Friday, 10th February 2012
Anas RidzwanPeribadi biasa menginspirasi yang biasa / anasxz

Bush Bayar Kasut Dengan 302 Shuhada’ Palestin

Setiap yang berlaku di negara peperangan pasti ada yang terkena kembali. Tindakan melepaskan tembakan, ada pula membalas kembali das tembakan itu. Itu yang aku simbolkan dengan apa yang telah berlaku pada kes baling kasut ke arah Presiden Amerika Bush. Itu mungkin bayaran yang Bush mahukan kepada pembaling kasut itu, bukan seorang nyawa pembaling itu sahaja bahkan 302 orang Shuhada’ Palestin terkorban.

Bayaran itu bukan sahaja menunjukkan betapa besarnya kuasa Bush, tetapi menunjukkan betapa Israel negara kecil yang berpenduduk 5 juta itu mengikuti telunjuk Bush agar membayar kembali maruah Bush yang telah dihina dengan kasut.

Tahun kesedihan (’amul huzni) berlaku lagi. Peristiwa terhebat dan terbesar bagi umat Islam, pertumpahan darah Muslim akibat kekejaman Yahudi laknatullah. Segenting kra Gaza menjadi bandaraya darah.

(more…)

Blog Aku Tidak Menarik

Hari ini blog menjadi media hebat. Tidak kurang juga ianya menjadi sumber rezeki kepada mereka yang tahu bagaimana memanipulasinya. Sebagai salah seorang dari bermilion pengguna internet, aku juga membuat blog yang banyaknya memuatkan penulisan yang kadang kala bosan membacanya, terlalu panjang tulisannya, tidak faham ayatnya dan mungkin tipikal taipnya.

Blog yang mampu hingga kini untuk aku paparkan kepada pembaca di luar adalah hanya sebegini, yang sifatnya monotaip, tidak menyeluruh, masih kurang intelek, sering menggunakan ayat SMS dan loghat kenegerian. Sememang adakah itu tahap yang perlu aku kekalkan kepada blog dan penulisan aku di sini atau perlu kepada suatu anjakan seperti yang berlaku kepada kebanyakan blog lain?

(more…)

Persalahan Pendapat: Beri Ruang untuk Bersepakat

Manusia ini tidak sama, maksudnya dari segi ideologi, pemikiran dan lain-lain. Tambahan dengan meningkatnya umur, meningkat pula ilmu yang dapat dan bertambah pula pengetahuan, sudah tentu, pemikiran dan persepsi pada sesuatu itu sentiasa berubah. Melainkan ia memang sudah ditetapkan dan tak perlu diubah. Itu tidak boleh diubah seperti kepercayaan kepada TUhan.

Berkaitan tajuk di atas, zaman mahasiswa begini, sering berlaku persalahan pendapat yang kekadang membuatkan emosi kita berubah naik dan turun. Persalahan pendapat berlaku ketika mana sesuatu perbincangan berlaku, apa-apa majlis, dialog, sembang malah di kedai kopi sekali pun, ia tetap berlaku.

Persalahan pendapat ini kita tidak dapat elak, sebab jenis orang yang permikiran kritis dan boleh sikit-sikit menganalisis ini semestinya akan mengeluarkan pendapat tersendiri apabila dia melihat kepada situasi atau mendengar kepada suatu pendapat. Kekadang ia hanya sekadar memberikan pendapat dan memenuhi kehendak yang suka untuk berpendapat. Jika diam tanpa berbahasa itu bukan prinsip kita. Apa perkara sekali pun pasti ada suara.

(more…)

Tidak Mahu Join Persatuan

sakara egypt people

Ramai, kalau ditanya mahu atau tidak mahu join persatuan, maksudnya urus program, urus pentadbiran, dan urus macam-macam lagi, jawabnya pasti tidak. Sebab? Susah, nak belajar, tak suka sebok, suka bebas. Nanti kalau masuk persatuan ni orang kata macam ni. Kalau masuk persatuan ni orang kata macam ni dan macam-macam lagi alasa. Kemudian siapa yang nak jadi pengurus? nak jadi pembantu pengurus? bagi kat orang lain la. dah bagi kat orang lain, buat keja tak kena, dikritik pulak. sebelum ni suruh masuk jadi jawatankuasa tak mahu.

