Friday, 10th February 2012
Anas RidzwanPeribadi biasa menginspirasi yang biasa / anasxz

Hidup semudah itu

Aku rasa Allah taala tak pilih untuk kita hidup di dunia ini hanya semudah makan kacang. Tak semudah itu sebenarnya. Hidup ini penuh dengan kerja dan kerja selamanya.

Tujuan hidup untuk 2 tanggungjawab. Hamba dan Penanggungjawab. Hamba itu tugasnya buat kerja apa yang raja perintah. Penanggungjawab itu mengurus tanggungan dengan baik.

Hidup bukanlah ketika lapar itu makan. Ketika mengantuk itu tidur. Ketika ada duit itu belanja. Ketika boring itu layan cerita. Ketika tension itu berhibur gila-gila. Hidup bukan semudah itu.

Kalau begitu lebih baik hidup sebagai binatang. Tak lebih hanya MAKAN, MINUM, REHAT, KERJA dan KAHWIN.

Jika dihitung solat fardhu hanya 25 minit tiap-tiap hari. Cukupkah untuk kita buat bayaran sebagai tiket ke Syurga. Hidup tak semudah itu untuk kita bayar masuk syurga.

Rugi kalau hidup sehari-hari dipenuhkan dengan perkara yang sia-sia atau LAGHA. Tak semudah itu Allah taala bagi kita peluang untuk hidup di dunia ini.

Piala dunia dah nak mula. Hidup tak semudah sebiji bola disepak ke sana sini dan akhirnya kita tak dak apa.

Takkan hidup semudah itu?

Aku pang mau dak?

KAPAL: Apa pasal kamu dok dekat kami…

SOTONG: Pasal kamu masuk laut kami

KAPAL: Apa pulak ini laut antarabangsa lah

SOTONG: Mana ada. Tak baca ka akta laut antarabangsa. Sekarang ni sapa yang jaga?

KAPAL: Ok, kalau ya pun, bagitau la elok-elok. Kan dalam ni ramai manusia. Bukan nak pi perang, nak pi hantar makanan.

SOTONG: Kami kena check dulu, ada makanan ka senjata ka.

KAPAL: Orang bagitau dari dulu lagi. Tak tau lagi ka. Yang dok buat macam lanun apa pasai.

SOTONG: Kami nak check, hampa serang kami. Apa lagi, kami pertahankan saja.

KAPAL: Kami dah angkat bendera putih. Apasal tembak lagi.

(more…)

Aku, sekolah dan ustat ustazah

Dunia persekolahan aku dah berlalu lama. Lama punya pasai habih nama-nama ustat ustazah aku lupa. Patut kah? memang patut pun aku lupa. Tapi kalau lupa untuk doa2 untuk ustat ustazah masa di sekolah dulu yang dah ajar kita memang tidak patut.

Baru aku tau hari ni (16 Mei) adalah ‘Hari Guru’, hari ni mungkin hari penghargaan untuk ustat ustazah cikgu dan guru khususnya di sekolah. kat universiti anak murid sudah wat tak tau dengan lecturer.

Tak penah pun seumur hidup aku sambut yang dikatakan ‘hari guru’. Mungkin masa sekolah dulu aku kanak2 yang tak dau apa kebenda ‘penghargaan’ tu atau org lani panggil appreciation. Kalau sekolah buat pun aku tak tau apa kebenda. Jadi memang patutlah aku lupa semua nama ustat ustazah aku.

Masa sekolah dulu, aku tidak difemeskan dengan panggilan cikgu, itu sebab aku suka sebut ustat dan ustazah. dari sekolah pra, sampai lah habis menengah banyaknya ustat dan ustazah. tapi ada jugak cikgu. Cikgu tu org panggil bg yg tak ajar subjek agama, tak patut. Patutnya semua kena panggil sama. Keciwi cikgu yg tak dipanggil ustaz ustazah.

Semua tempat aku bersekolah sudah pun ranap. Dari pra sekolah hinggalah tamat sekolah rendah. Ranap ditelan zaman. Sekolah menengah alhamdulillah bertahan.

Oh.. aku nak jadi cikgu? memang boleh tapi jadi cikgu yang agresif. Suka tekan anak murid supaya cepat faham. Kalau tak faham cikgu jadi stress.

Apa lagi ada kat hari guru ni? aku pun tak tau.. Oh.. tima kasih cikgu.. anak murid mu lupa nama cikgu..

Kemuliaan manusia

Tak senang kita hari ni. Tidak dapat tidak mesti punya dok kutuk dan maki kat orang. Tak kot mulut, mesti dalam hati ada jugak sikit rasa tak suka, benci, meluat, maki, bangkai, hampaih ah… banyak la kalau nak karang. Istaghfir li rabbik…

Tanda2 tu semua hati kita kira sengkek lagi la. Ada masyuk barang tak baguih, ada makan benda tak suci ka lagu mana. Ada lah sikit ka banyak yang tak kena sebab masih dok ada sikap tuh.

