February 2nd, 2010 » anasxz

Setelah tamat imtihan pada 23 Januari yang lalu, keesokan harinya aku ke Kaherah untuk berkunjung ke pameran kereta ‘formula ahram’. Dalam masa yang sama, sebelum bertolak, aku bersama sorang kawan ke pejabat imigresen untuk apply visa. Alhamdulillah, borang dapat diserahkan dan visa insya Allah akan dapat lagi 2 minggu dari tarikh hari tu. Mungkin berkat banat2 medic yang nak buat visa jugak pada hari tu, aku kepilkan passport dan borang aku dengan mereka dan aku serahkan pada pegawai yang bertugas.
Dah selesai satu bab. Dan yang beria nk pi pameran keta tu hanya kerana hiburan dan minat walaupun kepenatan memerah otak untuk persediaan exam tidak lah seteruk menanggung benih padi untuk ditabur ke bendang, tapi dek kerana nafsu mata yang teringin nak kecantikan kereta buatan manusia ni, terjadi jugak perjalanan hari tu.
Modai yang dibawak tidak lah banyak sangat. Tapi kalau digunakan memang hujung bulan dah tak cukup untuk bayar sewa bulan berikutnya. Tapi, minat dan nak berhibur punya pasai, kawan2 yang tak modai pun aku kena support sikit supaya mereka turut bergembira melihat kereta2 yang beratus ribu junaih harganya.
Apa pun, perjalanan satu hari pada hari tersebut memang suatu yang best jugak sebab pagi tu aku dapat selesaikan visa. Itu yang paling penting bagi aku. Dan satu lagi baru saja lepas sehari habis exam.
(more…)
January 24th, 2010 » anasxz

Hari ini selesai sudah peperiksaan fasa pertama. 3 subjek aku ambik. Bagi aku tidaklah ‘killer’ sangat. Yang penting cuma rajin muzakarah saja. Insya Allah akan ingat walau keluar soalan macam mana pun.
Apa pun, hasil jawapan yang aku dah tulis untuk 3 subjek tu hanya dapat tahun pada bulan Ogos nanti. Harapnya seperti yang kita-kita selalu harapkan, najah lah. Itu saja harapannya.
Aku hanya tawakkal dengan apa yang aku dah usahakan. Nak kata stadi berbelas jam sehari tu tidak lah, tapi harapnya dengan sekelumit usaha yang aku mampu lakukan, semestinya segunung hasil yang diharapkan. Begitulah manusia. Sedikit usaha, sebanyak mungkin yang diimpikannya.
Selesai 3, tapi ada 1 lagi yang berbaki untuk aku langsaikannya pada bulan Jun nanti. Subjek yang sudah keluar kitabnya, tinggal untuk muzakarah dan stadi dengan masa yang diperuntukkan 3 bulan lebih kurang, moga dapat hadam segala apa yang lecterur bentangkan dalam kitab tu.
Letih dan malas belajar itu sememangnya selalu ada dalam fikiran aku, tapi apakan daya, ini yang telah aku corakkan untuk diri aku dan takdir-Nya kepada aku begini, tabah dan sabar itu ubat yang menjadikan aku tetap untuk teruskan perjuangan.
Moga dapat lalui dengan jayanya. Amin.
January 20th, 2010 » anasxz

Baru sahaja selesai peperiksaan subjek Bahasa Arab. Soalan yang ditanya bagi aku agak susah. Entah lah bagi orang lain. Menariknya imtihan @ peksa kali ni dibuat dalam mudarag gadid (dewan kulaih baru) yang dah lama aku tak masuk.
Seperti biasa, peksa mula jam 9.30, masuk dewan pun 9.30 jugak. Dapat kertas soalan dan jawapan, terus aku menulis nama, angka giliran dan nama subjek. Kemudian menulis muqaddimah jawapan dan jawapan.
Entahlah apa hasilnya. Soalan yang dapat dijawab amat sedikit berbanding soalan yang tidak dapat dijawab. Oleh kerana tidak mampu atau aku yang malas untuk menguasai semua tajuk dalam buku, terjadilah jawapan yang entah apa-apa.
Tawakkal pada Allah saja. Sabtu ini imtihan subjek Tafsir pulak.
January 17th, 2010 » anasxz

