June 7th, 2010 » anasxz

Apakah aku sudah termasuk dalam kalangan orang yang sentiasa merisaukan terhadap apa yang tiada atau masih tiada. Ya lah. Tak ada duit lagi, tak ada kereta lagi, tak ada kerjaya lagi, dan tak ada bini lagi.
Tak salah untuk kita sering merisaukan benda-benda ni. Memang sebelum akhirat itu dunia dan sebelum akhirat tu mesti kena hidup di dunia. Dan tidak dapat tidak, manusia tetap memerlukan kepada dunia.
Namun, apa yang lebih penting adalah seimbangkan. Apa yang ada sekarang hendaklah disyukuri, dan apa yang masih tiada atau belum kedapatan hendak sering difikir untuk mendapatkannya dan mensyukurinya kembali setelah kita dapat.
Syukur tidak hanya mengucapkan alhamdulillah. Syukur itu melaksanakan dengan sebaik mungkin tugasan Muslim. Lagi mudah pengangkutan, lagi senang ke masjid. Lebih banyak duit dapat, lebih banyak yang dibelanjakan untuk Islam. Lebih tenang hidup dengan rumah yang besar, lagi senang beramal dan beribadat kepada Allah dan memberi bahagia kepada manusia. Lagi banyak ilmu dapat dan faham syariat, lebih dekat dengan Allah taala dan lebih mudah mengajak kepada kebenaran.
Itulah tanda syukur. Cukup. “Syukur bagi kemaih sikit dulu”.
June 5th, 2010 » anasxz

Sebentar lagi, aku akan mula melangkah masuk ke dewan peperiksaan. Tiada apa yang aku harapkan. Semampu ini sahaja usaha dapat dilaksanakan, semestinya setinggi gunung harapan diimpikan.
Tiada siapa yang tidak pernah melalui peperiksaan kerana dunia ini penuh dengan perkara itu. Ujian itu satu penilaian dan saringan.
Hari ini juga, kapal yang akan berlabuh ke Gaza sedang dikacau oleh Israel. Aku tak dapat follow melalui twitter. Semoga mereka dalam rahmat dan keredhaan Allah selalu. Amin.
Semoga aku juga tabah menghadapi ujian ini.
May 24th, 2010 » anasxz

Untuk mengurangkan jari menaip username dan password bagi setiap laman sosial yang bercambah di internet sekarang ni, aku mengambil keputusan untuk meng’cancel’ account dari database laman-laman sosial berikut;
- Friendster
- Netlog
- Tagged
- Facebook (first account)
Langkah ini diambil kerana faktor kawan dan masa.
Sebenarnya kata kunci ‘delete facebook account’ menjadi second top pada enjin carian Google. Ini membawa maksud kebanyakan pengguna internet mencari cara untuk padam akaun facebook mereka.
Dengan kata lain, ada faktor tertentu sehingga mereka ingin membuat begitu.
Laman sosial lain yang terdaftar setakat ini;
- Twitter
- Technorati
- Youtube
- Photobucket
- Flickr
- Picasa
- 4shared
- Multiply (deleted)
- Wordpress.com
- Blogger
- Facebook (second account)
- Last.fm
Akaun di atas mungkin akan tersenarai untuk dipadamkan pada masa terdekat atau akan datang.
Selamat maju jaya.
May 17th, 2010 » anasxz

Dari banyak-banyak ilmu yang aku belajar, khususnya dalam ilmu agama ni, boleh dikatakan kebanyakannya hanya sekadar belajar lepas tu tahu lepas tu faham. Setakat itu sahaja.
Patut kah aku buat begitu. Takkan sesingkat itu yang perlu bagi aku. Aku rasa tak mungkin untuk aku terus hipokrit. Belajar ilmu baik, berlakon baik dan suruh orang kata aku baik.
Hipokratismo atau munafikisme tak semestinya pada kawan atau orang lain. Banyaknya diri sendiri yang kena. Sian.
Tak susah untuk belajar satu ilmu. Allah taala dah beri aku ilmu untuk cara mengetahui, beri aku ilmu untuk aku memahami tapi satu lagi saja kekuatan untuk aku tahu bagaimana mengamalkan ilmu.
‘lagi banyak ilmu dapat lagi ikut kuat ikut syariat’. dah tau lama dah bab solat jemaah kat masjid, solat awal waktu, solat sunat rawatib, solat tahajjud, tutup mulut (tak doh ngumpat, bukak aib, cerita buruk orang), tak buat benda sia-sia (termasuk ka tengok filem, coding, design?), ah macam2.
Pokok pangkainya, hati. Masuklah ilmu banyak mana pun kalau hati dok wat maksiat, lelama ilmu hilang. Yang hilang susah lah nak amal.
“Mantap lah ostat nieh…”. ceit hampeh.. “stadi lah weiii”..
May 1st, 2010 » anasxz

1. Check FB. Oh, dah ada yang set private. Kesian.
2. Si arab panggil tengokPC pulak. Bosan.
3. Esok sampai khamis selesaikan kerja.
4. Jumaat ni dah cuti kerja. Lama tinggalkan Tanta. Duduk kampung.
5. Selamat hari pekerja. Amanah budaya kita.
6. Minggu ni ponteng kerja 2 hari. Malas. Kena ganti balik, esok dan lusa.
7. Peksa dah tak lama. Rehat dari FB, YM, dan Blog.
8. Edit artikel, upload blog, publish gambar, antara tugas esok. Mintak siap cepat.
9. Maaf semua. Salam.
Cairo.
Kredit gambaq: http://pakndak.farvista.net
April 26th, 2010 » anasxz

Terkadang teringat kisah dulu time memba dok banyak lagi. Dok dengaq ja selalu lagu XPDC, AMUK yang walaupun rentak rock kapak tapi ada value sentimental. Tu cerita dulu..
Tajuk blog kali ni kes teringat kat memba2 masa tahun 2001 sampai 2004 dulu2.. Depa semua pakat keja menikah anak bini dah, aku masih di sini lagi.
Tak mengeluh pa, tapi seronok tengok pakat berjaya belaka. Pakat merasa hidup masing2, Aku pun dah rasa sikit2 pengalaman berkerjaya.
Moga najah belaka dalam kerjaya masing-masing. So layan!.. Istamti’ baah..
(more…)