulillah. Aku rasa itu kot petanda aku mimpi 2 hari sebelum tu. Sudah lama berniat untuk ke maqam itu. Tapi, Allah taala telah mentaqdirkan aku pergi mengucapkan salam kepada mereka.

Cuma sayang, tak sempat untuk stadi lebih lanjut berkenaan ulama’ dan sahabat nabi yang dilawati.

Puas juga sebab dapat rasa suasana kampung dan petik buah anggur. Pengalaman yang aku tak mimpi pun, tapi dah lalu di kebun anggur, singgah pi lah.

ok. itu sahaja. gambar aku tak dak sbb tak dak kamera. semua gambar ada dalam kamera kawan. cukup cerita saja. ketinggalan zaman jugak la sbb masih guna teks kosong lagi tanpa ada visual. hehe.

Sangka buruk ka?

Hari khamis baru ni (23 September) ada mimpi lain dari yang lain. Tapi tak mau tengok apa tafsir mimpi tu. Tapi dok harap terbaik saja lah walaupun mimpi tak best dan takut. ceee.. sangka baik la.

Pagi tu pi kerja macam besa. Kat ofis rasa tak sedap + lapaq. Minum ayaq saja. Tak makan kot rasanya. Tak hengat dah. Balik tu cadang nak naik teksi terus ja sebab tak larat. Pastu hari khamis sama. Tapi tak jadi jugak, pi stesen cairo u dan naik metro di situ dan turun di mubarak aka ramsis.

Di ramsis depan masjid fath tu macam besa orang ramai. Selalu kalau nak pening ni kena pi minum air tebu. Tapi duit time tu tinggai segenih ja. satu duit lagi LE 100. kalau beli air tebu takkan nak bayar tambang van satgi dengan LE 100. Last2 takdan berapa saat pun dok depan masjid tu aku terus tahan teksi.

“hayyu sabiek”. aku habaq nama tempat aku nak tuju yang kebetulan teksi tu pasang air cond dah. Duit LE100 tu aku nak pecah kat kedai perlis bila sampai.

Teksi jalan, aku tak perati pun meter dia. sampai kat simpang salah salim baru aku perati meter dia. macam pelik sebab meter tu agak laju dia punya digit tu bergerak.

Tapi memang agak pelik, sebab meter dia tu dah tercabut dawai yg ikat skru meter tu. Mesti dia dah bukak. Aku tak perasan yang aku sangka buruk.

Sampai satu stesen minyak, aku suruh benti sebab aku nak tukar duit kat situ dan aku nak turun di situ. Dah dapat tukar aku bagi duit kat dia LE 10. Bacaan meter masa turun tadi baru LE 9. Aku malas nak panjangkan cerita, aku biarkan saja duit baki dia ambik. Lagu tu lah arab mesir, kalu kita tak bertimbang rasa segenih punya cerita angkut habis orang kat situ join sama bertengkar.

Aku terus ke jalan untuk tunggu van ke sabiek. Oh ada datang, tapi dah penuh tak ada tempat duduk, tapi diberi seat kondukter. Ah naik saja. Ada orang turun aku ambik seat depan. Opss tak sedar..ada

Alamak, timbul persoalan lagi adakah itu satu rezeki, terduduk sebelah awek arablah pulak, tak pakai tudung, sheksi tu tak daklah sheksi sangat, sheluar ketat sikit. tapi aku seluk poket kiri nak ambil duit tambang tu terkena dia jugak lah. Shudah lah. Rejki lah tu.

“Huwa Dafa’ lak”. Kondukter tu bagitau kat aku masa aku sua duit nak bayar tambang. Aik? sat ja Allah nak tunjuk. Allah taala bagi balik segenih tu. Alhamdulillah. sangka baik. Allah nak bagitau sabar tu pembuka jalan.

“Haddi nazil ablasabiek?”. Driver bagitau kt penumpang yang nak turun sebelum stesen akhir hayyu sabiek sebelum dia kona masuk jalan bukhari (shortcut ke stesen akhir sabiek).

Aku nak turun kat nuri khattab. Aku bagitau driver. Driver kona jugak masuk jalan lain. Aku melantakkan saja lah. Oh driver benti dan panggil van lain untuk bawak aku ke nuri khattab. Aku malas jalan ke van tu (dok shebelah awek kot tu yg xheran nak jalan jauh lepas tu).

“Khalas”. Aku bg tau driver yang aku tak mau naik van tu. Khalas tu sudah la maksudnya.