Setiap kali imtihan (baca:exam) datang, aku sentiasa membuat persoalan, biasakah aku menghadapi, menghadapi dan menghadapi imtihan ini. Aku selalu tidak memberi sepenuh keyakinan yang aku mampu untuk menghadapinya. Aku hanya memberikan 30 peratus. Ya, dengan persediaan yang kurang, malas belajar dan banyak berehat.
Natijahnya, aku tidak dapat menjawab persoalan sebelum imtihan, dan aku tidak berjaya menghadapi imtihan tersebut. Kecundang itu aku rasanya ianya berkesan untuk memperbaiki persediaan pada imtihan yang akan datang. Namun kecundang juga akhirnya, seperti sedia kala juga berlaku.
Tindakan terakhir selalunya aku akan pulang ke Malaysia untuk sesi charge minda dan semangat. Dari segi keberkesanan, aku rasa boleh juga, tidak 100 peratus, tetapi hanya 20 peratus boleh ditambah dengan 30 peratus yang sebelum ini.
Fikir punya fikir, berapa lagi harus aku peruntukan umur untuk dihabiskan pengajian, segalanya kabur untuk aku jawab. Sepertimana usaha aku di imtihan yang bakal dihadapi esok hari, sebegitu jugak mungkin hasilnya yang aku dapat.
Apa pun yang berlaku, inilah tindak tanduk ku, memberi pedoman dan sempadan untuk aku terus menelusuri kehidupan dunia yang penuh liku.
December 11th, 2009 » anasxz

Aku kena baca buku balik. Dok bajet habih tahun ni, tak menjadi jugak. Insya ALlah tahun depan pulak. Al-Azhar dah umum tarikh imtihan untuk fasa satu ni, mula 16 Januari 2010 ni. Imtihan takhalluf semestinya 2 minggu sebelum tu, silap-silap hujung bulan disember ni.
Aku bawak 4 madah lagi. 3 di fasa 1 dan 1 di fasa 2. Orang nampak sikit, tapi sebenarnya tetap jugak kena stadi. Walaupun sikit tapi 2 madah tu ada 4 buku. Lepas tu pulak bukan boleh main baca ja, kena feeling lebih sikit, baru nak faham. Tak boleh baca terus faham. erm… itu yang susah tu.
Susah ka tidak, aku tetap jugak kena baca, lantak lah kena feeling pun, janji aku boleh jawab dalam imtihan nanti. Memang madah ni killer, tapi kalau aku tak kill dia, semestinya dia sudah sedia kill aku. Tak tau lah.. apa pun kena usaha dulu, baru boleh tawakkal.
Blog tetap jugak blog… baru bleh lepas gian. Laptop tak leh bawak masuk bilik. pastu apa lagi, lantak laptop org la nak blog, facebook, bla bla bla… radio pun takdak jugak. yang ada bunyi-bunyi hanya kat henpon saja. tu pun tak boleh guna, kena simpan bateri, tak larat nak charge.
Malam ni tak baca buku. Dok lepak ja depan laptop ni, update web department sat, pastu update la blog sikit. bajet nak balik kaherah, tapi pikiaq-pikiaq balik takdak pekdah mana. Memang la ada keja, tapi tak untung mana.
Ok.. blog blog jugak. Buku jangan lupa. 3 madah pun 5 buah buku gak tu…
November 28th, 2009 » anasxz

Baru saja berlalu musim buah di umah atok kat Bota, Perak. Walaupun 2 jenis buah saja tapi sangat-sangat puas hati dengan nikmat merasa buah-buah tempatan ni.
2 hari saja dok sana, boleh dikatakan lebih 30 bijik durian luruh. Pokok yang berbuah tak la banyak sangat, hanya 5 pokok saja. Diberitahu, pokok-pokok durian tu ditanam oleh atok selepas dia dapat cucu. Setiap kali dapat cucu, satu pokok durian dia tanam. Itu lah, orang-orang dulu, bukan saja sayang anak, sampai ke cucu cicit pun depa sayang. Alhamdulillah… kita cucu-cucu dia, kena la tau balas..
Kawasan tu, buah durian ni kalau dijual sangatlah murah, mungkin pembekal ambik murah. Itu lah nasib penanam buah-buahan, yang untungnya orang tengah.

Mujur rambutan boleh jugak buat duit. 3 bakul besar tu boleh dapat RM100 lebih. Kalau durian, belum tentu lagi. Walaupun begitu, kalau tak dijual, siapa yang nak makan. Kera sekampung pun tak habis makan, cukup satu pokok saja rezeki untuk kera-kera belakang rumah atok tu.
Belakang umah atok sudah dipenuhi dengan pokok kelapa sawit. Hasilnya kini sudah dinikmati oleh atok. Sebelum pokok sawit berbuah, habislah pokok durian, rambutan dan koko ditebang untuk memberi laluan kepada sawit. Namun, pokok durian dan rambutan tak ditebang semua, simpanan untuk makan cucu-cucu atok.
Segalanya Alhamdulillah.. bukan senang durian berbuah lebat seperti tahun ini. Tahun-tahun lepas kekadang banyak bunga saja, tapi buahnya jarang-jarang. Moga dapat berbuah lagi pada tahun-tahun hadapan.. Tima kasih atok..