
Menarik apa yang ditulis Oleh Dr. Zulkifli Mohamad Albakri berkenaan penjagaan masa. Selalunya kita apa aktiviti yang ralat ni terletak pada masa. Terlewat bangun, banyak aktiviti tertangguh. Terlewat bangun, tak studi, dan pelbagai lagi la.
Khususnya bulan puasa ni, salah satu cara untuk kita jaga masa. Apa yang menarik perkara-perkara sunat sebenarnya patut lebih dilakukan berbanding pada bulan-lain.
Petikan bermakna dari artikel tersebut;
Akhirnya marilah sama-sama kita muhasabah diri kita dengan memikirkan persoalan ini berkenaan dengan waktu yang berbaki khususnya mengambil kesempatan dengan kunjungan Ramadan al-Mubarak ini.
- Berapa juzuk atau helai sehari kita membaca al-Quran?
- Berapa jam sehari kita peruntukkan untuk mentelaah kitab atau ilmu?
- Berapa banyak zikir yang kita lafazkan?
- Tanda cinta kepada Rasulullah SAW, maka berapa selawat kita bacakan?
- Solat fardu. Berapa kali kita berjemaah dan melangkah ke masjid?
- Bagaimana dengan tahajud dan qiamullail yang mudah kita mengambil kesempatan dengan sebab bersahur?
- Bagaimana hubungan kita dengan majlis-majlis ilmu?
- Apakah masa-masa yang terluang kita guna untuk menasihati anak-anak?
- Hubungan kita dengan jiran. Sejauh mana pertautan?
- Kerja kita dengan majikan. Sejauh mana sumbangan dan produktiviti yang kita berikan?
- Adakah segala ibadat kita laksanakan dengan sesempurnanya bahkan kita tambah dengan ibadat sunat?
Sebenarnya terlalu banyak yang perlu kita lakukan dan muhasabah diri. Benarlah kata al-Syahid Imam al-Banna: “Kewajipan-kewajipan itu lebih banyak daripada waktu yang kita miliki.”
Cuba try plan la, kalau tak larat nak buat semua, jangan pulak kita tinggalkan semua. Apa2 pun ada cara untuk kita berubah. Kita kena bertindak, bukan hanya fikir dan tidak bertindak.
Salam Ramadhan.