
Minggu lepas banyak perkara yang aku rasa aku dah lali atau ghaplah. Lebih kurang macam separa sedar. Kisah pertama, selalunya pergi keja naik ketapi, aku akan beli 1 tiket sahaja, tapi terbeli 2 tiket, cadangnya balik nanti naik ketapi jugak dan tak payah beli tiket lagi. Tapi, silap bajet, aku balik lewat malam dan tumpang orang, jadi tiket tu burn.
Kisah 2, aku naik bas nak pergi kerja jugak, plan nak turun di Ramsis (naik ketapi di stesyen mubarak) sebab malas dah nak tukar ketapi jika turun di Ghamra. Tapi plan terpaksa diubah, sebab jalan jammed selepas 100 meter selepas jambatan Ghamra. Aku lali dan lambat buat keputusan yang sepatutnya aku tengok dulu sebelum buat keputusan turun di Ramsis di masa mula perjalanan tadi, last kena jalan kaki patah balik ke Ghamra.
Kisah 3, di Kaherah, hari jumaat malam tu ada kerja, cadangnya malam tu nak balik Tanta, tapi ada kawan nak ke Dewan Malaysia di Abbasiah (tempat aku tinggal). Aku Ok. Last, tak jadi pergi Abbasiah, tidur saja di Hayyu Sabiek. Dalam masa yang sama duit tinggal LE50. Tak cukup untuk belanja di Tanta 2 3 hari dan bajet esok pagi balik Abbasiah sat ambik duit. Pagi tu ubah keputusan pulak nak balik Tanta pulak sebab duit rasa cukup.





