Friday, 10th February 2012
Anas RidzwanPeribadi biasa menginspirasi yang biasa / anasxz

Sempoi, sudah lah.

Aku rasa dah tak selesa lagi guna perkataan sempoi dalam apa tugas yang aku lakukan. Rasa macam tak sempurna tugas tu dan rasa tak buat yang terbaik.

Oleh yang demikian, untuk tugas yang seterusnya aku cuba fikir dan usaha untuk buat yang lebih baik, buat sesempurna mungkin, buat bukan sekadar dalam ‘kotak’ tapi membuatkan kotak lebih besar.

Semua tu aku dapat inspirasi dari tugas persiapan untuk majlis pelancaran buku pada hari jumaat lepas. Persiapan yang aku nak buat sempoi saja, berubah kepada gempak dan ada gimik tersendiri.

Jadi untuk tugas seterusnya iaitu persiapan program bengkel hari jumaat ini dan jumaat minggu depan serta seminar pada hari berikutnya, aku memaksa untuk buat yang terbaik.

Sakit kepada dan letih badan jugak nak selesaikan tugas berganda ni, tapi sedaya upaya aku perlu cuba. Kalau tidak mencuba, bila lagi nak tau apa perasaan selepas selesai tugas itu.

Sempoi, sudah lah.

*Gambar ambil dari Facebook En. Khairi. Bergambar bersama buku selepas majlis pelancaran.

Kos Lepas

Enteri ini berkaitan matematik bertajuk kos lepas ini adalah sebuah enteri yang akan mengira sejumlah kos (secara purata) sepanjang keberadaan saya di Mesir.

Setiap bulan 400 ringgit akan dimasukkan ke akaun TT (Telegraph Transfer) atau akaun bank biasa. Jika 400 ringgit kali 12 bulan sama jugak 4800 ringgit.

Jika 400 kali 12 bulan kali 10 sama jugak 48000.

Jika saya pernah mendapat zakat sebanyak 4000 ringgit tambah 4000 ringgit tambah 3000 ringgit tambah 4000 ringgit sama jugak 15000.

Jika saya pulang bercuti sebanyak 5 kali dengan harga tiket 2500 ringgit pergi dan balik sama jugak 12500.

Jom kira. 48000 tambah 15000 tambah 12500 sama juga 75500.

Betapa banyaknya.

Nilai sebanyak tu jika dibeli kereta, hanya dapat sebuah. Jika dibina rumah kos rendah, hanya dapat 2 buah. Jika dibuat untuk kenduri kahwin, hanya 4 kali kenduri. Jika diguna untuk buat masjid, hanya lantai sahaja yang dapat disimen. Jika wang itu digunakan untuk melancong ke seluruh negara, mungkin hanya habis di Jepun dan Amerika.

Namun, kenapa Allah taala memberikan nilai tu untuk aku berada di Mesir?

Ada yang Allah taala bagi dia nilai duit sikit tapi dia dapat nilai yang berganda.

Ada yang Allah taala bagi dia niai duit banyak tapi dia dapat nilai sikit.

Allah taala maha ‘adil. Kita saja yang tak tau. Ada yang Allah taala bagi banyak, ada yang Allah tala bagi sikit.

Kos lepas memang banyak. Kalau nak ungkit, memang kerja sampai hidup pulak pun tak leh nak bayar balik.

Pokok pangkalnya Allah taala yang tentukan. Kita cuma usaha saja.

Mak Ayah punya rezeki. Kita yang perabih. Hurm…

Enteri serabai (-_-)

Petugas Sukarela

Saya tahu, program yang akan dilaksanakan pada malam ini (9hb), 16 dan 23 adalah di bawah teknikal saya. Namun, kerana saya hanya ada 2 tangan, saya secara terpaksa mengambil belas kasihan rakan-rakan dari UM untuk membantu saya.

Walaupun saya tahu mereka tidak menolak pelawaan saya untuk bantu saya jayakan program itu, namun hati kecil tetap menyatakan malu untuk meminta tenaga dan masa dari mereka. Saya paksa diri saya untuk lakukan semampu mungkin untuk mengurangkan tugas mereka.

Saya tahu mereka petugas sukarela. Tiada elaun dan honorarium untuk mereka secara rasminya. Jika ada pun itu terpulang atas budi bicara bos saya.

Sememangnya bos saya menyokong untuk saya ambil mereka sebagai membantu saya. Tetapi dalam masa yang sama saya agak sukar untuk menyatakan bahawa saya mampu melakukan seorang diri dengan bantuan seorang lagi rakan yang baru saja menamatkan tugasnya di ofis saya bertugas.