Itulah situasi sekarang, orang lebih suka bebas ke sana dan ke mari tanpa ada tanggungjawab dan beban taklifan apa-apa. Bagi saya juga begitu. Tapi itu jika sekali fikir. Jika fikir kali kedua, kalau bukan saya siapa yang akan jadi jawatankuasanya, adakah mereka mahu buat seperti yang saya mahu buat? Mungkin ya atau mungkin tidak. Fikir kali ketiga, saya sudah ada tanggungjawab dan beban berat, perlu belajar di kampus. Fikir kali keempat, saya perlu untuk berpatisipasi, sebab manusia ini hanya dua tugas, hamba dan ketua. Join persatuan mungkin itu masuk kolum ‘ketua’.

(more…)

Bila Mahasiswa Bersuara: Panduan Ringkas

“Saya tidak bersetuju dengan keputusan tidak memberi peluang kepada kami untuk bermesyuarat sesama kami dan membuat keputusan sendiri”. Seorang rakan sebelah saya bersuara ketika menghadiri satu perjumpaan bersama Pengarah. “Mesyuarat kamu semua tidak sah kalau saya tidak ada dalam mesyuarat itu”. Pengarah menjawab pantas.

Medan mahasiswa sememang menjadi medan kemuncak kepada belia dalam menentukan masa depan dan hala tuju. Setelah perginya alam mahasiswa, alam kerjaya dan lapangan pula mendatang, di situ lah gelanggang sebenar untuk tindakan dan plan strategi bijak.

Secara praktikalnya, mahasiswa berada di bawah dan Pengurus mahasiswa (orang  atas) berada di atas. Tidak praktikal jika Pengurusnya berada di bawah. Oleh kerana itu, mahasiswa sering bersuara kerana itulah kuasanya yang tidak perlu modal untuk bisa memberi ubah kepada sesuatu.

Sememangnya, mahasiswa yang bersuara akan diertikan sebagai kritikan, pandangan atau manifestasi kepada beberapa hal yang tidak memuaskan hati berasaskan forma-forma kehidupan dan keagaaman. Oleh yang demikian, ia perlulah logik dari segi masa dan ketika, bukan hanya satu mainan minda atau sekadar melepaskan geram semata. Paling kurang, logiknya pandangan itu perlu kajian dan perancangan.

(more…)

Lepasan STAM: Mereka Cerdik

Kebanyakan pelajar-pelajar yang datang belajar ke Mesir adalah antara mereka yang terpilih. Pelajar lepasan STAM semestinya akan ditempatkan di Universiti Al-Azhar jika ingin menyambung pengajian di Mesir, mereka tiada pilihan untuk ke universiti lain di sini. Sebahagian dari mereka yang terpilih akan ditaja sama ada oleh kerajaan negeri masing-masing, agensi kerajaan atau badan kewangan, dengan harapan pelajar-pelajar ini lebih dan akan menumpu sepenuhnya pengajian tanpa memikirkan kewangan.

Penggal pertama merupakan percubaan mereka menempuh pengajian di universiti tersebut. Seterusnya penggal kedua. Tangguh pengajian, mula peperiksaan, tiba keputusannya agak mengecewakan. Tidak dinafikan mereka telah bersungguh-sungguh belajar. Dengan semangat keputusan cemerlang pada STAM yang dilalui di Malaysia, memungkinkan semangat itu akan dapat merealisasikan keputusan cemerlang juga pada peperiksaan di Mesir. Kegagalan ini tidak sepenuhnya atau saya generalise kepada semua, tapi sebahagian walaupun tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak yang berkenaan.

(more…)