
Banyak untuk aku ceritakan liku-liku berkawan sepanjang keberadaan aku di Mesir ini. Dari mengenal seorang kawan, kemudian dua, kemudian tiga dan seterusnya bertambah dari semasa ke semasa. Tidak kurang juga, pergi dan lupanya aku kepada kawan seorang demi seorang, kemudian dua, tiga dan seterusnya.
Pertama kali menjejak langkah ke Mesir tanpa kawan yang aku mahu kawan betul-betul. Ketika dalam flight Kuwait Airways, ketika transit di Kuwait, dan ketika di Kaherah pertama kali. Ditempatkan di Rumah Kedah. Kemudian dihantar ke Tanta.
Di Tanta, ditempatkan di sebuah rumah sewa, kemudian dibawa ke tempat pengajian. Diuruskan urusan pengajian, kelas tambahan dan sebagainya. Semua atas khidmat senior. Bukan kawan. Kebanyakan rakan-rakan lain pun begitu.
Kes Keretakan Kawan
Kawan 1, Satu hari, berlaku pertengkaran kecil dengan seorang rakan satu sekolah. Angin badan aku naik. Aku sangkakan setelah itu tidak berkawan kembali. Tapi, aku tetapkan niat bahawa cerita lepas itu adalah lepas. Kita mulakan cerita baru.
Kawan 2, Sewaktu tinggal di rumah sewa pertama, berlaku juga ketidakpuasan di hati aku pada seorang housemate. Setelah beberapa tahun kembali mesra dan berkawan semula. Aku tetapkan juga niat bahawa itu perkara time aku belum tahu apa itu orang dan manusia.
Kawan 3, Berlaku pertengkaran kecil dengan kawan sebab aku tidak puas hati perbuatannya. Sangka aku juga, aku tidak berkawan dengannya lagi selepas itu. Tapi, aku mengaku aku silap. Minta maaf dan maaf diterima. Kembali berkawan semula.
Kawan 4, Berlaku pertengkatan dengan kawan akibat perangai aku yang selamba dan buat tak tahu. Aku melarikan diri dan merantau ke tempat lain untuk mencari ketenangan. Setelah itu beberapa bulan kembali bertegur sapa dan berkawan semula.
Kawan 5, Di tempat yang sama dan akibat perangai aku jugak. Berlaku juga pertarikan muka dan tak bertegur sapa. Setelah lama tidak bertemu, kemudian bertemu kembali bertegur sapa dan bermanis muka.
Kawan 6, Kes terakhir, betul-betul menjatuhkan rating aku. Tapi, Alhamdulillah. apa pun, kawan jugak…
Itu antara kes yang membuatkan aku keretakan kawan. tetapi Alhamdulillah, semuanya aku dapat berkawan semula.

Perasaan kita dan Perasaan Kawan
Sering berlaku konflik sebenarnya antara perasaan kita dan perasaan kawan. Biarpun satu rumah, satu sekolah, satu asrama, satu katil, satu pinggan, satu persatuan, satu kumpulan pasti ada perasaan tidak puas hati atau sentiasa timbul sangkaan negatif terhadap kawan. Cumanya sangkaan itu tidak disebut depan kawan. Kalau ada pun cuma sekadar cakap dalam hati.
Biasalah manusia. Dengan bisikan syaitan kekadang kita terkena. Dengan kelalaian kita juga kekadang kita tersilap memikirkan benda tidak elok pada kawan kita. Aku sering bersikap begitu. Ada sikap pilih orang dan tolak orang. Maksudnya ada orang yang aku mahu kawan dan ada orang yang aku tidak mahu kawan.
Kawan Sentiasa Respon
Pelbagai ragam kawan. Sesetengahnya, jarang sekali bertemu, tetapi respon yang dia bagi kepada kita cukup bagus. Kita pulak merasa tidak patut untuk jarang-jarang bertemu. Kita mahu selalu saja bertemu sebab seronok berbual dan bersembang dengannya.
Sesetengah kawan, selalu sangat bertemu tetapi hanya sekadar bertegur sapa dan tidak berbual lama. Kita mahu juga berbual lama-lama sebab selalu sangat bertemu tetapi masih tak kenal betul-betul.
Jenis kawan yang begini sebenarnya kita mahu. Sentiasa akan respon kawannya. Kekadang kita pun naik segan sebab respon dia bagi cukup bagus.
Tak tahu nak tulis macam mana cerita kawan ni. Banyak sangat suka duka dengan kawan-kawan walaupun aku bukanlah kawan yang suka memberi. Banyaknya menerima.
Komunikasi rapatkan Kawan
Segalanya komunikasi. Untuk berkawan perlu komunikasi, untuk putuskan kawan juga perlu komunikasi. Untuk rapatkan kembali hubungan kawan yang retak jugak perlu komunikasi. Bercerita soal kawan juga perlu komunikasi. Malah segalanya komunikasi lah. Hidup tu memang kena komunikasi. Bayangkan Dato’ Azhar Mansur sorang tengah laut tak komunikasi. Bosan nak mampus.

Ehe.. Kawan sejati..
Kawan bila nak habiskan daging kat rumah ni kawan.. heh
Mudah-mudahan kita tergolong dari kawan yang saling memberi dan menerima, saling mendoakan dan saling membantu menuju ke jalan yang benar.
December 18th, 2008 at 3:51 pmGuna mybloglog ka tu? Boleh keluar muka aku tu? Macam mana setting dia?
December 18th, 2008 at 3:53 pmA’kum wr.
December 19th, 2008 at 8:29 amjemput ke majlis perkahwinan saya kalau berkesempatan
taqeyyabella, daging? haha..
hampa habiskan ja la..
simpan lama2 nnt rosak lak..
insya ALlah.. kawan give n take selalu lah…
myblog log? ha.. taktau, dah ok.. silap code kot hari tu..
chika.. terima kasih atas jemputa. sy cuba untuk tunaikan jemputan tu. klu sy xleh datang, sy wakilkan kpd org lain. ok?
December 23rd, 2008 at 9:19 amSuka duka berkawan, perlu ada pahit dan manis untuk mengeratkan lagi hubungan…
December 23rd, 2008 at 5:33 pm