Friday, 3rd September 2010
Anas RidzwanPeribadi biasa menginspirasi yang biasa / anasxz

Mereka bersalah selamanya?

Kes buang bayi lagi ni. Nak tuduh mereka bersalah selamanya pun tak mungkin, sebab pintu taubat masih terbuka. Mereka taubat, tak mau ulangi perkara tu (zina, dekat dengan zina, nak berzina) insya Allah, Allah akan menerimanya.

Sama lah macam mat rempit. Mereka pun tak bersalah selama-lamanya. Kita manusia ni saja yang bersikap menghukum untuk selama-lamanya. Padahal Allah sentiasa menerima untuk mereka berubah jadi baik.

Kat Mesir ini entah lah. Ada ke tidak kes buang bayi ni. Nak kata bebudak berkeliaran di jalanan pun tak da la sangat. Kalau ada pun, mesti dengan mak dia dan adik-beradik dia. Nak kata Mesir ni bagus lagi dari Malaysia tu tak tahu lah. Tapi di sini, apa yang saya dapat tahu maklumat dari akhbar-akhbar tempatan, setakat ini tak ada pulak cerita pasal kes buang bayi ni.

Balik kes salah selamanya atau tidak. Kita pun sebenarnya turut juga bersalah, selamanya mungkin jika kita tidak tunaikan tanggungjawab untuk halang pembuangan bayi ni. Satunya kes ini adalah satu bala dari Allah. Allah taala azabkan kepada orang mukmin juga (rujuk surah al-buruj), agar mereka tahu perlunya mereka dekatkan lagi kepada Allah taala, supaya dijauhkan dari azab-azab tu.

Oh, terkeluar tajuk lagi. Back to the point. Mereka-mereka yang terlanjur ini semestinya berasa salah sentiasa (kalau ada rasa salah la). Salah pada diri, salah pada bayi itu, salah pada masyarakat dan juga salah pada Tuhan. Namun, mereka masih ada peluang untuk meneruskan perjalanan di track yang lain (yang baik). Bukan patah balik.

2 cara perlu dilakukan. Cegah dan rawat (idea diyau ni), maksudnya ada pencegahan supaya tak ada orang yang terlibat dan rawat supaya tak melarat.

Masalah complicated. Cegah dan rawatnya pun complicated jugak.

Tak berbalik ke tajuk lagi. Sudah lah tu. Isinya cuma nak bagitau mereka tak bersalah selamanya, moga Allah beri petunjuk. Allahummahdi qaumi fainnahum la ya’lamun.

Allahumma ballaghtu wa anta fash-had.

Sapa yang buang bayi?

Berita buang budak ni lama dah. Zaman nabi dulu tanam budak hidup2. Sekarang bukan takat tanam hidup2, pi buang dan tinggai kat mana-mana macam buang tisu. Punca dia tak kenai Islam dan tak dak ilmu.

Sudah la tak tau Islam, tak mau belajar. Yang sudah tau Islam, tak mau pulak amalkan Islam. Yang sudah amalkan Islam, amalkan hanya depan orang. Macam-macam.

Sekarang ni nak tuduh sapa yang buang? Sapa yang bersalah dalam kes buang bayi ni? Aku yakin dua2 ekoq salah. Yang cucuk pi buang dalam lubang tu salah. Yang kena masuk lubang pastu pi buang pulak lepas terkeluaq tu salah jugak. Sama-sama ada habuan.

Nak tuduh si polan tu salah si polanah tak boleh sebab tak dak bukti. Tapi main tuduh umum lagu tu ja lah berdasarkan analogi tadi.

Lama dah cerita ni. Lani mungkin koi hangat pulak sebab saja nak bagi laku surat khabar. Boh cerita tu serba sedikit membantu menaikkan peratus belian akhbar tu. Tu ja target depa. Kira sale, sale, sale. Tema kemaih2 tu takat tema saja.

Akhir zaman lagu ni lah. Beruntung lah orang yang berjaya buat tembok penghalang dan tau dunia ni tak kemana.

Diri yang menulis ni pun tak tentu. Silap hari bulan time iman dok takok ‘E’ boleh jadi apa saja. Cabaran dunia la ni memang berat sangat, kita tak dak daya nak tahan, kecuali Allah saja yang boleh bantu. Nak Allah bantu nk kena ingat dia selalulah.

Yang ada gaya2 nak pi jadi buang bayi tu mintak2 isi iman biaq dok takok ‘F’ sentiasa.

Ucapkanlah Terima kasih

Selalunya yang suka ucap terima kasih ni dari kalangan orang perempuan. Orang lelaki ni jarang sikit ucap terima kasih khususnya bagi perkara yang biasa dan lazim.

Orang perempuan memang cukup peka terhadap ucapan terima kasih ini. Tetapi kenapa tidak lelaki? Entah lah. Mungkin kaum Adam ini tidak sensitif dan memandang ringan perkara-perkara kecil.