Aku sangat tertarik tadi subuh tengok Sheikh Nuruddin hafizahullah cerita pasai Rasulullah sallallahu alaihi wasallam duduk depan kaabah, baginda puji kaabah, kamu mulia, tapi kemuliaan manusia tu lebih mulia dari kamu.

Yang point di sini, manusia punya kemuliaan kita kena jaga. Kita kadang senang2 merendahkan orang lain, kutuk orang lain, bagi gelar macam2 kat orang, bagi sakit hati kawan, kutuk member, dan memacam lagi la. Kita takut, kalau perkara itu Allah taala bagi pulak kat kita.

Kutuk macam mana pun tetap kita macam dia jugak. Sama ja diciptakan, dari air yang hina. Sapa pun tak mau. Sukakah kita orang jatuhkan kemuliaan kita, jatuhkan air muka depan orang, buka aib kita depan awek kita. Mesti lah tak mau. silap2 mau penerajang biar tertunggin ja.

(more…)

Hujan Emas di Negeri Orang

“Hujan emas di negeri orang, hujan baru di negeri kita” adalah suatu pepatah yang sangat popular bagi orang Melayu kita.  Sehebat mana pun di tempat orang, itu bukan kita punya.

Hak kita di negeri orang tetap terhad. Hak orang Malaysia datang ke Mesir hanya untuk menuntut ilmu dari Universiti Al-Azhar contohnya adalah hak bagi pihak universiti memberikan kebenaran atau tidak dan segalanya tertakluk kepada kuasa negara itu jugak.

Adab dan etika di negeri orang patut dipatuhi sekalipun kita merasakan kita mempunyai hak di negeri orang. Rakyat negeri itu sebenarnya lebih berhak menentukan kedudukan orang asing di kalangan mereka.

Memintak hak yang sepatutnya bukan hak kita itu adalah tidak berhak sebenarnya. Bagi kita sepatutnya merasakan ia satu cabaran kepada kita dan cuba sedaya upaya mencari cara dan jalan terbaik untuk memperbaikinya, dan dalam masa yang sama tidak mencarikkan hati mana-mana pihak.

Sikap kita yang kurang profesional dan tidak memahami adat masyarakat Mesir dalam komunikasi dengan masyarakat Mesir sedikit sebanyak memberatkan mereka untuk terus mendengar luahan kita.

Interaksi masyarakat Mesir itu penuh dengan doa, puji-pujian, ucapan yang baik, sederhana, lembut dan sekali-kali tiada marah-marah. Sangat jelas apabila kita berjumpa dengan rakan satu kuliah, semestinya ucapan ‘eh zayyak, enta ‘amil eh, tamam?, rabbena yewaffakna’ menjadi permulaan bualan.

Jika ditanya “anta mau tak pindah ke Kaherah?”. Agakan jawapannya kita sudah ketahui. Namun pendapat singkat dan jengkel penulis setakat ini adalah ‘boleh saja’.

Kita mangsa keadaan. Kita yang terkena dek kerana kecelaruan entah dari pihak mana. Kalau kita tak mampu nak atasi, kita serah kat Allah taala.

Sangka Baik

Semalam, berjalan-jalan dengan memba ke Hotel Arafah Al-Jadidah kat stesen ketapi, saja nak pi melawat JPMK buat hari bertemu pelanggan di situ. Tup tup tinggai kerusi saja, habih dah. Kami pi round hotel saja la, pi tengok kolam renang.

Pastu pi minum ayaq tebu dan pi sat maktabah darussahabah. Lepas keluaq maktabah, satu madam berpakaian niqab sedang pegang anak yang dok tengah menangis, panggil aku, 2 3 kali dia panggil baru aku pi.

Mumkin ‘ilbah laban. Aku tak jawab apa. Aku dah paham. Dan paham perangai arab mesir ni banyak yang suka mengemis dan mintak2 kat ajanib. Bagi aku, kalau aku nak bagi aku bagi, kalau aku tak mau cukup lah aku buat tak tau saja dan memblahkan diri.

Aku sangka baik, dia nak menipu tu urusan dia ngan Tuhan. Aku dulu penah dok marah budak yang dok mintak ‘hagah lillah’ ni. Selalunya kat mahattah gamek hayyu asyir.

Sindiket ka, dia memang betoi memerlukan ka atau memang perangai dia kalau ternampak ajanib (foreigner) ka itu urusan dia ngan Tuhan, yang tu peluang dia nak buat benda tu. Kita punya peluang ni nak bagi ka dak ja.

(more…)