Sampai stesen akhir hayyu sabiek aku pun turun, lepak lama jugak kat situ menunggu van atau bas yang sesuai untuk aku naik. Bukan nak pi jauh pun, jalan sekilo dua sampai dah.

Ok sambung lagi pasni…

Ramadhan.. tambah la sebulan lagi

Fikir-fikir balik apa yang aku rasa malam ni, aku nak ramadhan tambah lagi sebulan. Sebab seronok la pulak taraweh di masjid sejuk bermukayyaf (air cond). Imam baca satu juz pun tak apa.

Apa pun, kita tak dak kuasa nak pi tambah ramadhan satu bulan lagi. Yang boleh pun kita hanya anggap yang malam esok hari dan selepasnya tu selama satu bulan tu seperti malam-malam di bulan Ramadhan yang indah dihiasi dengan syiar taraweh (syiar saja, taraweh tak pi bang oi).

Nak cerita pasal malam-malam di bulan Ramadhan pada akhir fasa pertama sehingga lah mulanya fasa kedua dan tamat fasa ketiga hari ni, boleh kira aku taraweh di masjid. Aku masih tak mahu susah untuk bersusah payah pi taraweh kat masjid dan tahan sampai habis taraweh. Kalau pi pun 4 rakaat ja. Lepas tu gangguan macam-macam.

Kalau tak pi taraweh tu macam-macam lah alasannya, kerap terkentot lah, sakit peyot lah, kit tik lah, nak terkucil lah, mengantuk lah, seluar kotor lah, lapar lah. Hai..

Tu tara mengaji agama sakan, nak amai bukan main susah. Yang tak ngaji agama lagi-lagilah. Hurm. Menyesai lah pulak. Sebab tu sesal tu berlaku kemudian, kalau sesal masa mula senang lah.

Nak tambah apa lagi? Ramadhan dah pi.

Merdekakan jiwa

Bila sebut ‘MERDEKA’ mesti minda kita akan terbawa kepada merdekanya tanah air kita dari penjajah British. Mereka pulang ke negara asal mereka. Kemajuan materi yang penjajah corakkan kepada negara kita memang tidak boleh dinafikan, banyak memberi kebaikan walaupun di sana ada banyak keburukan. Nus-nus la orang Mesir kata. Fi toleh wa fi salih.

Tapi, kalau kita fikir lebih mendalam perkataan ‘MERDEKA’ itu dan letakkan pada jiwa kita berdasarkan hadis di bawah ini kita dapati jiwa kita sebenarnya perlu dimerdekakan dari belenggu nafsu.

Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda kepada sahabat baginda ketika baru pulang dari perang yang penting, yang mafhumnya “Kita ni baru balik dari jihad (perang) kecil. Tapi kita ada lagi jihad (perang) yang lebih besar. Sahabat radiayallahu ‘anhum tanya balik, apa dia jihad besar tu?, Nabi menjawab iaitu jihad jiwa (hawa nafsu).

Bagi kita penganut dan pengamal ajaran Islam mesti ‘take note’ benda ni. Jiwa tak merdeka selagi nafsu tak dapat dikawal. Semua orang ada nafsu, ada time dia hangin, ada time dia relax dan ada time dia perlu dikawal. Pacak bendera, laung merdeka, tempek poster, kawat tengah panas, ataupun berceramah berapi-rapi semua tu perkara-perkara kecik atau orang sekarang kata ’small matter’.

Perkara yang berat itu ialah control nafsu, makan ala kadar, ibadat banyak, amanah buat kerja, tahan marah, awal bangun subuh, pergi ke masjid solat jamaah, solat awal waktu, jaga silaturrahim, and so on.. control nafsu lah.

Semua kerja ada nafsu, kalau tak bernafsu tak menjadi. Tapi, kalau nafsu tak leh nak control tu yang jadi macam-macam.

‘MERDEKAkan Jiwa’ ni pun satu proses. Proses itu ada input dan output. Bila input-input yang baik masuk, jadi output tu akan baik jugak Insya Allah. Input-input yang baik tu antaranya dengan mengisikan jiwa dengan ilmu-ilmu yang boleh membawa diri kita ke arah kebaikan dan elakkan melihat perkara sia-sia kerana ianya sedikit sebanyak mengoutputkan perkara yang tak elok dari jiwa kita.

Tahun ini 31 Ogos jatuh pada bulan Ramadhan. Sama juga pada tahun lepas. Tetapi, antara Ramadhan dan MERDEKA mana lebih memberi erti buat jiwa kita?

Fikir-fikirkan dan selamat beramal.