Sepanjang pemerhatian aku dan sering juga bermuamalah dengan kaum Hawa ini, ucapan terima kasih menjadi suatu kepekaan bila mereka menerima apa-apa dari kalangan kaum Adam malahan dari kaum Hawa sekalipun. Berbanding kaum Adam yang kekadang malu nak ucapkan terima kasih, baik sesama kaum Adam atau kaum Hawa.

Ucapan antara 2 kaum ini menjadi subjektif dan agak susah mencari solusinya. Cuma, letakkanlah ucapan itu sebagai tanda penghormatan dan penghargaan antara 2 pihak, si penerima dan si pemberi. Bukankah itu lebih baik. Tidak perlu takut dengan ucapan terima kasih ini. Bukan suatu cara terhebat untuk mengorat.

Pelbagai ucapan boleh digunakan, dan bukan sahaja ucapan ringkas ‘terima kasih’ itu. Syukran, Mutashakir, Mutashakir giddan dan sebagainya. Terima kasih kekadang disalah ertikan dan kekadang dijawab dengan ‘kasih tidak diterima’ atau ‘kasih diterima’ atau ’sama-sama kasih’ dan sebagainya.

Jadi untuk lebih suci, murni dan bersih niat dan hati si pemberi ucapan dan penerima ucapan, ucapkanlah dengan lafaz biasa dan serius.

Jom jayakan kempen ‘1bulan 1adabKelab Generasi Penjejak Tamadun Dunia (GPTD). Ucapkanlah terima kasih.

Renung-renungkan dan selamat beramal.

Melayari Bahtera Ilmu

Musim panas (soif) tiba lagi. Musim ini terkenal juga dengan amalan ke Mator (airport). Menghantar rakan-rakan pulang ke Malaysia.

Tetapi, ada rakan yang sebuk menadah ilmu ke sana dan kemari. Berpagi-pagian harinya berkejar ke masjid untuk menuntut ilmu. Tiket flight murah, kapal terbang berterbangan di udara, rakan pulang ke Malaysia tidak menjadi sebab untuk dia bertukar angin menuju ke airport membawa beg kargo.

Oh aku!. Belum lagi menikmati nikmat sebegitu. Azamnya sudah lama. Citanya sejak dahulu lagi. Namun, musim kali ini diharapkan menjadi realiti.

Esok adalah percubaannya setelah mendapat boarding ‘boarding pass’ pada 29 Jun yang lalu untuk masuk ke sebuah kapal besar melayari di lautan ilmu.

Komunikasi pengantara itu bukan alasannya. Pokoknya adalah kemahuan.

Tidak mahu tulis banyak. Esok kena pi beli buku. Lihat jadual dulu.

(more…)

Hidup semudah itu

Aku rasa Allah taala tak pilih untuk kita hidup di dunia ini hanya semudah makan kacang. Tak semudah itu sebenarnya. Hidup ini penuh dengan kerja dan kerja selamanya.

Tujuan hidup untuk 2 tanggungjawab. Hamba dan Penanggungjawab. Hamba itu tugasnya buat kerja apa yang raja perintah. Penanggungjawab itu mengurus tanggungan dengan baik.

Hidup bukanlah ketika lapar itu makan. Ketika mengantuk itu tidur. Ketika ada duit itu belanja. Ketika boring itu layan cerita. Ketika tension itu berhibur gila-gila. Hidup bukan semudah itu.

Kalau begitu lebih baik hidup sebagai binatang. Tak lebih hanya MAKAN, MINUM, REHAT, KERJA dan KAHWIN.

Jika dihitung solat fardhu hanya 25 minit tiap-tiap hari. Cukupkah untuk kita buat bayaran sebagai tiket ke Syurga. Hidup tak semudah itu untuk kita bayar masuk syurga.

Rugi kalau hidup sehari-hari dipenuhkan dengan perkara yang sia-sia atau LAGHA. Tak semudah itu Allah taala bagi kita peluang untuk hidup di dunia ini.

Piala dunia dah nak mula. Hidup tak semudah sebiji bola disepak ke sana sini dan akhirnya kita tak dak apa.

Takkan hidup semudah itu?

Aku pang mau dak?

KAPAL: Apa pasal kamu dok dekat kami…

SOTONG: Pasal kamu masuk laut kami

KAPAL: Apa pulak ini laut antarabangsa lah

SOTONG: Mana ada. Tak baca ka akta laut antarabangsa. Sekarang ni sapa yang jaga?

KAPAL: Ok, kalau ya pun, bagitau la elok-elok. Kan dalam ni ramai manusia. Bukan nak pi perang, nak pi hantar makanan.

SOTONG: Kami kena check dulu, ada makanan ka senjata ka.

KAPAL: Orang bagitau dari dulu lagi. Tak tau lagi ka. Yang dok buat macam lanun apa pasai.

SOTONG: Kami nak check, hampa serang kami. Apa lagi, kami pertahankan saja.

KAPAL: Kami dah angkat bendera putih. Apasal tembak lagi.

(more…)