March 28th, 2009 » anasxz
Susah untuk menjadikan hati kita sentiasa percaya dan mempercayai orang lain. Lagi susah antara pasangan berkahwin, suami dan isteri.
Sebenarnya kepercayaan itu aspek penting dalam perniagaan. Jika tiada kepercayaan, kedua-dua pihak akan saling tipu-menipu.
Bagaimana kurang kepercayaan itu berlaku dalam rumah antara dua pihak itu? Semestinya tidak bahagia. Menjalinkan hubungan kerana agenda tertentu, lakonan yang penuh dramatik. Memang menyakitkan jiwa dan perasaan.
Takut saya mendengar telefon dari pendengar Sinar FM tentang keluhan yang dilontarkan kepada DJ alias pendengar luar yang lain.
“Isteri saya tu pakai cantik di pagi hari, sedangkan di pagi hari lain tak pun macam tu”. Seorang lelaki menceritakan perangai pelik isterinya.
“Saya balik dari kerja, saya tengok isteri saya tak ada kat rumah, saya check SMS dia, mengiurkan jugak ayat-ayat SMS tu”. Seorang lagi lelaki menelefon DJ memberitahu hal isterinya.
Huh. Memang menyayatkan. Bagaimana jika terjadi pada isteri kita? Susah juga untuk menyelesaikan masalah itu. Kita tak mahu terjadi, tapi kalau terjadi macam mana hendak buat?
Saya rasa, ada satu select yang dia dah buat, ada satu perkara yang dia tak percaya, itu sebab segala apa pun dia tak boleh nak percaya sebab perkara utama kepercayaan itu dia tak boleh selesaikan.
Maka timbulkan ketidakpercayaan. Jadi, apakah kepercayaan yang paling mesti kita percayakan?
Fikir-fikirkan. Tepuk lutut, tanya kepala.
February 4th, 2009 » anasxz
Isu Panas kini kepada kerajaan Negeri Perak di Malaysia dengan apa yang terpampang di media-media, kita sebagai pihak pemerhati pening dengan apa yang berlaku. Siapa salah dan siapa yang betul.
Sebagai golongan pemerhati, kita boleh memberi satu tafsiran, ta’kulan atau keputusan. Tetapi belum tentu tafsiran itu betul atau tafsiran salah.
Bagi saya, siapa yang salah dan siapa yang betul itu tidak dipastikan lagi, adakah itu konspirasi kerajaan Perak, Ahli Exco Perak, DS Anwar, Dato’ Najib, Dato’ Abdullah atau sesiapa sahaja, kita pun tak tahu.
Ikut kata media, ada jawapannya, tapi bolehkah kita percaya begitu sahaja? apa buktinya?
Oh… Moga menjadi iktibar buat rakyat Malaysia.
December 29th, 2008 » anasxz

Setiap yang berlaku di negara peperangan pasti ada yang terkena kembali. Tindakan melepaskan tembakan, ada pula membalas kembali das tembakan itu. Itu yang aku simbolkan dengan apa yang telah berlaku pada kes baling kasut ke arah Presiden Amerika Bush. Itu mungkin bayaran yang Bush mahukan kepada pembaling kasut itu, bukan seorang nyawa pembaling itu sahaja bahkan 302 orang Shuhada’ Palestin terkorban.
Bayaran itu bukan sahaja menunjukkan betapa besarnya kuasa Bush, tetapi menunjukkan betapa Israel negara kecil yang berpenduduk 5 juta itu mengikuti telunjuk Bush agar membayar kembali maruah Bush yang telah dihina dengan kasut.
Tahun kesedihan (’amul huzni) berlaku lagi. Peristiwa terhebat dan terbesar bagi umat Islam, pertumpahan darah Muslim akibat kekejaman Yahudi laknatullah. Segenting kra Gaza menjadi bandaraya darah.
(more…)
December 28th, 2008 » anasxz

Hari ini blog menjadi media hebat. Tidak kurang juga ianya menjadi sumber rezeki kepada mereka yang tahu bagaimana memanipulasinya. Sebagai salah seorang dari bermilion pengguna internet, aku juga membuat blog yang banyaknya memuatkan penulisan yang kadang kala bosan membacanya, terlalu panjang tulisannya, tidak faham ayatnya dan mungkin tipikal taipnya.
Blog yang mampu hingga kini untuk aku paparkan kepada pembaca di luar adalah hanya sebegini, yang sifatnya monotaip, tidak menyeluruh, masih kurang intelek, sering menggunakan ayat SMS dan loghat kenegerian. Sememang adakah itu tahap yang perlu aku kekalkan kepada blog dan penulisan aku di sini atau perlu kepada suatu anjakan seperti yang berlaku kepada kebanyakan blog lain?
(more…)
December 7th, 2008 » anasxz

Manusia ini tidak sama, maksudnya dari segi ideologi, pemikiran dan lain-lain. Tambahan dengan meningkatnya umur, meningkat pula ilmu yang dapat dan bertambah pula pengetahuan, sudah tentu, pemikiran dan persepsi pada sesuatu itu sentiasa berubah. Melainkan ia memang sudah ditetapkan dan tak perlu diubah. Itu tidak boleh diubah seperti kepercayaan kepada TUhan.
Berkaitan tajuk di atas, zaman mahasiswa begini, sering berlaku persalahan pendapat yang kekadang membuatkan emosi kita berubah naik dan turun. Persalahan pendapat berlaku ketika mana sesuatu perbincangan berlaku, apa-apa majlis, dialog, sembang malah di kedai kopi sekali pun, ia tetap berlaku.
Persalahan pendapat ini kita tidak dapat elak, sebab jenis orang yang permikiran kritis dan boleh sikit-sikit menganalisis ini semestinya akan mengeluarkan pendapat tersendiri apabila dia melihat kepada situasi atau mendengar kepada suatu pendapat. Kekadang ia hanya sekadar memberikan pendapat dan memenuhi kehendak yang suka untuk berpendapat. Jika diam tanpa berbahasa itu bukan prinsip kita. Apa perkara sekali pun pasti ada suara.
(more…)
November 14th, 2008 » anasxz

Ramai, kalau ditanya mahu atau tidak mahu join persatuan, maksudnya urus program, urus pentadbiran, dan urus macam-macam lagi, jawabnya pasti tidak. Sebab? Susah, nak belajar, tak suka sebok, suka bebas. Nanti kalau masuk persatuan ni orang kata macam ni. Kalau masuk persatuan ni orang kata macam ni dan macam-macam lagi alasa. Kemudian siapa yang nak jadi pengurus? nak jadi pembantu pengurus? bagi kat orang lain la. dah bagi kat orang lain, buat keja tak kena, dikritik pulak. sebelum ni suruh masuk jadi jawatankuasa tak mahu.
Itulah situasi sekarang, orang lebih suka bebas ke sana dan ke mari tanpa ada tanggungjawab dan beban taklifan apa-apa. Bagi saya juga begitu. Tapi itu jika sekali fikir. Jika fikir kali kedua, kalau bukan saya siapa yang akan jadi jawatankuasanya, adakah mereka mahu buat seperti yang saya mahu buat? Mungkin ya atau mungkin tidak. Fikir kali ketiga, saya sudah ada tanggungjawab dan beban berat, perlu belajar di kampus. Fikir kali keempat, saya perlu untuk berpatisipasi, sebab manusia ini hanya dua tugas, hamba dan ketua. Join persatuan mungkin itu masuk kolum ‘ketua’.
(more…)