(more…)

Imam Muda, Ujian Pengurusan

Tadi masa makan nasi tengahari, suruh kawan bukak sat youtube nak tengok imam muda. Semalam kawan satu batch bagitau ada sorang kawan satu bacth sekali kamu jadi ‘mursyid’ imam muda. Erm. memang pun. Aku tengok kat majalah Al-Islam. Baguih2. Kerjaya tu.

Oh. Tengok imam muda tadi episod empat. sat ja tengok. setuju jugak la cara depa tu. Cuma suruh orang tengok TV. Nak tengok imam muda, tidak dapat tidak kena langut TV tu la. Kita yang payah nak lekang ngan TV pun makin dekat dengan TV. Erm. tak pa lah. Apa pun, kalau selari ngan syariat apa semua, jadi cantik lah. Pelan-pelan la nak berubah. Habis. Pas ni tak tengok dah kot imam muda.

Ya! Ujian pengurusan. Hari sabtu hari tu cadang nak pi cetak banner. Haram. Hari ni lepas balik keja terus pi cetak. Ngaji petang ni pun malas dah nak pi, pening pala, letih, jadi malas nak pi. Padahal kitab beli dah kemarin. Ujian nampaknya ada kantoi sikit lah.

Setaka ni Alhamdulillah, peserta ada 35 orang dah. Tu belum klasifikiasi lagi, mana yang nak ikut bengkel, mana yang nak ikut seminar. Tunggu sikit masa lagi, peserta masuk 50 baru nak kelas.

Esok keja nak cuba siapkan banting. Simple ja nak kena design. Tapi tadi design iklan program 9 Julai ini pastu wat backdrop tembak kat projektor ja, habih masa kat situ saja. Pastu nak siapkan design sijil dan design name tag.

Ada lagi tu, banner stand tak design lagi. Pastu nak setting CSS untuk dua web. Ni keja sendiri. Pastu design bookmark untuk kenduri kawin kawan. Cadang nak wat bookmark malam ni. Tapi, benda lain yang dibuat. Tak jadi jugak.

Ligan!.

Ujian Pengurusan

Saya akan menjalani ujian mengurus sepanjang bulan Julai ini. Ujian itu telah saya selesaikan beberapa fasa bersama dengan bos saya. Mengurus yang dimaksudkan ialah berkenaan pengurusan penganjuran acara.

Selalunya dalam bab pengurusan begini digunakan istilah ‘event management’. Pengalaman mengurus sebegini dah banyak saya kutip sepanjang berkecimpung dalam persatuan pelajar di Mesir ini. Walaupun begitu, tetap juga akan melakukan ‘kesalahan teknikal’. Teknikal ini yang akan mencacatkan program.

Dalam penganjuran ini, perkara terpenting adalah promosi sebab kalau tak promosi macam mana orang nak tau dan nak join. Alhamdulillah promosi sudah selesai tahap pertama. Pegawai dan persatuan telah diemelkan iklan berkenaan program. Sekarang hanya menunggu feedback dari mereka. Tahap kedua adalah melalui banner besar. Belum tercetak lagi. Esok insya Allah cetak, malam siap dan terus pi gantung kat Asyir dan Dewan Malaysia.

Sijil, urusetia yang bakal bertugas belum disediakan lagi. Perkara itu termasuklah design sijil dan cetak. Buat sijil ini perkara yang paling bosan nak buat. Urusetia setakat ni saya dan bos sahaja.

(more…)

Notis Segera Dari-Nya

Hari ahad lepas, aku telah diberikan oleh Allah taala satu notis. Notisnya cukup untuk aku memahami. Sebelum tu sikit, aku sudah membuatkan orang feedup dengan aku.

Notis dalam bentuk perasaan sakit yang agak hingga. Kekejangan otot di bahagian dalam sebelah kanan dada. Terpaksa minta pertolongan untuk hantar ke klinik.

Dr cucuk satu jarum kat bunt** dan habis EGP 50 kat situ.

Isnin tu gagah jugak pergi kerja. Sakit, tapi buat-buat tak sakit. Naik tangga hup hap. Tangga metro banyak mana.

Selasa tu pulak pi mesyuarat, pastu pi pulak kerja. Tengah panas hau. Cairo 40 darjah celcius tu. Hup hap jugak la.

Rabu tu mintak cuti. Tak pi kerja. Saja rehat.

Khamis pi kerja, alhamdulillah, boleh dah jalan laju sikit, naik tangga pun selesa sikit.

Sakit dari DIA, DIA jugak yang beri sembut. Untuk aku hanya perlu BERINGAT.

Notis macam kat atas tu.